Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.me.li.ha.ra] | ممليهارا

Definisi : 1. membela, menjaga, merawat: mereka ~nya sehingga ia dewasa; di rumah sakit dia dipelihara dgn sempurna; ~ tubuh drpd diserang oleh penyakit; 2. mengerjakan (mengusahakan, membina, dll) dgn baik; ~ pelajaran dan bahasa; ~ cucuk tanam; 3. menternak binatang: ia banyak ~ lembu; 4. mempunyai atau menyimpan (gundik dll); 5. membiarkan (menggiatkan) tumbuh (janggut, rambut, dll); 6. menyelamatkan, melepaskan (melindungi) drpd baha­ya dll: dipeliharakan Allah drpd segala bala dan aniaya; terlalu adil sekali ia ~ negerinya; ~ lidah menjaga supaya tidak terkeluar kata-kata yg kurang baik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.me.li.ha.ra] | ممليهارا

Definisi : 1 menjaga dgn baik; membela; merawat: ~ anak isteri; 2 mengusahakan atau mengolah sesuatu baik-baik; mengawasi dan menjaga baik-baik: ~ keamanan negara; ~ sawah ladang. 3 membela atau menternak (binatang): Pak Mat banyak ~ lembu. 4 melindungi (drpd bahaya dsb): Semoga Tuhan ~ kamu drpd sebarang malapetaka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pelihara
Kata Terbitan : memelihara, terpelihara, peliharaan, pemeliharaan, pemelihara,

Peribahasa

Jika memelihara ayam,
     musang jangan dijinakkan;
setidak-tidaknya bertempiaran kelak.

Bermaksud :

Jika ada anak isteri terutama sekali anak gadis, janganlah dibiarkan orang lelaki yang jahat datang bertamu ke rumah.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
-memelihara banyak jenis ikan

Mohon tuan/puan untuk mengemukakan soalan yang lebih jelas untuk pihak kami memberikan maklum balas yang  bersesuaian berdasarkan konteks tersebut.

Tatabahasa05.08.2022
Adakah pihak DBP terlibat secara langsung dalam memelihara Sumber Sejarah dan Kebudayaan Negara

DBP terlibat secara langsung dalam memelihara sumber sejarah dan budaya negara khasnya warisan ketara dan tak ketara. Bagi warisan tak ketara, DBP memelihara dan mengembangkan bahasa Melayu, bahasa kebangsaan, yang juga matlamat utama penubuhan DBP. Pelbagai program juga dilaksanakan untuk memelihara dan mengembangkan penulisan dan sastera Melayu khasnya pantun, syair, gurindam melalui festival, seminar dan bengkel dari peringkat kanak-kanak, dewasa,pelajar dan kakitangan awam serta swasta.

Bagi warisan tak ketara, koleksi manuskrip Melayu tulisan tangan jawi telah tersenarai dalam "Memory of the World Register" pada tahun 2001 sebagai salah satu dokumentari warisan dunia. Sila lawati laman Unesco di http://portal.unesco.org/ci/en/ev.php-URL_ID=23078&URL_DO=DO_TOPIC&URL_SECTION=201.html

