Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.buang] | ممبواڠ

Definisi : 1. mencampakkan, melemparkan: dlm permainan bola keranjang, bola dibuang, tidak boleh disepak; dicegah ~ sampah di sini; 2. menghapuskan, menghilangkan: akhiran “kan” pd akhir perkataan ini harus dibuang; 3. = membuang-buang memboroskan, membazirkan, mensia-siakan: tidak perlu ~ wang serupa itu; ~ tenaga; 4. menghukum dgn jalan mengasingkan ke tempat yg jauh (terasing): raja itu hendak ~ puteranya yg derhaka ke tempat yg jauh; 5. menghentikan (sesuatu tabiat dll): tabiat merokok tidak dapat dibuangnya langsung; ~ adat tidak mengendahkan adat; ~ agama keluar drpd agama; ~ aksi Id membuat-buat supaya elok kelihatan; ~ arang (di muka) menghilangkan malu (aib); ~ baka mencemarkan nama baik keluarga; ~ belakang a) lari (melarikan diri); b) tidak mahu tahu (mengenai sesuatu); ~ bicara (membebaskan seseorang drpd dakwaan (mahkamah dll); ~ bini menceraikan bini; ~ buruk luruh buahnya yg tidak elok (pokok); ~ cangerai membuang sial; ~ dadu melemparkan dadu (dlm permainan); ~ darah membekam (mengeluarkan darah); ~ diri a) menjauhkan diri ke tempat lain; b) menarik (mengasingkan) diri; c) membunuh diri; ~ hamil menggugurkan anak (yg dlm kandungan); ~ hidup menghukum buang; ~ hingus mengeluarkan hingus dr dlm hidung; ~ langkah a) berjalan, berlari; b) melangkah ke belakang (dlm permainan pencak); ~ malu a) menghilangkan aib; b) membalas dendam (menebus malu); c) menyunati (anak dll); ~ masa (tempoh, waktu) mensia-siakan masa; ~ mata (pandang) melayangkan pandang, memandang-mandang; ~ muka a) berpaling (kerana tidak hendak melihat); b) tidak mempedulikan; ~ mulut mengatakan sesuatu dgn samar-samar (tidak terus terang); ~ nahas menolak bala (dgn mandi safar); ~ nyawa a) mati; b) menebus dgn nyawa, mengorbankan nyawa; ~ pelawa mengajak, mempelawa; ~ sauh menjatuhkan sauh; ~ sepanjang adat mengeluarkan drpd adat; ~ sial berbuat sesuatu supaya hilang sial; ~ sifat (Palembang) melukai orang sehingga cacat; ~ sikap (tingkah) berjalan dll dgn dibuat-buat; ~ tabiat berkelakuan lain drpd biasa; ~ tangan mengayun tangan utk memukul dll (dlm pencak); ~ tunang Sr memutuskan pertunangan; ~ ubat (tembakan) menembak dgn tidak tentu sasaran; ~ undi menentukan sesuatu dgn undi; laut tidak ~ sungai, rimba tidak ~ latah prb orang besar (baik) tidak menolak jika diminta pertolongan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.buang] | ممبواڠ

Definisi : 1 menyebabkan sesuatu bergerak di udara kerana dilepaskan dr tangan; melemparkan; mencampakkan: Dlm permainan bola keranjang, kita dibenarkan ~ bola dan tidak boleh menyepaknya. 2 mencampakkan sesuatu kerana tidak berguna: Kita tidak dibenarkan ~ sampah di merata-rata tempat. 3 menjadikan tidak ada lagi; menghilangkan; menghapuskan: Pihak penyunting telah ~ ayat penting dlm karangan saya. 4 menggunakan sesuatu dgn berlebih-lebihan; membazirkan; mensia-siakan: Projek yg dicadangkannya itu hanya ~ wang dan tenaga saja. 5 menghukum dgn cara mengasingkan seseorang ke tempat yg jauh atau terasing. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membuang

Puisi
 

Anak laksamana bermain pedang,
     Anak Belanda mencukur janggut;
Membuang tuba di tengah padang,
     Anak mati di tengah laut.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Gemuk membuang lemak,
     cerdik membuang kawan.

Bermaksud :

Sesudah kaya atau berpangkat tidak mahu menolong atau bergaul dengan keluarganya.

 

Lihat selanjutnya...(18)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
gipping/guttingbuang perutPerikananTiadaProses membuang bahagian perut ikan sebelum disimpan, dijual atau diproses bagi kegunaan lain. Proses membuang perut ikan sangat penting untuk menghalang ikan daripada cepat busuk disebabkan bahagian ini mengandungi mikroorganisma yang boleh mempercepat proses pembusukan.
anti-icingnyahaisAeroangkasaTiadaProses membuang ais yang terbentuk pada permukaan pesawat udara secara termal, mekanik atau kimia. Sinonim: de-icing,Alat pandu arah untuk membantu juruterbang mendarat di luncuran atau di landasan dengan lebih tepat.,Proses membuang ais yang terbentuk pada permukaan pesawat udara secara termal, mekanik atau kimia. Sinonim: de-icing
de-icingnyahaisAeroangkasaTiadaProses membuang ais yang terbentuk pada permukaan pesawat udara secara termal, mekanik atau kimia.,Lampu depan yang dipasang pada muncung dan sayap pesawat udara dan disuluhkan ke hadapan dan ke bawah untuk menerangi ketika mendarat.,Proses membuang ais yang terbentuk pada permukaan pesawat udara secara termal, mekanik atau kimia.
loppingmemangkasPerhutananSains Kayu dan Hasil Hutan1. Memotong dan membuang dahan pokok yang masih hidup. Operasi ini sering dijalankan pada pokok-pokok kayu dalam ladang hutan untuk meghasilkan batang yang lurus dan sihat, atau pada pokok di tepi jalan untuk memudahkan penggunaan jalan. 2. Memotong dan membuang dahan atau bahagian atas pokok selepas ditebang bagi memudahkan proses mengumpul dan membersihkannya.
guttingmembuang perutPerikananTiadaTiada
jettisonmembuangKejuruteraanTiadaPembuangan barang-barang keluar daripada pesawat, terutamanya untuk meringankan pesawat yang berada dalam kecemasan.
jettisonmembuangGeografiTiadaTiada
jettisonmembuangUndang-undangTiadaTiada
guttingmembuang perutPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
apisectapisekPerubatanTiadaMembuang apeks gigi melalui pembedahan.
12345678910...

Kembali ke atas