Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.bua/] | ممبواق

Definisi : memancar keluar, membual: tempat kena peluru itu, darah ~ keluar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.bua/] | ممبواق

Definisi : keluar memancar atau meluap dan biasanya berbuih-buih spt air yg keluar dr mata air: Darah ~ dr lukanya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membuak


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
upwellingmembuakGeografiTiadaTiada
upwellingmembuak, pengalir atasanGeologiTiadaTiada
birch beerbir birchPentadbiran PerniagaanTiadaMinuman membuak, manis dan mengandung minyak birch.
poetrypuisiKesusasteraanTiadaPengucapan yang imaginatif yang lahir daripada perasaan yang mendalam. Puisi melahirkan secara spontan perasaan yang membuak yang timbul daripada gaya ingatan ketika berada dalam keadaan tenang. Definisi ini diutarakan oleh penyair seperti Wordsworth. Menurut Edwin Arlington Robinson, puisi ialah ungkapan bahasa yang menyampaikan sesuatu mesej melalui reaksi emosi, sesuatu kata-kata yang sukar hendak dinyatakan. Penulisan puisi biasanya menggunakan rima, ritma, matra, baris dan rangkap. Ciri utama bentuk puisi ialah iramanya. Irama dalam puisi biasanya bersifat tersusun dan teratur dan susunan ini memberi variasi kepada keseragaman bunyi apabila puisi itu dibacakan. Dalam penulisan puisi, penyair mempunyai lebih kebebasan dalam membentuk ayat berbanding dalam penulisan prosa. Oleh sebab penulisan puisi agak pendek, maka penulisan puisi memerlukan kepadatan kata-kata bagi menimbulkan kesatuan yang mantap dan berkesan. Bait puisi dihidupkan oleh bahasa yang indah dan imaginatif. Selain itu, bahasa puisi mempunyai nilai konotatif yang tinggi. Contoh puisi Melayu tradisional ialah pantun, syair, gurindam, nazam, seloka, teromba, teka-teki, mantera, perbilangan, talibun, ruba�i dan qit�ah. Contoh puisi Melayu moden ialah sajak.

Kembali ke atas