Lain-lain29.07.2008
Kepentingan memelihara hubungan etnik yang harmonis berpandukan kata adat: seikat seperti sirih, serumpun seperti serai, sedencing seperti besi, melompat sama patah, menyerudup sama bongkok, jalan sedondon, selenggang seayuh, rundingan jangan selisih, muafakat jangan bercanggahSila kemukakan pertanyaan puan dengan jelas. Untuk makluman, secara umumnya Khidmat Nasihat Bahasa ialah perkhidmatan bagi membantu pelanggan menyelesaikan pelbagai masalah penggunaan bahasa Melayu termasuklah masalah yang berkaitan ejaan Rumi dan Jawi, perkataan, istilah, laras bahasa dan tatabahasa.
Tatabahasa09.11.2013
Salam sejahtera, Sila rujuk lampiran. Saya keliru dengan ayat yang diberikan. " Kita telah meminjam hutan ini daripada generasi akan datang." Adakah penggunaan perkataan yg digunakan betul? Terimakasih."Kita telah meminjam hutan ini daripada generasi akan datang" - susunan kata dalam ayat ini adalah betul tetapi kurang tepat daripada aspek makna kata. Penggunaan kata yang lebih tepat ialah memelihara (memelihara hutan untuk) berbanding dengan kata meminjam.Tatabahasa28.03.2011
langkah-langkah mengeratkan hubungan sesama jiran tetangga dan kepentingan memelihara hubungan jiran tetanggaHubungan sesama jiran tetangga adalah penting bagi memelihara kehidupan yang sejahtera dan bersatu padu. Usaha mengeratkan hubungan sesama jiran hendaklah diamalkan oleh semua orang. Langkah-langkah untuk mengeratkan hubungan sesama jiran bergantung kepada sikap seseorang itu. Antaranya termasuklah sikap bertolak ansur, berbudi bahasa, bertegur sapa, hormat menghormati, jujur, tidak berdengki dan berdendam, tolong menolong dan saling menziarah. Dalam kehidupan bermasyarakat, memelihara hubungan sesama jiran amat penting bagi menjamin kehidupan yang sejahtera, selamat, aman dan bersatu padu. Melalui usaha ininjuga, dapat mengelakkan perpecahan dan pergaduhan sesama jiran. Masayarakat yang bersatu  akan menyumbang ke arah mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu, aman dan sejahtera.Lain-lain04.06.2008
-memelihara ikan banyak jenis -memeliharan ikan jenis yang banyak -memeliharan ikan pelbagai jenis mana satu yang tepat di atas?Ayat yang betul ialah memelihara pelbagai jenis ikan.Tatabahasa05.08.2022
1.mengapa dan bagaimana cara untuk mempertahankan,memelihara dan memulihara bahasa etnik atau dialek?

Soalan saudara memerlukan kajian yang meluas dan merujuk pelbagai buku yang berkaitan. Antara usaha penting untuk mempertahankan, memelihara dan memulihara bahasa etnik atau dialek ialah memperkasakan penggunaannnya di kalangan penutur. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku yang berkaitan. 

Lain-lain16.04.2009
Mengapa sesetengah ayat yang menggunakan kata sendi dan diletakkan tanda sebelumnya dan sesetengah pula tidak diletakkan tanda koma.Contoh Ali memelihara ayam, itik, dan kambing. atau Ali memelihara ayam, itik dan kambing.Sekiranya perkara itu tergolong dalam kelompok yang sama, tanda koma tidak perlu diletakkan. Contohnya ayam, itik, kambing (kategori binatang)Tatabahasa20.07.2006
ayat dan frasa yang mana satu betul dan saya mohon penjelasan bagi setiap jawapan. 1a) Kim Ho menyangkutkan pakaian di dalam bilik b) Kim Ho menyangkut pakaian di dalam bilik 2 a) Hobi Adam ialah memelihara ikan hiasan b) Hobi Adam memelihara ikan hiasan 3 a)Tahun Baru Cina b) Tahun Baharu Cina 4 a)sayur sayuran b) sayur-sayuran1a) Kim Ho menyangkut pakaian di dalam bilik - kata kerja transitif aktif yang tidak membawa maksud menyebabkan dan manfaat seperti dalam apitan meN...kan.
2a) Hobi Adam ialah memelihara ikan hiasan b) Hobi Adam memelihara ikan hiasan.  Kedua-dua ayat betul, kata pemeri ialah boleh hadir atau tidak dalam ayat tersebut.
3a) Tahun Baru Cina b) Tahun Baharu Cina - kedua-duanya diterima namun yang gramatis ialah Tahun Baharu Cina
4b) sayur-sayuran - kata ganda
Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahsa Dewan, Edisi Ketiga.
Tatabahasa20.02.2013
1.Beliau berminat melakukan tugas (memelihara , pemeliharaan) alam sekitar .Mana satu betul? 2.Pada musim cuti (persekolahan ,sekolah) yang lalu, Rubini telah berkunjung ke rumah saudaranya. Mana satu yang betul? Terima kasih.Ayat yang betul ialah: 1. Beliau berminat melakukan tugas memelihara alam sekitar. 2.Pada musim cuti  sekolah yang lalu, Rubini telah berkunjung ke rumah saudaranya.  Tatabahasa22.09.2020
123456

Kembali ke atas