Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.me.la.yu.kan] | مملايوکن

Definisi : menterjemahkan ke dlm bahasa Melayu, menjadikan bersifat atau menunjukkan ciri-ciri bahasa Melayu: ~ isti-lah ilmiah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.me.la.yu.kan] | مملايوکن

Definisi : menterjemahkan ke bahasa Melayu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata memelayukan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Mengapakah tiada tindakan yang dilakukan oleh dewan bahasa dan pustaka dalam isu memelayukan istilah bahasa inggeris. walhal istilah tersebut sudah ada atau bleh direka atau dicipta. 2. ada tak perkataan 'ia' dalam bahasa melayu.Proses memelayukan istilah(peminjaman) masih dirasakan perlu sebagai usaha untuk memperkaya perbendaharaan bahasa Melayu dan sebagai variasi bagi istilah tersebut dalam pelbagai bidang. Pada masa yang sama usaha terus juga dilaksanakan untuk mencari padanan sesuai dalam bahasa Melayu. Penggunaan istilah-istilah ini yang merupakan kata pinjaman daripada bahasa Melayu adalah dalam konteks yang lebih teknikal, sains atau akademik sementara istilah dalam bahasa Melayu digunakan dalam konteks yang lebih umum seperti dalam pengiklanan atau pemberitaan dsb. Tatabahasa24.03.2008
Lurrun Aidan Perkataan inggeris dimelayukan. Dalam kamus pun sama. Mana usaha memartabatkan Bahasa Melayunya? Contohnya: "miting" (meeting?) Mesyuarat tu binatang apa pulak? Tolonglah berhenti memelayukan Bahasa Inggeris bila perkataan2 itu wujud dalam bahasa Melayu! Mohd Irfan DBP dah sampai traikh luput. Kena ada pihak ketiga yang tak dipengaruhi politik yang perjuangkan bahasa Melayu. Apa sampah, bahasa Melayu pun dipanggil bahasa Malaysia. Sampai kiamat pun, terjemahan untuk Malay Language - Bahasa Melayu bukan bahasa Malaysia Jalal Johar Sudah lebih dari 50 tahun sejak merdeka, dimanakah stutus Bahasa Melayu. Utusan Melayu pun sudah pupus. Apis Ayu Ibarat melukut di tepi gantang.. bahasa melayu di pinggirkan..Terima kasih atas keprihatinan tuan/puan.Lain-lain23.06.2015
apakah bezanya bumiputera dng melayuKamus Dewan menakrifkan bumiputera ialah anak tulen dari sesebuah negara; atau disebut juga peribumi. 

Manakala Melayu ialah nama suatu bangsa dan bahasa (ter­utama di Semenanjung Malaysia); masuk ~ a) mengikut cara hidup orang Melayu; b) masuk Islam; memelayukan menterjemahkan ke dlm bahasa Melayu, menjadikan bersifat atau menunjukkan ciri-ciri bahasa Melayu: ~ isti-lah ilmiah; kemelayuan ciri atau sifat yg memperlihat­kan keperibadian orang Melayu: suasana kampung yg masih terikat erat dgn tradisi dan adat-istiadat ~nya; golongan yg mahu unsur ~ diutamakan; pemelayuan perihal (perbuatan dsb) meme­layukan: ~ istilah.
Walau bagaimanpun untuk aspek yang lebih teknikal saudara perlu merujuk sumber yang sahih seperti Perlembagaan Persekutuan untuk memperincikan maksud bumiputera dan Melayu.
Tatabahasa28.11.2012
Bagaimanakah bentuk ejaan perkataan berikut apabila menerima imbuhan di-...-kan atau meN-...-kan? 1. Rusia 2. Amerika 3. Melayu 4. Cina 5. Islam 6. Buddha Perkataan di atas melibatkan terjemahan yang tidak menerima huraian sebagai padanan (contoh huraian: dijadikan bersifat Rusia, dianutkan dengan agama Buddha dsb). Sekian, terima kasih. Qiu SyahApabila nama bangsa,suku bangsa dan bahasa daripada kata dasar kepada kata terbitan, nama tersebut tidak lagi ditulis dengan huruf besar. Contohnya, kemelayuan, kemalaysiaan, kecina-cinaan, keinggeris-inggerisan, penjawaan, pemelayuan dan memelayukan.Tatabahasa14.06.2013
Slm,tuan,saya ingin bertanya 2 soalan 1.perkataan "baju melayu" ditulis dgn huruf besar pada huruf m.sedangkan baju melayu merupakan nama pakaian,bukan nama kaum. 2. Perkataan Melayu, Cina & India perlu ditulis dengan huruf besar pada mana2 kedudukan sekalipun.boleh atau tidak saya gunakan hujah iniBaju Melayu ditulis dengan huruf besar kerana baju tersebut dikategorikan sebagai kata nama khas bagi pakaian tersebut. Huruf besar digunakan sebagai huruf pertama nama bangsa, suku bangsa dan bahasa.

Walau bagaimanapun, apabila nama bangsa, suku bangsa dan bahasa dijadikan kata dasar kepada kata terbitan, nama tersebut tidak lagi ditulis dengan huruf besar. Contohnya, kemelayuan, penjawaan serta memelayukan.
Tatabahasa11.09.2013

Kembali ke atas