Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.me.li.ha.ra] | ممليهارا

Definisi : 1. membela, menjaga, merawat: mereka ~nya sehingga ia dewasa; di rumah sakit dia dipelihara dgn sempurna; ~ tubuh drpd diserang oleh penyakit; 2. mengerjakan (mengusahakan, membina, dll) dgn baik; ~ pelajaran dan bahasa; ~ cucuk tanam; 3. menternak binatang: ia banyak ~ lembu; 4. mempunyai atau menyimpan (gundik dll); 5. membiarkan (menggiatkan) tumbuh (janggut, rambut, dll); 6. menyelamatkan, melepaskan (melindungi) drpd baha­ya dll: dipeliharakan Allah drpd segala bala dan aniaya; terlalu adil sekali ia ~ negerinya; ~ lidah menjaga supaya tidak terkeluar kata-kata yg kurang baik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.me.li.ha.ra] | ممليهارا

Definisi : 1 menjaga dgn baik; membela; merawat: ~ anak isteri; 2 mengusahakan atau mengolah sesuatu baik-baik; mengawasi dan menjaga baik-baik: ~ keamanan negara; ~ sawah ladang. 3 membela atau menternak (binatang): Pak Mat banyak ~ lembu. 4 melindungi (drpd bahaya dsb): Semoga Tuhan ~ kamu drpd sebarang malapetaka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pelihara
Kata Terbitan : memelihara, terpelihara, peliharaan, pemeliharaan, pemelihara,

Peribahasa

Jika memelihara ayam,
     musang jangan dijinakkan;
setidak-tidaknya bertempiaran kelak.

Bermaksud :

Jika ada anak isteri terutama sekali anak gadis, janganlah dibiarkan orang lelaki yang jahat datang bertamu ke rumah.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AKUARIUM

Akuarium ialah tempat memelihara ikan dan

 haiwan air yang lain. Saiz akuarium berbeza-beza,

daripada tangki kaca kecil hingga kepada bangunan

besar yang mengandungi pameran segala jenis

dan saiz haiwan air.

UMUM 
NUER

Nuer ialah penduduk timur-tengah Afrika yang

memelihara lembu. Kira-kira 460 000 orang Nuer

tinggal di kawasan padang rumput dan paya hulu

Lembah Nil di selatan Sudan dan barat Ethiopia.

Mereka bertutur dalam bahasa yang dikenali

sebagai Nuer, dan dalam bahasa-bahasa Afrika, ia

tergolong dalam keluarga Nilotik. Orang Nuer

tergolong dalam kumpulan orang kulit hitam Afrika

yang dikenali sebagai Nilot dan berkait rapat

dengan orang Dinka (lihat Dinka ).

UMUM 
TERARIUM

Terarium ialah nama bagi bekas lut sinar yang

digunakan untuk memelihara tumbuh-tumbuhan

kecil atau haiwan darat yang kecil. Terarium

mewujudkan persekitaran sehampir mungkin

dengan persekitaran atau habitat semula jadi.

Manusia menghasilkan terarium dalam bekas kaca

atau plastik pelbagai saiz dan bentuk. Bekas ini

biasanya ditutup untuk mencegah kehilangan

lembapan. Perkataan terarium berasal daripada

perkataan Latin yang bermaksud “bumi”.

UMUM 
AMANAH NASIONAL

Amanah Nasional ialah organisasi-organisasi

yang dibentuk untuk melindungi dan

memelihara bangunan, landskap, monumen, dan

artikel-artikel yang dianggap mempunyai

keistimewaan seni, saintifik, atau nilai sejarah.

UMUM 
KONSERVATISME

Konservatisme ialah sikap atau falsafah

yang amat mengutamakan tradisi. Golongan

konservatif ingin memelihara institusi, nilai, dan

idea tradisional, dan mereka menjadikannya

sebagai pegangan dan panduan untuk mencapai

kebijaksanaan dan kebaikan.

UMUM 
PARTI KONSERVATIF

Parti Konservatif ialah satu daripada dua parti

politik utama di Britain, selain Parti Buruh.

Golongan konservatif berusaha memelihara

institusinya. Parti ini percaya bahawa perubahan

hendaklah bersifat evolusi bukan revolusi.

UMUM 
PULAU FLORES

Pulau Flores (pend. 4367), terkenal kerana

tumbuhan hijau yang banyak, ialah pulau yang

paling barat milik Portugis Azores. Kawasannya

meliputi 143 kilometer persegi. Pekerjaan utama

penduduknya ialah menghasilkan tenusu dan

memelihara lembu. Santa Cruz ialah bandar utama.

Lihat jug a Azores.

UMUM 
ADAMSON, JOY

Adamson, Joy (1910–1980), pengarah dan pelukis,

yang menjadi termasyhur kerana bukunya Born

Free: A Lioness of Two Worlds (1960). Buku ini

menceritakan bagaimana Adamson dan suaminya

memelihara Elsa, anak singa yatim piatu, semasa

mereka tinggal dan bertugas di Kenya, Afrika Timur.

Pasangan Adamsons melatih Elsa memburu

haiwan-haiwan lain untuk makanan supaya ia

akhirnya dapat mencari makan sendiri dalam hutan.

UMUM 
AKITAAkita ialah sejenis anjing yang berasal dari utara

Jepun. Pada suatu ketika dahulu, anjing Akita

digunakan untuk memburu beruang dan binatang

besar yang lain. Kadangkala anjing Akita ini

disebut anjing diraja Jepun kerana maharaja

memelihara anjing ini sebagai anjing kesayangan

dan mainan. Kini orang Jepun menggunakan Akita

sebagai anjing pengawal dan anjing polis.

UMUM 
ADAMS, ANSEL

Adams, Ansel (1902–1984) ialah jurugambar

Amerika yang terkenal kerana gambar yang

dramatik tentang bahagian barat Amerika Syarikat.

Dia mengambil gambar landskap yang luas yang

termasuk gunung-ganang, hutan, dan sungai.

Minatnya untuk memelihara alam semula jadi

mendorongnya menjadi aktif dalam gerakan

pemuliharaan alam sekitar.

UMUM 
12

Kembali ke atas