Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.bu.nuh] | ممبونوه

Definisi : 1. mematikan, menghilangkan nyawa: dia dituduh ~ kawannya; 2. memadamkan (api, tulisan, dll), menghapuskan (sesuatu), meluputkan: sebelum dapat dibunuh, api telah menjalar ke sekeliling rumah; ia ~ perkataan yg telah ditulisnya;Tuan Hess ~ maksud Encik Ramli; sikap begini akan ~ keyakinan diri anak-anak itu sendiri; 3. menutup (menampal) tempat yg bocor; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.bu.nuh] | ممبونوه

Definisi : melakukan sesuatu terhadap benda-benda yg bernyawa supaya mati; mematikan: Dua orang pemuda telah dikenakan hukuman gantung kerana ~ seorang polis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membunuh

Puisi
 

Bukan bukit saja meruntuh,
     Orang Serani meruntuh juga;
Bukan penyakit saja membunuh,
     Dendam berahi membunuh juga.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Merebut merampas,
     membunuh membangun.

Bermaksud :

Segala perbuatan jahat harus mendapat hukuman yang setimpal. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mencencang memampas, membunuh membangun, b. Salah bunuh memberi balas, salah cencang memberi pampas).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
air di dalam karbu- retor. Contohnya, campuran metanol dan 2-propanol. (KEJ, KIM) anti-friction bearing (galas antigeseran) Lihat rolling contact bearing. (FIZ) antifungal agent (agen antikulat) Bahan yang boleh membunuh atau merencatkan kulat. Agen merujuk kepada fungisid dan bahan lain yang dihasilkan oleh organisma lain atau perumah dalam jumlah yang kecil. Contoh agen antikulat ialah fitoaleksin dan sebatian fenol. (BIO virus (virus bakteria) Virus yang menginfeksi bakteria. (BIO) bactericide (racun bakteria) Agen pembunuh bakteria khususnya bakteria penyakit. Kemampuan agen ini bergantung kepada jenis agen dan jenis bakteria. Kebanyakan racun bakteria membunuh bakteria biasa dan tidak membunuh bakteria berspora atau bakteria tetanus. (KIM) bacteriemia (bakterimia) Keadaan darah akibat kehadiran bakteria. Sinonim bacteriaemia. (BIO) bacterin (bakterin) Bakteria yang mengalami proses pengatenuatan atau dibunuh

Kembali ke atas