Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.me.kat.kan] | ممکتکن

Definisi : menyebabkan jadi pekat: bijirin ini digunakan utk ~ susu bayi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.me.kat.kan] | ممکتکن

Definisi : menjadikan pekat: Ibu ~ kuah itu dgn membubuh tepung sedikit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pekat (adjektif)
1. Bersinonim dengan likat: kental, hampir beku, hampir keras, melekit, melekat, menjelunut,
Berantonim dengan cair

2. Dalam konteks warna
bersinonim dengan gelap, tua, kelam,
Berantonim dengan terang

Kata Terbitan : memekatkan, kepekatan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NAPALM

Napalm ialah serbuk yang digunakan untuk

memekatkan petrol yang digunakan dalam

peperangan. Apabila Napalm dicampurkan dengan

petrol, petrol menjadi seperti agar-agar. Hasil

daripada pemekatan petrol ini juga biasanya dirujuk

sebagai napalm.

UMUM 
OKRA

Okra, juga dikenali sebagai “bendi” atau “bender”

ialah tumbuhan yang ditanam kerana lenggainya

yang belum matang, yang digunakan untuk

memasak stew, untuk memekatkan sup dan

memperasakan sup, dan sebagai sayur. Ia adalah

tumbuhan tahunan. Tingginya 0.5 meter hingga 2.5

meter. Daunnya bulat, bercuping halus dan

bergerigi halus. Lenggai pada tumbuhan ini dan

bunganya berwarna kuning kehijauan. Panjangnya

dari 10 sentimeter hingga 15 sentimeter tetapi

kadangkala melebihi 30 sentimeter apabila

membesar sepenuhnya. Lenggai okra dimasak

ketika muda dan lembut. Okra adalah sejenis

bunga raya, dan ia berkaitan rapat dengan kapas.

Ia berasal dari Afrika.

Pengelasan saintifik. Okra tergolong dalam famili

mallow, Malvaceae. Ia adalah Hibiscus esculentus .

UMUM 
TERIPANG

Teripang ialah nama komersial bagi spesies

tertentu haiwan laut yang telah dikeringkan yang

dinamakan gamat atau timun laut (lihat Gamat ).

Teripang juga dinamakan bêche-de-mer . Ia

digunakan sebagai makanan di Timur Jauh. Gamat

mempunyai badan yang lembut bak cacing.

Panjangnya berbeza-beza dari beberapa sentimeter

hingga kira-kira 60 sentimeter. Untuk menyediakan

spesies yang boleh dimakan, bahagian dalam

dibuang dan badannya direbus. Kemudian ia

direndam dalam air segar dan disalai atau dijemur

dalam panas matahari. Ia menghasilkan bahan bak

getah yang digunakan untuk memekatkan dan

memperasa sup.

Pusat utama industri teripang ialah Ujung

Pandang, sebuah pelabuhan di Sulawesi,

Indonesia. California di Amerika Syarikat juga

mempunyai industri teripang.

UMUM 
SUSU SEJAT

Susu sejat ialah susu manis penuh yang kirakira

60 peratus airnya telah dikeluarkan. Susu

sejat disediakan dengan memanaskan susu

penuh pasteur homogen dalam tangki vakum

untuk menyejatkan airnya. Susu ini kemudiannya

ditinkan, dikedapkan dan serta-merta disteril

dengan haba. Tidak seperti susu pekat, susu sejat

tidak ditambah dengan gula untuk mengawetnya,

tetapi vitamin D sering ditambah untuk

pemakanan. John Meyenberg, pereka berbangsa

Switzerland, menerima paten pada tahun 1884

kerana pertama kali berjaya mencipta kaedah

memekatkan susu tanpa menambah gula.

Lihat juga Susu.

UMUM 
TEPUNG JAGUNG

Tepung jagung ialah tepung halus putih yang

dibuat dengan mengisar dan menapis butir jagung.

Ia dibuat daripada jagung yang telah dibuang

bahagian yang mengeluarkan biji benih yang

dinamakan germa . Jagung dikisar dalam proses

yang dikenali sebagai kisaran basah. Selepas

dibuang protein jagung, tepung jagung yang

tertinggal dikeringkan dalam ketuhar. Oleh kerana

hanya 10 peratus lembapan yang masih ada dalam

tepung jagung selepas dikeringkan, tepung jagung

biasanya dicampurkan dengan makanan lain untuk

melindunginya daripada lembapan. Pembuat

menggunakan tepung jagung dalam keluaran

berbakar, serbuk penaik, gula-gula dan kuah salad.

Tukang masak menggunakannya untuk

memekatkan kuah dan puding. Pembuat juga

menggunakan tepung jagung dalam bahan

letupan, cat, dan tekstil. Lihat juga Jagung (Industri

pengilangan basah).

UMUM 

Kembali ke atas