Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.buk.ti.kan] | ممبوقتيکن

Definisi : 1. menyungguhkan (meyakinkan) dgn bukti: persetujuan antara India dan Pakistan itu sekali lagi ~ bahawa masalah-masalah Asia dapat diselesaikan oleh orang Asia sendiri; 2. menyatakan kebenaran sesuatu dgn bukti: guru menyuruh Ali ~ bahawa bumi ini bulat; 3. memperlihatkan: dlm mesyuarat itu, ia telah ~ kecekapannya berdebat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.buk.ti.kan] | ممبوقتيکن

Definisi : 1 menyungguhkan kebenaran sesuatu dgn mengeluarkan bukti: Siapakah antara kamu yg dpt ~ bahawa dunia ini bulat? 2 menjadikan sesuatu diketahui orang; memperlihatkan: Dlm pertempuran itu, beliau telah ~ keberanian dan kecekapannya berperang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membuktikan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SPALLANZANI, LAZZARO

Spallanzani, Lazzaro (1729–1799) ialah ahli

eksperimen biologi Itali yang membuktikan

bahawa udara membawa hidupan seni. Dia juga

membuktikan bahawa hidupan seni di dalam

makanan boleh dibunuh apabila direbus.

Spallanzani adalah orang pertama menyaksikan sel

bakteria yang diasingkan membahagi. Dia

mendapati bahawa kelawar, walau pun buta, dapat

mengelak tali apabila terbang, dan cicak

salamander boleh mengeluarkan anggota baru

untuk mengganti anggota yang rosak. Dia lahir di

Scandiano, dan mengabdikan diri kepada Gereja

Roman Katolik. Dia menjadi pengajar di University

of Padua.

UMUM 
MEYER, JULIUS LOTHAR

Meyer, Julius Lothar (1830–1895) ialah ahli

kimia Jerman yang membuktikan perhubungan

antara berat atom dengan sifat sesuatu unsur.

Hasil kajiannya bersama-sama dengan seorang

lagi ahli kimia Rusia, Dmitri Mendeleev telah

membuka jalan ke arah perkembangan carta

berkala unsur, yang mengelaskan unsur menurut

tertib berat atom masing-masing di samping

membuktikan bahawa kumpulan unsur tertentu

mempunyai sifat-sifat yang serupa. Dalam jadual

berkala yang moden, unsur dimasukkan ke dalam

kumpulan menurut tertib nombor atom (bilangan

proton dalam setiap nukleus). Lihat Unsur kimia

(Jadual berkala).

UMUM 
SMYTHE, PAT

Smythe, Pat (1928–1996) membuktikan dirinya

sebagai salah seorang ahli menunggang kuda

wanita dan penunggang pertandingan lompat kuda

yang terbaik di United Kingdom (UK). Pada tahun

1949, dia meraih gelaran penunggang

pertandingan lompat kuda tahun tersebut. Pada

tahun 1962, dia memenangi Saddle of Honour

di Pertandingan Lompat Kuda Diraja Antarabangsa.

Pat Smythe lahir di East Sheen, Surrey. Dia mula

menunggang kuda ketika berusia empat tahun. Dia

memenangi beberapa roset dengan menunggang

Finality dalam Pertandingan Lompat Kuda

Antarabangsa di Stadium White City; London pada

tahun 1947. Ketika itu dia berusia 18 tahun. Kudanya

yang lain termasuklah Tosca, Prince Hal dan

Flanagan. Pada tahun 1963, dia berkahwin dan

menggunakan nama Patricia Rosemary Koechlin.

UMUM 
TERJUNAN KUTUB UTARA 1998

Terjunan Kutub Utara 1998 ialah ekspedisi

yang diusahakan bagi membuktikan kemampuan

Malaysia mencuba sesuatu yang mencabar dan

berani bersaing dengan negara-negara maju dunia.

Ekspedisi yang dinamakan ‘Ekspedisi Terjun Bebas

Kutub Utara’ ini dilancarkan oleh Perdana Menteri

Malaysia , Tun Dr. Mahathir Mohamad, pada 29

Mac 1998. Ia diketuai oleh Rahim Dahalan atau

dikenali sebagai ‘Rahim King’.

UMUM 
MULLER, HERMANN JOSEPH

Muller, Hermann Joseph (1890–1967), ahli

genetik Amerika. Muller telah membuktikan

bahawa sinar-x boleh menghasilkan mutasi

(perubahan mendadak pada gen) dengan

mendedahkan lalat buah kepada sinar-x. Dengan

hasil kajiannya ini, yang diterbitkan pada tahun

1927, dia telah dianugerahi Hadiah Nobel tahun

1946 untuk fisiologi atau perubatan.

UMUM 
KETERANGAN

Keterangan ialah maklumat yang cuba

membuktikan atau menidakkan fakta yang

dipersoalkan. Keterangan boleh mengandungi

dokumen, rekod awam, atau testimoni saksi.

Keterangan juga boleh berupa objek, seperti

senjata pembunuhan yang kewujudannya atau

kehadirannya dapat memberikan maklumat tentang

fakta yang menjadi persoalan.

UMUM 
EHRLICH, PAUL

Ehrlich, Paul (1854–1915), ahli bakteria Jerman.

Dia mengasaskan kemoterapi dan membuktikan

bahawa suntikan pewarna tertentu dapat

mengubati penyakit tropika tertentu.

UMUM 
PROBET

Probet. Apabila seseorang meninggal dunia,

wasiatnya perlu diterima sebagai probet (untuk

membuktikan wasiat itu tulen). Wasi si mati akan

mengemukakan wasiatnya kepada mahkamah dan

mahkamahlah yang akan mengendalikan wasiat dan

harta pusakanya. Mahkamah ini dikenali sebagai

mahkamah probet. Pihak wasi perlu mengemukakan

wasiat dan bukti-bukti yang menunjukkan bahawa

wasiat si mati benar. Wasiat hendaklah mendapat

probet secepat mungkin selepas kematian orang

yang membuat wasiat yang dikenali sebagai

pewasiat. Selepas surat wasiat dikemukakan,

mahkamah biasanya akan mengeluarkan

pemberitahuan kepada waris-waris pewasiat yang

sepatutnya mempunyai hak ke atas harta tersebut jika

wasiat itu tidak dibuat.

UMUM 
HELMHOLTZ, HERMANN LUDWIG FERDINAND VON

Helmholtz, Hermann Ludwig Ferdinand

von (1821–1894), ahli fizik Jerman, yang membantu

membuktikan hukum keabadian tenaga.

UMUMUmum
THOMSEN, CHRISTIAN JURGENSEN

Thomsen, Christian Jurgensen (1788–1865)

ialah ahli arkeologi Denmark. Dia ialah orang

pertama sekali membuktikan bahawa sejarah

manusia sebelum bermulanya rekod bertulis,

boleh dibahagikan kepada tiga zaman, iaitu Zaman

Batu, Zaman Gangsa, dan Zaman Besi. Minat

Thomsen untuk memberikan pemahaman kepada

orang ramai tentang perkara ini mendorongnya

mengelolakan muzium etnografi pertama dunia di

Copenhagen pada tahun 1846.

UMUM 
123

Kembali ke atas