Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.bu.ta] | ممبوتا

Definisi : 1. berpura-pura buta; 2. bk tidur: saya sudah ~ waktu dia pulang malam tadi;3. = ~ tuli = buta-butaan tidak mengendahkan sesuatu apa (berbuat sekehendak hati); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membuta

Peribahasa

Berani senduk pengedang,
     air hangat direnanginya.

Bermaksud :

Berani dengan membuta tuli. senduk pengedang = senduk pencedok air panas dari periuk.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum, Is it ok to use "MEMBABI BUTA" in a formal complaint letter? If not, can you suggest another peribahasa that gives the same impact and meaning? Terima Kasih.
Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud "membabi buta" ialah melakukan sesuatu dengan tidak berfikir lebih dahulu (mengamuk, merambang, dan lain-lain). 

Walau bagaimanapun untuk konteks yang lebih rasmi dan santun, kami mencadangkan tuan menggunakan perkataan ​"membuta tuli".
Makna17.06.2021
Adakah ayat berikut betul dari segi penggunaan imbuhan men-...-kan bagi kata kerjanya dalam ayat: Ayah menghadiahkan saya seekor kucing @ Ayat menghadiahi saya seekor kucing. Ibu menjahitkan saya sepasang baju kurung @ Ibu menjahit saya sepasang baju kurungFungsi apitan meN-...-kan untuk menandakan kausatif, manakala apitan meN-...-i menandakan lokatif, contohnya; a. Pak Osman menghadiahkan basikal kepada Ahmad. b. Pak Osman menghadiahi Ahmad sebuah basikal. Bagi kata tertentu, perbezaan penggunaan apiatan meN-...-i adalah dari segi objek tepat yang boleh mengikutinya, iaitu apitan meN-...-kan lazimnya menerima objek tidak bernyawa dan apitan meN-...-i menerima objek bernyawa. Contohnya; a. Ali memberi kucing makanan. b. Ali memberikan makanan kepada kucing. Perkataan memberi dalam ayat (b) sebenarnya terdiri daripada kata dasar beri yang menerima apitan meN-...-i, tetapi telah digugurkan.


Oleh itu, ayat yang betul ialah "Ayah menghadiahi saya seekor kucing".

Bagi ayat kedua, ayat yang betul ialah "Ibu menjahitkan saya sepasang baju kurung." Dalam bahasa Melayu, apitan me-...-kan juga membawa maksud benefaktif atau membuta sesuatu pekerjaan untuk orang lain. Perkataan tersebut dalam bahasa Melayu tidaklah banyak.
Tatabahasa20.04.2013

Kembali ke atas