Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.bu.bar.kan] | ممبوبرکن

Definisi : 1. menjadikan (menyuruh) bubar, mencerai-beraikan, menyuraikan: tunjuk perasaan itu dibubarkan polis; 2. menghabiskan (tugas dll), menghentikan (mesyuarat dll), meniadakan: baginda mempunyai kuasa melantik PM atau ~ parlimen; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.bu.bar.kan] | ممبوبرکن

Definisi : 1 menjadikan bubar; menyuruh bubar; mencerai-beraikan; menyuraikan: Pihak polis telah ~ orang-orang yg berpiket di hadapan pejabat pegawai daerah. 2 menghentikan atau menamatkan (sesuatu persidangan, mesyuarat dsb): Antara tugas baginda termasuklah memanggil dan ~ Parlimen. 3 menutup atau meniadakan (syarikat dsb); memansuhkan: Pihak kerajaan telah ~ semua parti politik yg berhaluan kiri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membubarkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pilih satu jawapan yang betul. Guru Besar terpaksa ----- persatuan seni kerana jumlah anggotanya terlalu sedikit. A membatalkan B membubarkanDalam konteks ayat tersebut, membubarkan lebih tepat kerana salah satu daripada maksud membubarkan menurut Kamus Dewan ialah menghentikan atau menamatkan sesuatu.Lain-lain28.06.2015
Salam sejahtera. Kosa kata manakah yang paling tepat dalam situasi ayat yang berikut? Ayat: Pihak sekolah akan membatalkan / membubarkan / memansuhkan peperiksaan Pendidikan Kesihatan pada tahun hadapan.Ayat yang tepat: Pihak sekolah akan memansuhkan peperiksaan Pendidikan Kesihatan pada tahun hadapan.  Makna23.11.2016
mengapa tidak menggunakan tulisan jawi sebagai tulisan rasmi? apakah kita mesti menggunakan roman sebagai tulisan rasmi? jikalau ingin membubarkan PPSMI, perlu adanya perkataan-perkatan sendiri dalam istilah perubatan. bukannya mengadaptasi bahasa asing. saya seorang pelajar sains. dulu saya mempelajari biologi, fizik dan kimia dalam Bahasa Melayu, saya mendapati banyak istilah-istilah hanya dimelayukan, bukannya asal daripada Melayu sendiri. bagaimanakah untuk memperjuangkan Bahasa Melayu? tolong beri perhatian.

Sekiranya tulisan Jawi dijadikan tulisan rasmi sayalah antara orang yang paling gembira sekali. Saudara bagaimana? Kadang-kadang kita perlu membuka minda dan memahami bahawa sifat sesuatu bahasa itu tidak statik. Ia akan berubah mengikut perkembangan zaman. Itulah tanda bahawa bahasa itu hidup. Kalau tiada orang menggunakan bahasa, ia akan mati seperti bahasa Hawaii contohnya. Banyak istilah yang berkaitan dengan pelbagai bidang termasuklah bidang sains dan teknologi telah dimelayukan. Kalau saudara mempertikai tentang penyaduran istilah tersebut, cuba saudara berikan contoh satu perkataan dan daripada bahasa mana asal kata tersebut? Saya yakin bahawa asalnya bukan hanya daripada bahasa Inggeris sahaja. Orang Inggeris pun meminjam banyak istilah daripada bahasa lain, contohnya: algebra - B.Arab, amuck- B.Melayu, combat - B.Latin, Science - B.Latin melalui B.Perancis, Technology - B.Greek, dll. Kalau dikaji sebahagian besar kata dalam bahasa Inggeris itu dipinjam drp. bahasa lain. (Sila baca bahan yang berkaitan dengan perkembangan bahasa Inggeris).

