Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.buah.kan] | ممبواهکن

Definisi : menghasilkan, menerbitkan (hasil dll): memang bumi ~ padi dan tanah menghasilkan emas; persefahaman itu ~ cinta buat Alif Idham; Melur cuba ~ senyuman; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.buah.kan] | ممبواهکن

Definisi : mendatangkan atau menghasilkan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membuahkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ayat: Kerja mereka membuahkan hasil Mengikut Buku Teks BM Tingkatan 2, ayat di atas mengandungi Kata Kerja Transitif Aktif. Soalan saya ialah sekiranya ayat tersebut mengandungi Kata Kerja Transitif Aktif, sudah tentu ayat tersebut boleh dipasifkan. Boleh tuan pasifkan ayat tersebut untuk saya. Terima kasih.Ayat 'Kerja mereka membuahkan hasil' boleh dipasifkan menjadi 'Kerja yang sempurna itu dihasilkan oleh mereka' kerana ayat ini berasal daripada 'Kerja mereka membuahkan hasil yang sempurna'. Tatabahasa17.02.2011
Usaha keringatnya telah membuahkan hasil. Dalam ayat ini 'usaha keringat' adakah betul ataupun lewah.Keringat membawa maksud air yang keluar melalui liang halus pada kulit tubuh; peluh. Maknanya, istilah usaha keringat tidak betul kerana membawa maksud "usaha peluh". Sebaliknya, istilah "memerah keringat" boleh digunakan untuk merujuk usaha yang bersunguh-sungguh.
Tatabahasa20.12.2015
i.Kerajaan tetap tegas dengan pendirian memerangi rasuah sekalipun terpaksa melangkah arus hasrat itu tetap dilaksanakan sehingga membuahkan kejayaan. ii.Rancangan Malaysia Kesembilan dirangka, dirancang, dan akan dilaksanakan untuk memberikan kesedaran kepada lapisan setiap masyarakat menerusi penekanan kepada pembangunan modal insan. iii. Kekotoran sumber air di negara ini amat menyentuh perasaan kita yang mana hal seumpama ini pernah menimpa negara kita dalam tempoh beberapa dekad yang lalu. munsyi, saya tidak ada jawaban untuk latihan kesalahan tatabahasa dan istilah, bolehkah tunjuk ajar daripada munsyi dewan? TKi. Kerajaan tetap tegas dengan pendirian memerangi rasuah sekalipun terpaksa melangkah arus hasrat itu tetap dilaksanakan sehingga membuahkan kejayaan. 
ii. Rancangan Malaysia Kesembilan dirangka, dirancang, dan akan dilaksanakan untuk memberikan kesedaran kepada lapisan setiap masyarakat menerusi penekanan kepada pembangunan modal insan.  
iii. Kekotoran sumber air di negara ini amat menyentuh perasaan kita yang mana hal seumpama ini pernah menimpa negara kita dalam tempoh beberapa dekad yang lalu.
Penggunaan perkataan bergaris tidak sesuai dengan konteks ayat pertama. Perkataan bergaris dalam ayat kedua dibetulkan menjadi "kepada setiap lapisan" dan ayat ketiga tidak gramatis dari aspek pemilihan kata dan lihat juga ketepatan fakta dalam ayat tersebut.
Tatabahasa05.11.2014
Salam sejahtera! Pencarian perkataan "barakah" tidak membuahkan hasil jika saya lakukannya melalui fungsi "Cari". Namun, apabila merujuk kepada pautan Kamus Bahasa Melayu, makna perkataan ada tertera dan sumbernya berasal dari "Kamus DBP versi dalam Talian". Soalan saya: bolekah saya tahu apakah fungsi Kamus DBP versi dalam Talian ini dengan lebih lanjut? Sekian, terima kasih!
Kamus Dalam Talian boleh diterima hasil daripada cadangan pengguna melalui gerbang kata dan telah dibengkelkan dan maksudnya boleh digunakan. Perkataan "Barakah" tidak dimuatkan dalam Kamus Dewan tetapi telah dimasukkan dalam Kamus Perdana terbitan terbaharu Dewan Bahasa dan Pustaka. 
Makna01.01.2021

Kembali ke atas