Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.bong.ko/] | ممبوڠکوق

Definisi : 1. menggerakkan bahagian atas badan ke hadapan atau ke bawah: dia ~ sedikit spt memberi hormat; 2. merendahkan diri kpd, sangat hormat: ~ kpd orang besar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.bong.ko/] | ممبوڠکوق

Definisi : merendahkan bahagian badan dr pinggang ke atas ke hadapan: Dia ~ sbg tanda hormat kpd pembesar itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membongkok


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera 1. Perkataan "bongkok" merupakan kata adjektif atau kata kerja?? 2. Apakah maksud "=" dalam kamus dewan? Adakah "=" bermaksud bongkok sama maksud dengan membongkok? 3. Adakah "bangun, bongkok" yang digunakan oleh guru semasa guru masuk ke kelas betul? Sekian terima kasihBongkok pada makna yang pertama berfungsi sebagai kata adjektif, manakala dalam makna yang kedua berfungsi sebagai kata kerja. Simbol "=" pada maksud kedua bermaksud bongkok juga boleh membawa maksud membongkok, bergantung pada konteks penggunaannya dalam ayat. Frasa yang batul "bangun dan membongkok" kerana merujuk perbuatan.Tatabahasa05.11.2015
salam.saya ada beberapa soalan. apakah sinonim bagi yang berkaitan : 1.ais tirus yang tergantung ke bawah-> _,_,_,_,_,_ 2.kaum ->_,_,_,_,_,_ 3.awan berarak ->_,_,_,_,_,_,_ 4.berjalan membongkok ->_,_,_,_,_ 5.kisah perjalanan ->_,_,_,_,_,_,_,_ terima kasih.Kami tidak menyediakan perkhidmatan untuk melayani soalan berbentuk teka kata. Untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan sila rumuk laman web kami.Lain-lain04.01.2013
Selamat sejahtera, saya nak tanya apakah perbezaan ahli dengan anggota? Selain itu, saya juga nak tanya manakala ialah kata hubung gabungan ataupun kata hubung pancangan keterangan? terima kasih atas balasanAhli ialah anggota (pertubuhan, persatuan, golongan, dan lain-lain). Sebagai contoh, Ahli politik. Anggota ialah bahagian tubuh terutama tangan dan kaki. Contoh ayat, Duduk membongkok tidak menye­nang­kan  anggota badannya. Manakala merupakan kata hubung pancangan keterangan yang berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama. Contohnya, “Dia duduk di samping ayahnya, manakala adiknya duduk di hadapan ibunya.”


Lain-lain22.11.2022

Kembali ke atas