Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.bu.ka] | ممبوک

Definisi : 1. menjadikan tidak tertutup (bertutup): ~ almari; ~ bungkusan; ~ mata; ~ peti; ~ pintu; ~ tabir; 2. menanggalkan, melucutkan: ~ baju (pakaian); ~ kupiah (songkok, topi, dll); ~ kasut; 3. melepaskan, menguraikan, menetaskan: ~ buhul; ~ simpul; ~ tali; 4. membentangkan, mengembangkan: ~ tangan; 5. bp menghidupkan (lampu, kipas, radio, dsb) dgn memetik suisnya, memasang; 6. menebang-nebas (utk membuat atau mengusahakan sesuatu), merintis, meneroka; ~ hutan menebang kayu-kayan utk dijadikan tempat menanam dll; ~ jalan a) menebas semak dll utk membuat jalan; b) membenarkan orang (kenderaan dsb) lalu, memberi jalan; c) ki pertama-tama mengerjakan sesuatu (yg memudahkan usaha seterusnya oleh orang lain), merintis jalan, memelopori; d) memastikan kemungkinan (mendapat sesuatu yg dipohon dsb), memberikan panduan; ~ kebun menebas semak dll utk dijadikan kebun; ~ negeri menebas hutan utk dijadikan negeri; ~ tanah menebas hutan utk mendapat tanah bagi pertanian; 7. memberikan, mengadakan (peluang dll): ~ peluang pekerjaan yg luas kpd penduduk; 8. memulai atau memulakan (sesuatu), mula menyelenggarakan (menguruskan, menggerakkan, dsb); ~ bicara = ~ kata memulakan bicara; ~ mesyuarat (perundingan, rapat, sidang) memulai mesyuarat dll; ~ kedai (toko, perusahaan, sekolah) memulakan kegiatan kedai dll; ~ serangan memulakan serangan; 9. mendedahkan, memperlihatkan: ~ hati; ~ rahsia (tembelang); ~ warna; ~ faal melihat tenung (utk meramalkan); 10. menimbulkan rasa ingin atau mahu melakukan sesuatu (spt makan dll): ~ selera (nafsu dsb); 11. mengumumkan dgn rasmi (bahawa sesuatu itu sudah sedia utk digunakan dsb), merasmikan: Menteri Pendidikan akan ~ bangunan baru sekolah itu; 12. membenarkan (memberi peluang kpd) orang ramai utk menyertai (menyaksikan dsb): pameran ini dibuka kpd orang ramai dr pukul 9.00 pagi hingga pukul 9.00 malam; ~ hati menimbulkan perasaan ingin akan sesuatu; ~ langkah seribu lari meninggalkan sesuatu tempat (kerana takut dsb); ~ mata a) meluaskan pandangan serta pengalaman dgn melawat tempat orang; b) menyedarkan, menginsafkan; ~ mulut a) bercakap, berkatakata, mengeluarkan kata-kata; b) mengadukan hal kpd seseorang yg difikirkan boleh memberi bantuan (mengambil tindakan sewajarnya dsb); ~ pintu ki memberikan peluang (kesempatan), tidak menyekat; ~ telinga mendengar baik-baik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.bu.ka] | ممبوک

Definisi : 1 menjadikan tidak bertutup atau tidak tertutup lagi: Pagi-pagi lagi, ibu sudah ~ jendela supaya udara bersih masuk ke dlm rumah. 2 menjadikan tidak berpakaian lagi; melucutkan pakaian dsb: Sebelum memasuki masjid, kita hendaklah ~ kasut terlebih dahulu. 3 menjadikan tidak bersimpul lagi: ~ tali. 4 menjadikan tidak bergulung atau tidak berlipat lagi; mengembangkan atau membentangkan hingga tidak kuncup: ~ payung; ~ lipatan. 5 memulakan sesuatu usaha, kegiatan dll; mengusahakan sesuatu perkara dll: Syarikat Syamelin telah ~ beberapa buah kedai di merata-rata tempat di Semenanjung Malaysia. 6 menjadikan dpt dilihat atau diketahui: ~ rahsia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membuka

Peribahasa

Memperlihatkan kurus tidak berbaju.

