Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.bu.ka] | ممبوک

Definisi : 1. menjadikan tidak tertutup (bertutup): ~ almari; ~ bungkusan; ~ mata; ~ peti; ~ pintu; ~ tabir; 2. menanggalkan, melucutkan: ~ baju (pakaian); ~ kupiah (songkok, topi, dll); ~ kasut; 3. melepaskan, menguraikan, menetaskan: ~ buhul; ~ simpul; ~ tali; 4. membentangkan, mengembangkan: ~ tangan; 5. bp menghidupkan (lampu, kipas, radio, dsb) dgn memetik suisnya, memasang; 6. menebang-nebas (utk membuat atau mengusahakan sesuatu), merintis, meneroka; ~ hutan menebang kayu-kayan utk dijadikan tempat menanam dll; ~ jalan a) menebas semak dll utk membuat jalan; b) membenarkan orang (kenderaan dsb) lalu, memberi jalan; c) ki pertama-tama mengerjakan sesuatu (yg memudahkan usaha seterusnya oleh orang lain), merintis jalan, memelopori; d) memastikan kemungkinan (mendapat sesuatu yg dipohon dsb), memberikan panduan; ~ kebun menebas semak dll utk dijadikan kebun; ~ negeri menebas hutan utk dijadikan negeri; ~ tanah menebas hutan utk mendapat tanah bagi pertanian; 7. memberikan, mengadakan (peluang dll): ~ peluang pekerjaan yg luas kpd penduduk; 8. memulai atau memulakan (sesuatu), mula menyelenggarakan (menguruskan, menggerakkan, dsb); ~ bicara = ~ kata memulakan bicara; ~ mesyuarat (perundingan, rapat, sidang) memulai mesyuarat dll; ~ kedai (toko, perusahaan, sekolah) memulakan kegiatan kedai dll; ~ serangan memulakan serangan; 9. mendedahkan, memperlihatkan: ~ hati; ~ rahsia (tembelang); ~ warna; ~ faal melihat tenung (utk meramalkan); 10. menimbulkan rasa ingin atau mahu melakukan sesuatu (spt makan dll): ~ selera (nafsu dsb); 11. mengumumkan dgn rasmi (bahawa sesuatu itu sudah sedia utk digunakan dsb), merasmikan: Menteri Pendidikan akan ~ bangunan baru sekolah itu; 12. membenarkan (memberi peluang kpd) orang ramai utk menyertai (menyaksikan dsb): pameran ini dibuka kpd orang ramai dr pukul 9.00 pagi hingga pukul 9.00 malam; ~ hati menimbulkan perasaan ingin akan sesuatu; ~ langkah seribu lari meninggalkan sesuatu tempat (kerana takut dsb); ~ mata a) meluaskan pandangan serta pengalaman dgn melawat tempat orang; b) menyedarkan, menginsafkan; ~ mulut a) bercakap, berkatakata, mengeluarkan kata-kata; b) mengadukan hal kpd seseorang yg difikirkan boleh memberi bantuan (mengambil tindakan sewajarnya dsb); ~ pintu ki memberikan peluang (kesempatan), tidak menyekat; ~ telinga mendengar baik-baik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.bu.ka] | ممبوک

Definisi : 1 menjadikan tidak bertutup atau tidak tertutup lagi: Pagi-pagi lagi, ibu sudah ~ jendela supaya udara bersih masuk ke dlm rumah. 2 menjadikan tidak berpakaian lagi; melucutkan pakaian dsb: Sebelum memasuki masjid, kita hendaklah ~ kasut terlebih dahulu. 3 menjadikan tidak bersimpul lagi: ~ tali. 4 menjadikan tidak bergulung atau tidak berlipat lagi; mengembangkan atau membentangkan hingga tidak kuncup: ~ payung; ~ lipatan. 5 memulakan sesuatu usaha, kegiatan dll; mengusahakan sesuatu perkara dll: Syarikat Syamelin telah ~ beberapa buah kedai di merata-rata tempat di Semenanjung Malaysia. 6 menjadikan dpt dilihat atau diketahui: ~ rahsia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membuka

Peribahasa

Memperlihatkan kurus tidak berbaju.

Bermaksud :

Membuka rahsia diri sendiri kepada orang.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1) Adakah perkataan membuka telinga sesuai digunakan dalam ayat di bawah? - Manisah membuka telinga untuk mendengar perbualan rakannya melalui telefon. 2) Adakah perkataan SANGAT GUNDAH-GULANA SESUAI digunakan dalam ayat di bawah? - Puan Gayah sangat gundah-gulana apabila memikirkan tingkah laku anak lelaki tunggalnya itu. 3) Adakah perkataan GENTING LEBIH TEPAT JIKA DIBANDINGKAN DENGAN PERKATAAN TEGANG dalam tempat kosong di bawah? - Bekalan air dan makanan di kawasan perperangan itu semakin _______________ dari sehari ke sehari.1) Membuka telinga bermaksud mendengar baik-baik. Ayat yang betul ialah  Manisah membuka telinga untuk perbualan rakannya melalui telefon.

2) Menurut Kamus Pelajar, gundah-gulana bermaksud tersangat sedih sehingga badan menjadi lesu. Perkataan gundah-gulana boleh digunakan. Ayat yang betul ialah "Puan Gayah gundah-gulana apabila memikirkan tingkah laku anak lelaki tunggalnya itu."

