Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.bo.ros.kan] | ممبوروسکن

Definisi : mengeluarkan (membelanjakan) wang berlebih-lebihan (membuang-buang wang), menggunakan barang-barang dll berlebih-lebihan (dgn cara yg membazir): ia banyak ~ harta bapanya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.bo.ros.kan] | ممبوروسکن

Definisi : menggunakan (wang dsb) dgn berlebih-lebihan atau terlalu banyak: Anak muda itu ~ harta benda peninggalan orang tuanya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata memboroskan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam,Tuan/Puan,bolehkah saya tahu apakah kesalahan bahasa dan kesalahan tatabahasa dalam ayat yang diberikan di bawah?Terima kasih Masalah dan Hal yang berlakunyav banyak kejadian dalam masa terkini.Mereka kekurangan saling bekerjasama menjalankan tugasan yang diberikan.Tempat yang kita tinggal dan tingkat Blok seperti Taman Cheng Mutiara.Seorang yang menghasilkan tugasan kepada orang lain seperti jirantetangga atau kita.Mungkinlah jiran tetangga bersikap malas mengimplementasikan tugasan yang diberikannya.Merekka berasa tindakan ini amat memboroskan dan membuang masa yang pulau di batu.Mereka akan mencari alasan yang banyak seperti seribu alasan untuk mengelakkan menjalankan tindakan dan tugasan tersebut.Pengendalian Blok itu akan mendapat wang yang ditentunya.Mereka seyogia mendapat wang bahkan bukan mewujudkan keamanan dan keharmonian dalam kehidupan seharian.Kita perlulah bertanggungjawab menanggung segala bebanan yang didatangnya.Sikap bertanggungjawab dapat menampilkan kebolehan dan keampunan diri untuk menangani kemelut diri sendiri.Kita juga boleh bergotong-royong dengan jiran tetangga untuk menambahkan saling memahami untuk membantu mereka pada bila-bila masa.Aktiviti bergotong-royong haruslah kita meluangkan masa yang terluang.Dengan berbuat demikian,kita bukan saahaja dapat saling memahami bahkan juga boleh membersihkan kawasan di sekeliling kita.Ayat yang diberikan tidak begitu jelas, mengelirukan, tidak difahami dan mempunyai banyak kesalahan. Antara kesalahan tersebut ialah:
  1. Dari segi tatabahasa
  2. Tanda baca yang digunakan tidak betul
  3. Wujudkan ketidaksinambungan antara ayat
  4. Kesalahan ejaan
  5. Pemilihan perkataan yang tidak betul

Berikut merupakan ayat yang telah dibetulkan:

Terdapat banyak masalah yang berlaku pada masa kini. Mereka kurang bekerjasama dalam menjalankan tugasan yang diberikan. Seseorang itu perlu melaksanakan tanggungjawab sebagai jiran tetangga. Mungkin terdapat segelintir jiran tetangga yang bersikap tidak peduli terhadap tugasan yang diberikan. Mereka merasakan tindakan ini seperti membuang masa sahaja. Mereka akan mencari pelbagai alasan untuk mengelakkan diri daripada melakukan tugasan tersebut. Pengurusan blok akan mendapat wang yang ditetapkannya. Mereka seharusnya memperoleh wang dan bukannya mewujudkan kemananan dan keharmonian dalam kehidupan seharian. Kita perlulah bertanggungjawab dan sanggup menanggung segala beban yang akan dihadapi. Sikap bertanggungjawab dapat menampilkan kebolehan dan kemampuan diri untuk menangani kemelut hidup. Kita juga boleh bergotong-royong dengan jiran tetangga untuk memupuk sifat saling memahami dan saling membantu. Kita perlu meluangkan masa untuk melakukan aktiviti bergotong-royong. Dengan berbuat demikian, kita bukan sahaja dapat memupuk sikap saling memahami bahkan dapat memastikan kawasan sekeliling kita sentiasa bersih.

Penyemakan dan penterjemahan08.07.2021

Kembali ke atas