Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.bu.lat] | ممبولت

Definisi : 1. nampak bulat: segulung rambut pendek ~ spt sanggul; 2. menjadi bulat: perutnya yg ~ semakin jelas kelihatan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.bu.lat] | ممبولت

Definisi : menjadi bulat: Sejak akhir-akhir ini, tubuhnya kelihatan ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membulat


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DAYA MEMUSAT

Daya memusat ialah daya yang memaksa

sesuatu benda bergerak dalam laluan membulat.

Mengikut hukum inersia, dengan ketiadaan daya,

sesuatu objek bergerak dalam garisan lurus

dengan kelajuan yang tetap. Daya luar mesti

bertindak ke atas objek itu untuk membuatkannya

bergerak dalam laluan yang melengkung. Apabila

anda memusing seketul batu yang diikatkan pada

benang, anda mesti menarik benang itu untuk

menahan batu tersebut daripada melayang dalam

satu garisan yang lurus. Daya yang digunakan

oleh benang pada objek itu ialah daya memusat.

UMUM 
SENI KHAT

Seni khat ialah seni tulisan huruf Jawi yang

mengandungi nilai keindahan dan gaya estetik.

Seni khat dibentuk menjadi memanjang,

memendek, membulat, membujur, merentang,

menegak, bersegi, condong dan sebagainya. Ayat-

ayat al-Qur’an, hadith-hadith nabi dan kata-kata

hikmat sering kali dipetik dan dijadikan penulisan

khat. Keindahan seni khat bukan sahaja

dirakamkan atas kertas seperti tulisan al-Qur’an,

kitab dan surat tetapi juga atas kain, kulit, logam,

tembikar, kaca, batu nisan, kayu, mimbar,

mahkota dan plastik. Seni khat ini boleh

dirakamkan dalam bentuk sulaman, anyaman,

tekatan, lukisan, dan sebagainya. Penemuan

terawal seni khat di Malaysia ialah yang terdapat

pada batu bersurat Terengganu pada tahun 1303.

UMUM 
SILINDER

Silinder, dalam geometri, ialah bentuk pejal

dengan dua tapak secam yang terletak pada satah

selari. Setiap tapak dihubung oleh bucu melengkung

yang dikenali sebagai direktriks. Permukaan sisi (tepi)

silinder terdiri daripada garisan selari yang kedua-duanya bertemu

dengan setiap tapak. Sekiranya direktriks silinder itu bulatan,

bentuk tersebut dikenali sebagai silinder membulat.

Silinder membulat tegak ialah silinder bulat dengan permukaan sisi

silinder tegak yang tepat pada tapak-tapaknya.

Silinder yang permukaan sisinya tidak bersudut

tepat dikenali sebagai silinder membulat oblik.

UMUM 
IKAN SISA NABIIkan sisa nabi ialah nama famili ikan pipih yang
tengkoraknya herot hinggakan kedua-dua matanya
terletak pada sisi badan yang sama. Ikan sisa nabi
hidup dalam laut panas dekat pantai. Matanya kecil
dan terletak rapat dengan satu sama lain. Mulutnya
bengkok, badannya pipih dan berbentuk bujur. Ikan
ini mempunyai sirip ekor yang membulat.
UMUMUmum

Kembali ke atas