Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membuat

Puisi
 

Orang Lengging membuat rakit,
     Rakit dibuat kayu nyatuh;
Biarlah anjing menyalak bukit,
     Bukit tetap tidakkan runtuh.


Lihat selanjutnya...(31)
Peribahasa

Membuat tergigit (= tercabut) lidah.

Bermaksud :

Memberi nasihat yang sia-sia kepada orang yang berkelakuan jahat.

 

Lihat selanjutnya...(69)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya membuat kerja rumah. Saya sedang membuat kerja rumah. Saya telah membuat kerja rumah. Saya sudah membuat kerja rumah. Saya akan membuat kerja rumah. Adakah saya menggunakan imbuhan dalam ayat-ayat di atas dengan betul? Ayat yang manakah salah?

Penggunaan imbuhan awalan mem- dalam ayat-ayat di atas betul dan boleh digunakan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 147.

Tatabahasa09.04.2024
a) Sin Ling membuat tanglung ikan. b) Sin Ling membuat tanglung arnab. 1. Sin Ling membuat tanglung ikan dan arnab. 2. Sin Ling membuat tanglung ikan dan tanglung arnab. Jawapan 1 dan 2 di atas, yang mana betul? minta encik/puan beri pencerahan. terima kasih.Ayat yang betul ialah “Sin Ling membuat tanglung ikan dan tanglung arnab”. Dalam contoh ayat yang diberikan, perkataan tanglung perlu diulang kerana merujuk jenis tanglung yang berbeza.Tatabahasa06.10.2022
perkataan yang sesuai untuk mengiklankan kedai membuat dan memasang signboard serta menjual barangan membuat signboardPerkataan yang sesuai untuk mengiklankan kedai membuat dan memasang signboard serta menjual barangan membuat signboard:

1. Di bahagian atas papan iklan - PEMBUAT PAPAN IKLAN
2. Sebagai keterangan yang boleh diletakkan di bahagian bawah - Membuat, memasang dan menjual barangan papan papan iklan.
Lain-lain14.07.2015
Kedua- dua ayat ini betul? Ali sedang membuat kerja dengan cepat di kelas. Ali sedang membuat kerja di kelas dengan cepat.Ayat yang betul ialah “Ali sedang membuat kerja dengan cepat di dalam kelas.” dan “Ali sedang membuat kerja di dalam kelas dengan cepat.”Tatabahasa06.06.2023
kami ingin membuat pengiklanan di parking kompleks, pihak pengurusan berkata kami hendak membuat pemohonan di sini, bagamainakah kami membuat pemohonan ? sekian terima kasih.

1. Permohonan tempat adalah melalui pihak tertentu yang menguruskan bangunan tersebut dan lesen untuk menaikkan iklan melalui pihak berkuasa tempatan contohnya DBKL. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pula  berperanan untuk menyemak teks draf visual iklan yang hendak dipasang dan draf tersebut perlu mendapat kelulusan daripada DBP terlebih dahulu sebelum membuat permohonan lesen daripada PBT.
2. Pengesahan  visual iklan tersebut boleh dibuat melalui laman web "dbp sah bahasa" atau hadir ke Kaunter Pengesahan Bahasa DBP Kuala Lumpur, DBP Wilayah Utara, DBP Wilayah Selatan dan DBP Caw. Sabah dan Sarawak
3. Draf visual iklan hendaklah dalam bahasa Melayu dan dibawa bersama-sama untuk tujuan pengesahan. 

Lain-lain10.07.2019
Saya ada membuat pemohonan sah bahasa untuk pengiklanan melalui portal dbpsahbahasa.my. No rujukan :35027/2020. Pemohonan saya tidak mendapat kelulusan dan perlu membuat pembetulan akan tetapi pihak DBP tidak menyatakan dibahagian mana kami perlu membuat pembetulan. Mohon pihak tuan/puan semak semula.Mohon puan membuat pembetulan seperti yang telah diterangkan melalui talian telefon pada 18/6/2020.Lain-lain17.06.2020
selamat sejahtera, saya ingin membuat papan tanda dan ingin membuat semakan bahasa. 1) kilang membuat koay teow dan cili boh 2) kilang memproses koay teow dan cili boh manakah perkataan yang lebih sesuai digunakan? sekian terima kasihPerkataan yang sesuai ialah Kilang Kuetiau dan Cili BohLain-lain23.11.2018
bagaimana proses yang saya perlu lakukan jika hendak membuat permohonan untuk membuat papan iklan untuk tadika?Salam Sejahtera Tuan/Puan,

Untuk makluman tuan/puan, permohonan pengesahan bahasa Melayu untuk papan tanda perniagaan / iklan perlu dibuat melalui dalam talian menerusi laman dbpsahbahasa.my atau melalui kunjungan/kaunter di Aras Bawah, Menara DBP dengan membawa dua (2) salinan visual iklan.

2. Kaunter dibuka pada hari bekerja dari pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang.

3. Perlu ada teks dalam bahasa Melayu untuk kami semak dan sahkan. Oleh itu, tuan/puan perlu meletakkan keterangan aktiviti di sebelah kiri paling atas iklan, contohnya RESTORAN.

Sekian. Terima kasih.
Lain-lain27.02.2018
Saya mahu membuat kunci pendua untuk kunci ini. Membuat atau buat?Ayat yang betul ialah:  Saya mahu membuat kunci pendua untuk kunci ini. Tatabahasa09.12.2022
Tuan/Puan, Padanan perkataan "anew" dalam Bahasa Melayu adalah "membuat baharu" atau "membuat semula"? Terima kasih.Padanan bahasa Melayu untuk perkataan "anew" ialah semula atau baru. Padanan perkataan bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.   Makna17.09.2021
12345678910...

Kembali ke atas