3)Perkataan genting lebih sesuai digunakan dalam ayat tersebut.  Bekalan air dan makanan di kawasan perperangan itu semakin genting dari sehari ke sehari.
Tatabahasa18.07.2013
salam, yang manakah lebih tepat antara "ungkai" dengan "rungkai"Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, rungkai; merungkai bermaksud menghuraikan (simpulan tali dll), membuka (bungkusan dll).
Ungkai; mengungkai bermaksud 1. menghuraiakan simpulan tali dll, mengorak, membuka (ikatan dll). 2. membuka atau menanggalkan (baju dll), membongkar (rumah), merombak 3. menganggap (menyatakan, menyebabkan) tidak berlaku atau sah, membatalkan (perjanjian dll), memansuhkan 4. mencari-cari sesuatu untuk diselidiki, membongkar-bongkar untuik menyelidiki (memeriksa dll), menggugat perkara yang sudah-sudah. Oleh itu, untuk menentukan perkataan yang tepat bergantung pada konteks penggunaan.
Makna16.02.2012
Saya membuka satu gudang/kedai di rumah kedai, namun begitu tidak pasti apa nama yang sesuai untuk digunakan. kami hanya mengumpul dan membungkus semula makanan seperti sayur, buah, ikan dan ayam yang akan kami jual melalui Truck. jadi apakah kategori gudang/kedai saya ini? dan kategori apa yang sesuai sekiranya ingin memohon perlesenan Majlis Perbandaran Tempatan.Sekiranya bersesuaian dengan konteks perniagaan puan, kami mencadangkan keterangan aktiviti perniagaan puan sebagai PUSAT PEMBUNGKUSAN MAKANAN.

Jenis/kategori iklan ialah Papan Premis Kedai/Pejabat/Syarikat.
Lain-lain18.03.2021
untuk membuka kedai gunting rambutSalam sejahtera,

Untuk pengesahan iklan, saudari boleh melayari laman sesawang https://dbpsahbahasa.my/ untuk mendapatkan pengesahan tersebut.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain09.06.2020
saya membuka kedai haiwan peliharaan spt kucing dan anjing. Boleh tak saya menggunakan nama kedai saya Felin Purrfect Store atau nama melayu nya Kedai Kucing Sempurna? Felin= Kucing, Purrfect = Sempurna tetapi dalam kes ini hurufnya berbeza kerana Purr adalah bunyi dari kucing manja dan saya gantikan perfect kepada Purrfect supaya lebih komersial.Terima kasih.Untuk makluman, bagi nama kedai, pihak DBP tidak mempunyai autoriti untuk menentukannya. Perkara tersebut terpulang kepada pihak puan untuk memilihnya semasa membuat pendaftaran dengan pihak SSM. Akan tetapi, sekiranya pihak puan mahu membuat pengesahan bagi papan iklan, puan mesti meletakkan keterangan peniagaaN dalam bahasa Melayu di bahagian atas kiri, SEPERTI KEDAI HAIWAN PELIHARAAN.Lain-lain06.03.2017
Saya ingin membuka kedai dengan nama Kedai Haiwan Kesayangan. Adakah perkataan Kedai Haiwan Kesayangan ini diluluskan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka seperti yang dikehendaki oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya. Sekian Terima KasihAssalamualaikum...
Penggunaan nama kedai yang sesuai bagi Kedai Haiwan Kesayangan ialah Kedai Haiwan Peliharaan.
Lain-lain06.12.2017
Saya ingin membuka sebuah restoran dan nama restoran tersebut adalah seperti berikut. adakah ejaan saya betul ? "DJati Stesen" .Tiada perkataan djati dalam bahasa MelayuEjaan09.11.2017
Judy mahu membuka klinik sendiri.Ayat ini betul?Ayat ini betul. Untuk membantu puan menyemak ayat dan membina ayat yang betul, puan boleh merujuk guru bahasa Melayu di sekolah puan. Untuk memantapkan lagi kemahiran, puan juga boleh menyemak kamus bagi mendapatkan penggunaan kata yang betul dalam konteks ayat tersebut.

Tatabahasa17.05.2015
Saya ingin membuka sebuah restoran dan ingin menamakannya 'SS Banana Cafe'. Selepas mendaftar di SSM saya diminta untuk ke DBP. Setelah menghantar borang saya terima satu pembetulan iaitu perkataan 'Cafe' perlu ditukarkan kepada 'Kafe'. Setahu saya Kafe adalah perkataan bahasa Malaysia, dan bila ia digabungkan 'Banana' dan 'Kafe' ia seperti bahasa rojak. Saya sangat kecewa kerana ia perlu ditukarkan. Jadi masalah saya sekarang, adakah penggunaan huruf C itu salah dan perlu ditukarkan kepada K dek kerana kemunduran saya dalam bahasa Inggeris pada nama restoran itu. Terima Kasih.Jika perniagaan saudara telah didaftarkan di SSM sebagai SS Banana Cafe, tidak ada lagi pembetulan yang boleh dibuat. Namun apabila saudara memohon lesen iklan dengan pihak berkuasa tempatan, keterangan aktiviti - KAFE (di bahagian atas) dan di bahagian bawahnya nama perniagaan - SS Banana Cafe. Tidak timbul isu bahasa rojak di sini kerana kata Cafe diberi padanan Kafe dalam bahasa Melayu.Istilah01.02.2012
assalamualaikum, saya naim shauqi bin mohd noor ingin bertanyakan penggunaan ayat dalam peribahasa melayu yang manakah yang betul digunakan? "membuka pekung di dada" atau "membuka bekung di dada" harap pihak tuan/puan dapat memberi respon pada pertanyaan ini secepat mungkin, terima kasih.

Encik Naim,

Yang betul ialah membuka pekung di dada.

Lain-lain29.12.2010
12345678910...

Kembali ke atas