Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.buang] | ممبواڠ

Definisi : 1. mencampakkan, melemparkan: dlm permainan bola keranjang, bola dibuang, tidak boleh disepak; dicegah ~ sampah di sini; 2. menghapuskan, menghilangkan: akhiran “kan” pd akhir perkataan ini harus dibuang; 3. = membuang-buang memboroskan, membazirkan, mensia-siakan: tidak perlu ~ wang serupa itu; ~ tenaga; 4. menghukum dgn jalan mengasingkan ke tempat yg jauh (terasing): raja itu hendak ~ puteranya yg derhaka ke tempat yg jauh; 5. menghentikan (sesuatu tabiat dll): tabiat merokok tidak dapat dibuangnya langsung; ~ adat tidak mengendahkan adat; ~ agama keluar drpd agama; ~ aksi Id membuat-buat supaya elok kelihatan; ~ arang (di muka) menghilangkan malu (aib); ~ baka mencemarkan nama baik keluarga; ~ belakang a) lari (melarikan diri); b) tidak mahu tahu (mengenai sesuatu); ~ bicara (membebaskan seseorang drpd dakwaan (mahkamah dll); ~ bini menceraikan bini; ~ buruk luruh buahnya yg tidak elok (pokok); ~ cangerai membuang sial; ~ dadu melemparkan dadu (dlm permainan); ~ darah membekam (mengeluarkan darah); ~ diri a) menjauhkan diri ke tempat lain; b) menarik (mengasingkan) diri; c) membunuh diri; ~ hamil menggugurkan anak (yg dlm kandungan); ~ hidup menghukum buang; ~ hingus mengeluarkan hingus dr dlm hidung; ~ langkah a) berjalan, berlari; b) melangkah ke belakang (dlm permainan pencak); ~ malu a) menghilangkan aib; b) membalas dendam (menebus malu); c) menyunati (anak dll); ~ masa (tempoh, waktu) mensia-siakan masa; ~ mata (pandang) melayangkan pandang, memandang-mandang; ~ muka a) berpaling (kerana tidak hendak melihat); b) tidak mempedulikan; ~ mulut mengatakan sesuatu dgn samar-samar (tidak terus terang); ~ nahas menolak bala (dgn mandi safar); ~ nyawa a) mati; b) menebus dgn nyawa, mengorbankan nyawa; ~ pelawa mengajak, mempelawa; ~ sauh menjatuhkan sauh; ~ sepanjang adat mengeluarkan drpd adat; ~ sial berbuat sesuatu supaya hilang sial; ~ sifat (Palembang) melukai orang sehingga cacat; ~ sikap (tingkah) berjalan dll dgn dibuat-buat; ~ tabiat berkelakuan lain drpd biasa; ~ tangan mengayun tangan utk memukul dll (dlm pencak); ~ tunang Sr memutuskan pertunangan; ~ ubat (tembakan) menembak dgn tidak tentu sasaran; ~ undi menentukan sesuatu dgn undi; laut tidak ~ sungai, rimba tidak ~ latah prb orang besar (baik) tidak menolak jika diminta pertolongan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.buang] | ممبواڠ

Definisi : 1 menyebabkan sesuatu bergerak di udara kerana dilepaskan dr tangan; melemparkan; mencampakkan: Dlm permainan bola keranjang, kita dibenarkan ~ bola dan tidak boleh menyepaknya. 2 mencampakkan sesuatu kerana tidak berguna: Kita tidak dibenarkan ~ sampah di merata-rata tempat. 3 menjadikan tidak ada lagi; menghilangkan; menghapuskan: Pihak penyunting telah ~ ayat penting dlm karangan saya. 4 menggunakan sesuatu dgn berlebih-lebihan; membazirkan; mensia-siakan: Projek yg dicadangkannya itu hanya ~ wang dan tenaga saja. 5 menghukum dgn cara mengasingkan seseorang ke tempat yg jauh atau terasing. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membuang

Puisi
 

Anak laksamana bermain pedang,
     Anak Belanda mencukur janggut;
Membuang tuba di tengah padang,
     Anak mati di tengah laut.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Gemuk membuang lemak,
     cerdik membuang kawan.

Bermaksud :

Sesudah kaya atau berpangkat tidak mahu menolong atau bergaul dengan keluarganya.

 

Lihat selanjutnya...(18)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1.Tanpa membuang masa,... 2. Tidak membuang masa,... Manakah yang betul?

Frasa yang betul ialah 1. Tanpa membuang masa, ... 

Tatabahasa06.03.2011
membuang atau meninggalkan bunyi huruf, perkataan, meninggalkan sebutan imbuhan dan salah sebutan.Soalan tuan tidak jelas, sila hubungi kami semula, dan nyatakan pertanyaan saudara dengan jelas. Untuk makluman tuan, Khidmat Nasihat DBP membantu pengguna menyelesaikan pelbagai masalah penggunaan bahasa Melayu seperti ejaan Rumi dan Jawi, perkataan dan istilah serta penyemakan bahasa. KNDBP juga turut melayan pertanyaan yang berkaitan dengan aktiviti sastera, penerbitan dan korporat.  Lain-lain30.04.2013
membuang atau meninggalkan bunyi huruf,perkataan dan imbuhan serta salah sebutan semasa membaca.Soalan tuan tidak jelas, sila hubungi kami semula, dan nyatakan pertanyaan saudara dengan jelas. Untuk makluman tuan, Khidmat Nasihat DBP membantu pengguna menyelesaikan pelbagai masalah penggunaan bahasa Melayu seperti ejaan Rumi dan Jawi, perkataan dan istilah serta penyemakan bahasa. KNDBP juga turut melayan pertanyaan yang berkaitan dengan aktiviti sastera, penerbitan dan korporat.Tatabahasa30.04.2013
Sila pilih ayat yang betul. Anda boleh memilih lebih daripada satu jawapan. (a) Jangan membuang sampah di merata tempat. (b) Jangan membuang sampah di merata-rata tempat. (c) Jangan membuang sampah di merata-rata. (d) Jangan membuang sampah merata-rata. (e) Saya melihat merata tempat. (f) Saya melihat merata-rata tempat.

Ayat yang betul ialah (a), (b), (e) dan (f). Manakala ayat yang tidak betul pula (c) dan (d) kerana kedua-dua ayat tersebut tidak lengkap.

Tatabahasa06.09.2021
1. Ali membuang sampah ke dalam tong sampah. 2. Ali membuang sampah di dalam tong sampah. ayat yang kedua betul atau salah? mohon tuan berikan pencerahan jika ayat tersebut salah. terima kasih.Ayat kedua juga betul kerana menunjukkan tempat Ali membuang sampah. Walau bagaimanapun ayat pertama Ali membuang sampah ke dalam tong sampah telah mantap penggunaannya dalam kalangan msyarakat.Tatabahasa13.05.2013
gejala pembuangan bayi atau gejala membuang bayi atau gejala buang bayi ? perlakuan membuang bayi atau perlakuan buang bayi atau perlakuan pembuangan bayi?1. Gejala pembuangan bayi. 2. Perlakuan membuang bayi.Makna01.07.2014
Dia membuang sampah di dalam tong sampah. Dia membuang sampah ke dalam tong sampah. Soalan saya, adakah keuda-dua ayat di atas boleh digunakan? (Penggunaan di dan ke) Apakah perkataan dalam bahasa Melayu yang betul bagi perkataan bahasa Inggeris berikut: dustpan Adakah penyeduk atau penceduk?Ayat yang betul ialah Dia membuang sampah ke dalam tong sampah. Padanan bahasa Melayu bagi perkataan dustpan ialah penadah sampah.Makna28.06.2010
Selamat pagi. Saya ingin bertanya ayat-ayat di bawah betul atau salah: 1. Manusia sewenang-wenangnya membuang sampah ke dalam sungai. 2. Manusia membuang sampah ke dalam sungai sewenang- wenangnya. 3. Manusia membuang sampah sewenang-wenangnya ke dalam sungai. Sekian, terima kasih.Kesemua ayat yang dikemukakan adalah betul.Tatabahasa11.05.2011
Salam sejahtera, mohon khidmat nasihat berkenaan ayat yang sesuai digunakan di kain rentang. yang manakah lebih sesuai digunakan. 1. Dilarang membuang sampah ke dalam sungai atau 2. Dilarang membuang sampah di kawasan sungai konteks ayat adalah sebagai larangan kepada orang awam untuk tidak membuang sampah di sungai. sekian dan terima kasih.Kedua-dua ayat yang diberikan betul dan boleh digunakan untuk melarang orang awam daripada membuang sampai di dalam sungai dan kawasan di sekitarnya.  Tatabahasa06.04.2022
Selamat sejahtera tuan/puan. Adakah perkataan "tandas" merujuk kepada tempat membuang air sahaja, ataupun perkataan tersebut juga bermaksud benda yang digunakan untuk membuang air? Adakah "mangkuk tandas" merujuk kepada seluruh benda (termasuk paip air dsb) ataupun bahagian yang semacam mangkuk? Terima kasih.Menurut Kamus Dewan, tandas bermaksud bilik khas (di tempat awam, sekolah, pejabat, dan sebagainya) tempat membuang air (yang dilengkapi dengan mangkuk tandas, sink, dan sebagainya), atau disebut bilik air.  Mangkuk tandas sesuatu seperti mangkuk bentuk atau rupanya digunakan sebagai tempat buang air besar atau buang air kecil di tandas.Makna12.10.2012
12345678

Kembali ke atas