Lain-lain25.12.2008
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera, Saya ingin bertanyakan kemusykilan berikut untuk memantapkan penguasaan dalam menyediakan minit mesyuarat yang efektif dan berkesan. 1. Saya dilantik sebagai Setiausaha Satu jawatankuasa Induk peringkat Bahagian dan dalam masa yang sama sebagai pencatat minit. Soalan : Jika mesyuarat tersebut telah membubarkan Jawatankuasa Pengelola, adakah boleh diletakkan ayat berikut : " Oleh kerana tiada hal-hal lain, Pengerusi memaklumkan kepada Majlis Mesyuarat, Jawatankuasa Pengelola Majlis Ibadah Qurban Perdana 2015 dibubarkan dengan rasminya. " Mesyuarat ditamatkan pada jam 12.00 tengah hari ATAU Pengerusi memaklumkan kepada Majlis Mesyuarat, Jawatankuasa Pengelola Majlis Ibadah Qurban Perdana 2015 dibubarkan dengan rasminya. " Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 tengah hari * Mohon pencerahan Terima kasih.Pengerusi memaklumkan kepada Majlis Mesyuarat, Jawatankuasa Pengelola Majlis Ibadah Qurban Perdana 2015 dibubarkan dengan rasminya. Mesyuarat ditamatkan pada pukul 12.00 tengah hari.Tatabahasa07.10.2015
adakah istilah jemaah menteri dikatakan kata nama am atau kata nama khas?Perkataan jemaah menteri dieja dengan huruf kecil jika membawa maksud umum. Jika membawa maksud rujukan khusus seperti Perdana Menteri menjadi pengerusi majlis mesyuarat Jemaah Menteri untuk membubarkan Parlimenhuruf pertama pada perkataan jemaah menteri dieja dengan huruf besar, iaitu Jemaah Menteri.Istilah21.11.2020
Salam sejahtera tuan. Baru-baru ini, IPG heboh dengan penggunaan perkataan "penyuraian" tetapi kata terbitan ini tidak terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Adakah perkataan ini wujud dalam bahasa Melayu? Jika tidak, apakah istilah yang sesuai dalam konteks yang berikan? Sekian, terima kasih.Salam Sejahtera tuan/puan.  Untuk makluman tuan/puan, penyuraian ialah kata terbitan yang berasal daripada kata “surai”. Kamus Dewan Edisi Keempat memberikan definisi yang berikut:  bersurai berpisah-pisah, bercerai-cerai: setelah mayatnya ditimbus, semua yg hadir pun ~lah pulang ke tempat masing-­masing; menyurai, menyuraikan menjadikan ber­surai, membubarkan (perkumpulan dll), memisah-misahkan, mencerai-ceraikan: polis terpaksa melepaskan tembakan gas pemedih mata utk menyuraikan perkumpulan haram itu.  Sekian. Terima kasih.Tokoh11.08.2017
Dengan berdasarkan jawapan tuan, saya masih tidak jelas akan kedudukan perkataan ini dalam bahasa Melayu. Adakah "penyuraian" wujud dalam bahasa Melayu walaupun kata terbitan ini tidak disenaraikan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat? Terima kasih.Untuk makluman tuan/puan, penyuraian ialah kata terbitan yang berasal daripada kata “surai”. Kamus Dewan Edisi Keempat memberikan definisi yang berikut: bersurai berpisah-pisah, bercerai-cerai: setelah mayatnya ditimbus, semua yg hadir pun ~lah pulang ke tempat masing-­masing; menyurai, menyuraikan menjadikan ber­surai, membubarkan (perkumpulan dll), memisah-misahkan, mencerai-ceraikan: polis terpaksa melepaskan tembakan gas pemedih mata utk menyuraikan perkumpulan haram itu.

Untuk makluman tuan/puan juga, walaupun kata "Penyuraian" tidak dinyatakan dalam Kamus Dewan (kata dasarnya "surai"), tapi kata tersebut boleh diterima pakai dalam konteks penggunaan bahasa Melayu.
Lain-lain22.08.2017

Kembali ke atas