Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.bu.ka] | ممبوک

Definisi : 1. menjadikan tidak tertutup (bertutup): ~ almari; ~ bungkusan; ~ mata; ~ peti; ~ pintu; ~ tabir; 2. menanggalkan, melucutkan: ~ baju (pakaian); ~ kupiah (songkok, topi, dll); ~ kasut; 3. melepaskan, menguraikan, menetaskan: ~ buhul; ~ simpul; ~ tali; 4. membentangkan, mengembangkan: ~ tangan; 5. bp menghidupkan (lampu, kipas, radio, dsb) dgn memetik suisnya, memasang; 6. menebang-nebas (utk membuat atau mengusahakan sesuatu), merintis, meneroka; ~ hutan menebang kayu-kayan utk dijadikan tempat menanam dll; ~ jalan a) menebas semak dll utk membuat jalan; b) membenarkan orang (kenderaan dsb) lalu, memberi jalan; c) ki pertama-tama mengerjakan sesuatu (yg memudahkan usaha seterusnya oleh orang lain), merintis jalan, memelopori; d) memastikan kemungkinan (mendapat sesuatu yg dipohon dsb), memberikan panduan; ~ kebun menebas semak dll utk dijadikan kebun; ~ negeri menebas hutan utk dijadikan negeri; ~ tanah menebas hutan utk mendapat tanah bagi pertanian; 7. memberikan, mengadakan (peluang dll): ~ peluang pekerjaan yg luas kpd penduduk; 8. memulai atau memulakan (sesuatu), mula menyelenggarakan (menguruskan, menggerakkan, dsb); ~ bicara = ~ kata memulakan bicara; ~ mesyuarat (perundingan, rapat, sidang) memulai mesyuarat dll; ~ kedai (toko, perusahaan, sekolah) memulakan kegiatan kedai dll; ~ serangan memulakan serangan; 9. mendedahkan, memperlihatkan: ~ hati; ~ rahsia (tembelang); ~ warna; ~ faal melihat tenung (utk meramalkan); 10. menimbulkan rasa ingin atau mahu melakukan sesuatu (spt makan dll): ~ selera (nafsu dsb); 11. mengumumkan dgn rasmi (bahawa sesuatu itu sudah sedia utk digunakan dsb), merasmikan: Menteri Pendidikan akan ~ bangunan baru sekolah itu; 12. membenarkan (memberi peluang kpd) orang ramai utk menyertai (menyaksikan dsb): pameran ini dibuka kpd orang ramai dr pukul 9.00 pagi hingga pukul 9.00 malam; ~ hati menimbulkan perasaan ingin akan sesuatu; ~ langkah seribu lari meninggalkan sesuatu tempat (kerana takut dsb); ~ mata a) meluaskan pandangan serta pengalaman dgn melawat tempat orang; b) menyedarkan, menginsafkan; ~ mulut a) bercakap, berkatakata, mengeluarkan kata-kata; b) mengadukan hal kpd seseorang yg difikirkan boleh memberi bantuan (mengambil tindakan sewajarnya dsb); ~ pintu ki memberikan peluang (kesempatan), tidak menyekat; ~ telinga mendengar baik-baik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.bu.ka] | ممبوک

Definisi : 1 menjadikan tidak bertutup atau tidak tertutup lagi: Pagi-pagi lagi, ibu sudah ~ jendela supaya udara bersih masuk ke dlm rumah. 2 menjadikan tidak berpakaian lagi; melucutkan pakaian dsb: Sebelum memasuki masjid, kita hendaklah ~ kasut terlebih dahulu. 3 menjadikan tidak bersimpul lagi: ~ tali. 4 menjadikan tidak bergulung atau tidak berlipat lagi; mengembangkan atau membentangkan hingga tidak kuncup: ~ payung; ~ lipatan. 5 memulakan sesuatu usaha, kegiatan dll; mengusahakan sesuatu perkara dll: Syarikat Syamelin telah ~ beberapa buah kedai di merata-rata tempat di Semenanjung Malaysia. 6 menjadikan dpt dilihat atau diketahui: ~ rahsia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membuka

Peribahasa

Memperlihatkan kurus tidak berbaju.

Bermaksud :

Membuka rahsia diri sendiri kepada orang.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
kidnapping coverageperlindungan penculikaninsuransTiadaPerlindungan terhadap seseorang yang diculik di luar perkarangan yang diinsuranskan dan dipaksa kembali dan membuka bangunan tersebut atau membuka peti besi yang terdapat di dalamnya atau memberi maklumat yang membolehkan penculik tersebut berbuat demikian. Perlindungan ini juga ditawarkan di bawah polisi jenayah seperti insurans kecurian stok terbuka merkantil atau polisi komprehensif 3-K.
kidnapping coverageperlindungan penculikanPentadbiran PerniagaanTiadaPerlindungan terhadap seseorang yang diculik di luar perkarangan yang diinsuranskan dan dipaksa kembali dan membuka bangunan tersebut atau membuka peti besi yang terdapat di dalamnya atau memberi maklumat yang membolehkan penculik tersebut berbuat demikian. Perlindungan ini juga ditawarkan di bawah polisi jenayah seperti insurans kecurian stok terbuka merkantil atau polisi komprehensif 3-K.
isolatorpemencilTeknikElektrikPeranti mekanik yang boleh membuka dan menyambung litar semasa tidak berbeban atau ketika ketiadaan arus beban, tetapi tidak digunakan untuk menyambungkan/membuka litar bagi mengawal sesuatu beban, seperti yang biasa dilakukan oleh suis. Pemencil biasanya dipasang di awal litar pengguna dan boleh memutuskan atau menyambungkan pengalir hidup sahaja, atau pengalir hidup dan neutral serentak, atau ketiga-tiga pengalir fasa dalam sistem bekalan tiga fasa atau tiga dawai.
impact wrenchperengkuh hentamanKejuruteraanKejuruteraan MekanikAlat untuk memutar yang digerakkan oleh kuasa elektrik atau udara termampat yang digunakan untuk mengetat atau membuka nat pengetat. Daya kilas yang diperlukan untuk mengetat atau membuka diperoleh daripada hentaman bertubi-tubi penukul kecil yang terdapat dalam alat tersebut. Alat ini biasanya digunakan untuk membuka skru tayar kenderaan.
wedge gate valveinjap pintu bajiKejuruteraanKejuruteraan MekanikInjap yang menggunakan penutup berbentuk baji untuk menutup dan membuka laluan aliran. Penutup baji biasanya digerakkan secara gelangsar pada dudukan dengan bantuan batang skru dan roda tangan. Penggerak berkuasa elektrik, pneumatik dan hidraulik boleh digunakan untuk membuka injap bersaiz besar. Injap ini kerap digunakan sebagai injap henti kerana sangat kedap ketika tertutup penuh.
divulgemembukaUndang-undangTiadaTiada
serotinouslambat membunga; lambat membukaPerhutananTiadaTiada
unpicktetasKesenianTiadaProses membuka dan mencabut jahitan pada pakaian untuk dijahit semula.
arm outstretcheddepaSukanTiadaMembuka kedua-dua lengan untuk menghalang lawan.
kaimokucelikSukanTiadaArahan membuka mata setelah bermeditasi.
12345678910...

Kembali ke atas