Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.bu.ka] | ممبوک

Definisi : 1. menjadikan tidak tertutup (bertutup): ~ almari; ~ bungkusan; ~ mata; ~ peti; ~ pintu; ~ tabir; 2. menanggalkan, melucutkan: ~ baju (pakaian); ~ kupiah (songkok, topi, dll); ~ kasut; 3. melepaskan, menguraikan, menetaskan: ~ buhul; ~ simpul; ~ tali; 4. membentangkan, mengembangkan: ~ tangan; 5. bp menghidupkan (lampu, kipas, radio, dsb) dgn memetik suisnya, memasang; 6. menebang-nebas (utk membuat atau mengusahakan sesuatu), merintis, meneroka; ~ hutan menebang kayu-kayan utk dijadikan tempat menanam dll; ~ jalan a) menebas semak dll utk membuat jalan; b) membenarkan orang (kenderaan dsb) lalu, memberi jalan; c) ki pertama-tama mengerjakan sesuatu (yg memudahkan usaha seterusnya oleh orang lain), merintis jalan, memelopori; d) memastikan kemungkinan (mendapat sesuatu yg dipohon dsb), memberikan panduan; ~ kebun menebas semak dll utk dijadikan kebun; ~ negeri menebas hutan utk dijadikan negeri; ~ tanah menebas hutan utk mendapat tanah bagi pertanian; 7. memberikan, mengadakan (peluang dll): ~ peluang pekerjaan yg luas kpd penduduk; 8. memulai atau memulakan (sesuatu), mula menyelenggarakan (menguruskan, menggerakkan, dsb); ~ bicara = ~ kata memulakan bicara; ~ mesyuarat (perundingan, rapat, sidang) memulai mesyuarat dll; ~ kedai (toko, perusahaan, sekolah) memulakan kegiatan kedai dll; ~ serangan memulakan serangan; 9. mendedahkan, memperlihatkan: ~ hati; ~ rahsia (tembelang); ~ warna; ~ faal melihat tenung (utk meramalkan); 10. menimbulkan rasa ingin atau mahu melakukan sesuatu (spt makan dll): ~ selera (nafsu dsb); 11. mengumumkan dgn rasmi (bahawa sesuatu itu sudah sedia utk digunakan dsb), merasmikan: Menteri Pendidikan akan ~ bangunan baru sekolah itu; 12. membenarkan (memberi peluang kpd) orang ramai utk menyertai (menyaksikan dsb): pameran ini dibuka kpd orang ramai dr pukul 9.00 pagi hingga pukul 9.00 malam; ~ hati menimbulkan perasaan ingin akan sesuatu; ~ langkah seribu lari meninggalkan sesuatu tempat (kerana takut dsb); ~ mata a) meluaskan pandangan serta pengalaman dgn melawat tempat orang; b) menyedarkan, menginsafkan; ~ mulut a) bercakap, berkatakata, mengeluarkan kata-kata; b) mengadukan hal kpd seseorang yg difikirkan boleh memberi bantuan (mengambil tindakan sewajarnya dsb); ~ pintu ki memberikan peluang (kesempatan), tidak menyekat; ~ telinga mendengar baik-baik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.bu.ka] | ممبوک

Definisi : 1 menjadikan tidak bertutup atau tidak tertutup lagi: Pagi-pagi lagi, ibu sudah ~ jendela supaya udara bersih masuk ke dlm rumah. 2 menjadikan tidak berpakaian lagi; melucutkan pakaian dsb: Sebelum memasuki masjid, kita hendaklah ~ kasut terlebih dahulu. 3 menjadikan tidak bersimpul lagi: ~ tali. 4 menjadikan tidak bergulung atau tidak berlipat lagi; mengembangkan atau membentangkan hingga tidak kuncup: ~ payung; ~ lipatan. 5 memulakan sesuatu usaha, kegiatan dll; mengusahakan sesuatu perkara dll: Syarikat Syamelin telah ~ beberapa buah kedai di merata-rata tempat di Semenanjung Malaysia. 6 menjadikan dpt dilihat atau diketahui: ~ rahsia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membuka

Peribahasa

Memperlihatkan kurus tidak berbaju.

Bermaksud :

Membuka rahsia diri sendiri kepada orang.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
   2.      berkenaan orang yang suka membuka rahsia.Mung jange dok royak gapo ko budok tu, diyo tu mulok beruh.[muN dZA.NE do/ č.jA/ g:A.p k bu.d/ tu di.j tu mu.lo/ b«.Äuh]Kamu jangan beritahu apa-apa kepada budak itu, dia tu suka membuka rahsia orang.
klebek[klE.bE/]kata kerja1. membuka tutupan atau lipatan dengan tangan.Jange dok klebek mulok tu, udoh nengok.[dZA.NE do/ klE.bE/ mu.lo/ tu u.doh n:E.N/]Jangan buka mulut dengan tangan tu, tak elok dipandang.
kekoh[k«.kh]kata kerjamenggigit (dgn membuka mulut lebar-lebar dan mengatupnya).Jari Pok Sen bekok keno kekoh monyek.[dZA.Äi p/ seN b«.k/ k«.n k«.kh m.øE/]Jari Pak Sin bengkak kerana digigit monyet.
pecakp«.tSA/]kata kerjamenanggalkan (pakaian, kasut dan lain-lain), membuka.Tulong gi pecak baju tu, busuk kohong.[tu.loN gi p«.tSA/ bA.dZu tu bu.su/ k:.hoN]Tolong pergi tanggalkan baju tu, baunya terlalu busuk.

Kembali ke atas