Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.me.cah.be.lah.kan] | ممچهبلهکن

Definisi : menyebabkan pecah belah; menjadikan bercerai-berai: Mereka bertujuan hendak ~ perpaduan orang-orang Melayu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pecah2
Kata Terbitan : pecah belah, berpecah belah, memecahbelahkan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERANG SAUDARA AMERIKA

Perang Saudara Amerika (1861–1865) ialah

satu konflik antara dua bahagian di Amerika

Syarikat. Negara di selatan dikenali sebagai Selatan

atau Negeri-negeri Gabungan, bertempur untuk

mempertahankan perhambaan kaum kulit hitam

dan kehidupan yang berasaskan pertanian. Negara

di utara pula dikenali sebagai Utara atau Kesatuan,

menentang perhambaan yang diamalkan di

selatan serta bertujuan memelihara Kesatuan

semua negeri di Amerika Syarikat. Perang

Saudara Amerika mengorbankan lebih ramai

nyawa penduduk Amerika Syarikat berbanding

peperangan lain. Peperangan ini juga telah

memecahbelahkan penduduk negara itu sehingga

berlaku pergaduhan antara sesama saudara dalam

sesetengah keluarga. Pertumpahan darah yang

dahsyat itu telah menyebabkan kedukaan dan

kesengsaraan yang berlarutan sehingga beberapa

tahun. Malah sehingga kini, peperangan itu masih

lagi tidak berakhir dalam erti kata yang sebenar.

UMUM 

Kembali ke atas