Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.bo.léh.kan] | ممبوليهکن

Definisi : mengizinkan, memungkinkan: tempoh jawatannya terlampau pendek utk ~ dia membuat sesuatu yg berguna; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.bo.léh.kan] | ممبوليهکن

Definisi : menjadikan boleh; membenarkan; mengizinkan: Peraturan di sekolah tidak ~ murid-murid merokok. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membolehkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Slm, Boleh check ayat di bawah? 1) Merangkumi pengetahuan Sains yang perlu difahami oleh murid. 2)Membolehkan murid menyerap pengetahuan saintifik secara sistematik 3) Hakcipta Rasmi Terjemahan dalam BM diberi oleh Syarikat X. tq1) Merangkumi pengetahuan Sains yang perlu difahami oleh murid.
2) Membolehkan murid menyerap pengetahuan saintifik secara sistematik
3) Hak cipta terjemahan dalam bahasa Melayu diberikan oleh Syarikat X. 
Ayat 1 dan 2 tidak lengkap, tidak ada subjek dalam ayat tersebut.
Ayat 3 telah dibuat pembetulan.
Tatabahasa06.11.2015
Saya mendapati "enable" diterjemah sebagai "mendayakan" di sesetengah laman web. Contoh: Mendayakan pemberitahuan (Enable notification). Adakah terjemahan ini betul? Jika tidak betul, bolehkah ia diterjemah kepada "membolehkan pemberitahuan"? Terima kasih.Dalam Kamus Inggeris Melayu - Dewan, enable diterjemahkan kepada membolehkan seperti ayat he needs an absolute majority to enable him to govern dia perlu mendapat majoriti mutlak utk membolehkannya memerintah; manakala dalam bidang peristilahan, enable diterjemahkan kepada pemboleh seperti enable signal - isyarat pemboleh. Oleh itu, kami berpandangan kedua-dua terjemahan ini boleh digunakan dan disesuaikan dengan konteks penggunaannya dalam ayat.   
Penyemakan dan penterjemahan26.09.2023
Berkenaan dengan bidang Tekonologi Maklumat/Komputer: 1) "Burstable" ialah kaedah mengukur lebar jalur berdasarkan penggunaan puncak, bagi tujuan pengebilan. Kaedah ini juga membolehkan penggunaan melebihi ambang tertentu untuk jangka masa yang singkat tanpa kesan kewangan ke atas pengguna. 2) "Peering" ialah proses apabila dua rangkaian internet menyambung dan menukar trafik. Proses ini membolehkan rangkaian tersebut menghantar trafik secara langsung antara pelanggan masing-masing, tanpa penglibatan pihak ketiga. Saya amat berbesar hati jika pihak DBP dapat mencadangkan istilah yang sesuai bagi "burstable" dan "peering" (jika ada). Terima kasih.Cadangan kami peering diterjemahkan kepada merangkai padan dan burstable diterjemahkan kepada boleh langkau sekiranya sesuai dengan konteks penggunaannya. Walau bagaimanapun, kedua-dua terjemahan ini akan diteliti dengan lebih lanjut lagi dan setelah memperoleh jawapan rasmi kami akan meng-e-melkannya kepada pihak tuan.Lain-lain26.05.2019
BOLEH TERANGKAN KRITERIA YANG MEMBOLEHKAN SESUATU JABATAN ATAU ORGANISASI MENGGUNAKAN ISTILAH "PANGKALAN UDARA". UNTUK MAKLUMAN TUAN, SAYA TELAH MENERIMA TEGURAN DARI SALAH SEORANG ANGGOTA TUDM BERKENAN ISTILAH PANGKALAN UDARA. BOLEH SAYA DAPATKAN MAKSUD ISTILAH PANGKALAN UDARA DARI SUDUT PANDANGAN PIHAK TUDM SUPAYA TIDAK LAGI MENDAPAT KEKELIRUAN MENGENAI PERKARA YANG BERBANGKIT. SEKIAN TERIMA KASIHMengikut istilah bahasa Melayu "air base" bermaksud "pangkalan udara". Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kriteria  penamaan pangkalan udara, sila rujuk jabatan/organisasi yang lebih arif tentang perkara tersebut.Penyemakan dan penterjemahan22.07.2021
Penggunaan Teknologi “A” akan membolehkan agensi kerajaan meningkatkan kecekapan dalam pelaksanaan aktiviti (seperti perancangan danpemantauan) dengan lebih cekap dan berkesan yang mana akhirnya rakyat mendapat manfaat daripadanya. Jika seminar dianjurkan bagi meningkatkan pemahaman dan akhirnya meningkatkan penggunaan teknologi “A” oleh agensi-agensi kerajaan. Tajuk manakah yang lebih sesuai : “Seminar Pemerkasaan Penggunaan Teknologi “A” untuk Kelestarian Keselamatan Negara dan Kesejahteraan Rakyat” atau “Seminar Pemerkasaan Teknologi “A” untuk Kelestarian Keselamatan Negara dan Kesejahteraan Rakyat”.Salam sejahtera,

Tuan,

Kedua-dua tajuk tersebut betul penggunaannya. Tapi, untuk konteks yang lebih berfokus terhadap penggunaan teknologi "A", “Seminar Pemerkasaan Penggunaan Teknologi “A” untuk Kelestarian Keselamatan Negara dan Kesejahteraan Rakyat”  lebih sesuai. 