Bermaksud :

Membuka rahsia diri sendiri kepada orang.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
open4. set up, membuka: we plan to ~ another branch in Prai, kami bercadang utk membuka satu cawangan lagi di Prai; she ~ed a restaurant in the city, dia membuka restoran di bandar; 5. declare officially that (st) is ready to be used, operate, etc, membuka [sst] dgn rasmi: he was asked to ~ the exhibition, dia diminta membuka pameran itu dgn rasmi; HM the Yang Di-Pertuan Agong will ~ Parliament tomorrow, DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong akan membuka Parlimen dgn rasminya esok;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
unbindvt membuka ikatan: she unbound her hair and let it fall loose, dia membuka ikatan rambutnya dan membiarkannya terurai; the nurse unbound the wound, jururawat membuka ikatan luka itu; to ~ the rope, membuka ikatan tali itu; the prisoner was unbound and set free, tawanan itu dibuka ikatannya dan dilepaskan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
untievt undo a knot or st tied, membuka ikatan (pd): he ~d the parcel, dia membuka ikatan bungkusan itu; I can’t ~ the knot, saya tdk dapat membuka ikatan pd simpulan itu; they ~d the captives and they all escaped, mereka membuka ikatan pd tawanan-tawanan itu dan mereka semua melarikan diri; he ~d the dog and let it roam freely, dia membuka ikatan pd anjing itu dan membiarkannya lepas bebas;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
unfoldvt 1. open the folds of, membuka (lipatan); (o’s arm), /membuka, melepaskan/ peluk tubuh: he ~ed the newspaper and read it, dia membuka lipatan surat khabar itu lalu membacanya; she ~ed the blanket and wrapped it round the child, dia membuka lipatan selimut itu lalu menyelimuti budak itu; to ~ the map, membuka lipatan peta;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
uncoilvt membuka + approp n: the python ~ed itself slowly, ular sawa itu membuka lingkarannya perlahan-lahan; he ~ed the rope and left it dangling to the floor, dia membuka gelungan tali itu dan membiarkannya berjuntai ke lantai; she ~ed her hair and let it fall about her shoulders, dia membuka gelungan rambutnya dan membiarkannya mengurai ke bahu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
turn~ st on, (tap) membuka sst; (gas), /membuka, menghidupkan/ sst; (other apparatus), /membuka, menghidupkan, memasang/ sst: will you ~ the gas on?, tolong buka gas; she ~ed on the radio to listen to the news, dia memasang radio utk mendengar berita;~ st/ on, onto/ st, see vt (sense 8.);Kamus Inggeris-Melayu Dewan
beanfull of ~s, riang, gembira; spill the ~s, /membuka, memecahkan/ tembelang, membuka rahsia, mendedahkan segala-galanya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
openhe ~ed another bottle of champagne, dia membuka sebotol lagi champagne; have you ~ed the presents yet?, sudahkah kamu membuka hadiah-hadiah itu?; to ~ a new packet of tea, membuka bungkusan teh yg baru; the caretaker ~s the building every morning, penjaga itu membuka pintu bangunan tersebut setiap pagi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
unbucklevt membuka gancu: he ~d his sword, dia membuka gancu tali pedangnya; the little boy struggled to ~ his shoes, budak kecil itu bersusah payah utk membuka gancu kasutnya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
openb. induce so. to speak, membuat sso /membuka mulut, bercakap/: $50.00 should ~ his mouth, $50.00 akan membuat dia membuka mulut; c. speak indiscreetly, membuka mulut: his mistake is he ~s his mouth far too much, kesalahannya ialah dia suka sangat membuka mulut;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas