Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.me.li.ha.ra] | ممليهارا

Definisi : 1. membela, menjaga, merawat: mereka ~nya sehingga ia dewasa; di rumah sakit dia dipelihara dgn sempurna; ~ tubuh drpd diserang oleh penyakit; 2. mengerjakan (mengusahakan, membina, dll) dgn baik; ~ pelajaran dan bahasa; ~ cucuk tanam; 3. menternak binatang: ia banyak ~ lembu; 4. mempunyai atau menyimpan (gundik dll); 5. membiarkan (menggiatkan) tumbuh (janggut, rambut, dll); 6. menyelamatkan, melepaskan (melindungi) drpd baha­ya dll: dipeliharakan Allah drpd segala bala dan aniaya; terlalu adil sekali ia ~ negerinya; ~ lidah menjaga supaya tidak terkeluar kata-kata yg kurang baik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.me.li.ha.ra] | ممليهارا

Definisi : 1 menjaga dgn baik; membela; merawat: ~ anak isteri; 2 mengusahakan atau mengolah sesuatu baik-baik; mengawasi dan menjaga baik-baik: ~ keamanan negara; ~ sawah ladang. 3 membela atau menternak (binatang): Pak Mat banyak ~ lembu. 4 melindungi (drpd bahaya dsb): Semoga Tuhan ~ kamu drpd sebarang malapetaka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pelihara
Kata Terbitan : memelihara, terpelihara, peliharaan, pemeliharaan, pemelihara,

Peribahasa

Jika memelihara ayam,
     musang jangan dijinakkan;
setidak-tidaknya bertempiaran kelak.

Bermaksud :

Jika ada anak isteri terutama sekali anak gadis, janganlah dibiarkan orang lelaki yang jahat datang bertamu ke rumah.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Memelihara IkanBorneo Literature BureauTiada1970 
Memelihara warisan yang agung[t.p]Tiada2009978-979-99838-2-4
Memelihara dan memulihara alam ciptaan Tuhan Tiada2010978-967-5184-61-1 (set)
Peraturan2 untuk memelihara kesehatan dalam hukum sjara' IslamBalai PustakaTiada1956 
Menchari dan memelihara persahabatan Tiada1960 
Jurnal Warisan Johor: Memelihara Warisan Budaya (Jilid 1)Yayasan Warisan JohorTiada19971511-1377
Jurnal Warisan Johor : Memelihara Warisan Budaya (IV)Yayasan Warisan JohorTiada20001511-1377
Jurnal Warisan Johor : Memelihara Warisan Budaya (Jilid V)Yayasan Warisan JohorTiada20011511-1377
Jurnal Warisan Johor: Memelihara Warisan Budaya (Jilid II)Yayasan Warisan JohorTiada19981511-1377
Tegak menjaga tuah, duduk memelihara marwahMyrtle Publishing bekerjasama dengan Yayasan Enam EnamTiada2005979-9246-62-8
12

Kembali ke atas