Sekian, terima kasih. 
Lain-lain16.06.2017
1. Cara mudah untuk membolehkan murid membezakan penggunaan imbuhan me....i dan me....kan. 2. Senarai Kata Hubung yang lengkap.Apitan meN-...-kan lazimnya menerima objek yang tidak bernyawa dan apitan meN-...-i menerima objek yang bernyawa. Contoh ayat: Osman menghadiahkan sebuah basikal kepada Ahmad. Osman menghadiahi Ahmad sebuah basikal. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan. Untuk makluman lanjut berkaitan apitan (me-...kan, me...i, memper...kan) dan awalan (memper...) sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 190 - 197 untuk mengetahui setiap peraturan yang tersebut. Terima kasih.Tatabahasa01.02.2011
panduan menulis manuskrip untuk membolehkan dbp menerbirkat buku itu...serta syarat-syarat sampingan.. terima kasih

Assalamualaikum,

                          1. Untuk pengetahuan saudara, setiap buku yang ditulis dan diterbitkan oleh DBP haruslah berdasarkan matlamat dan dasar DBP iaitu penerbitannya merangkumi penerbitan konvensional dan elektronik dengan reka bentuk dan isi yang bermutu tinggi (judul yang membina tamadun bangsa dan merangsang minda pembaca) dan tepat pada sasaran pembaca. Penerbitan ini juga seharusnya dapat memberi manfaat kepada pembaca dan boleh dijual dengan larisnya. Judul ini merangkumi penerbitan buku bahasa (umum dan ilmiah), buku sastera(filsyen dan bukan fiksyen), buku umum pelbagai bidang (Sains Sosial dan Kemanusiaan dan Sains dan Teknologi) untuk pelbagai peringkat umur, dewasa, remaja dan kanak-kanak. 

2. Manuskrip hendaklah ditulis berdasarkan judul yang dikemukakan dan merangkumi bahagian awalan (judul separa, judul penuh, hlm. hak cipta, kandungan, kata pengantar, prakata, penghargaan dan sebagainya), bahagian teks (tajuk bahagian dan tajuk bab) dan bahagian akhiran (bibliografi, indeks dan sebagainya) - kesemuanya, mohon rujuk buku Gaya Dewan. Laras penulisan hendaklah mengikut bidang yang ditulis dan mengikut peringkat umur pembaca.  

3. Cara menyediakan manuskrip ialah, penaipan dengan komputer langkau dua baris dengan menggunakan perisian yang sesuai dengan DBP, setiap fail tidak melebihi 20 halaman dan sertakan satu set lengkap senarai ilustrasi (jika ada).

4. Penghantaran hendaklah bersama-sama dengan manuskrip lengkap, disket atau CD-ROm, surat iringan kepada yang berkenaan, akuan penulis bahan miliknya dan biodata penulis.  

    Saya berharap maklumat ini dapat membantu saudara untuk menulis buku dan menerbitkannya dengan DBP. Sekiranya perlukan maklumat lanjut, sila berhubung dengan saya di talian 03-21481532.

 

 

 

 

       

                           

Lain-lain07.03.2010
Bahasa tidak patut menjadi tembok penghalang yang membolehkan mereka berkomunikasi dan "berinteraksi". berinteraksi merupakan Kata kerja tak transitif tak berpelengkap ??Betul, perkataan berinteraksi ialah kata kerja tak transitif.Tatabahasa24.03.2012
ADAKAH PORTAL DBP INI MENYEDIAKAN APLIKASI YANG MEMBOLEHKAN PENGGUNA MENCARI DAN MEMUAT TURUN JURNAL, ARTIKEL ATAU YANG SEUMPAMANYA?Ya, antara dokumen yang boleh dimuat turun ialah brosur, pedoman dan pedoman bahasa serta borang.Lain-lain07.10.2010
definisi globalisasi

Globalisasi bermaksud proses yg membolehkan sesuatu aktiviti (ekonomi, kebudayaan dan sebagainya) disebarkan atau diperluas ke peringkat antarabangsa atau ke seluruh dunia, terutamanya dgn adanya kemudahan sistem komunikasi.

Makna06.02.2009
12345678910...

Kembali ke atas