Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.me.li.ha.ra] | ممليهارا

Definisi : 1. membela, menjaga, merawat: mereka ~nya sehingga ia dewasa; di rumah sakit dia dipelihara dgn sempurna; ~ tubuh drpd diserang oleh penyakit; 2. mengerjakan (mengusahakan, membina, dll) dgn baik; ~ pelajaran dan bahasa; ~ cucuk tanam; 3. menternak binatang: ia banyak ~ lembu; 4. mempunyai atau menyimpan (gundik dll); 5. membiarkan (menggiatkan) tumbuh (janggut, rambut, dll); 6. menyelamatkan, melepaskan (melindungi) drpd baha­ya dll: dipeliharakan Allah drpd segala bala dan aniaya; terlalu adil sekali ia ~ negerinya; ~ lidah menjaga supaya tidak terkeluar kata-kata yg kurang baik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.me.li.ha.ra] | ممليهارا

Definisi : 1 menjaga dgn baik; membela; merawat: ~ anak isteri; 2 mengusahakan atau mengolah sesuatu baik-baik; mengawasi dan menjaga baik-baik: ~ keamanan negara; ~ sawah ladang. 3 membela atau menternak (binatang): Pak Mat banyak ~ lembu. 4 melindungi (drpd bahaya dsb): Semoga Tuhan ~ kamu drpd sebarang malapetaka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pelihara
Kata Terbitan : memelihara, terpelihara, peliharaan, pemeliharaan, pemelihara,

Peribahasa

Jika memelihara ayam,
     musang jangan dijinakkan;
setidak-tidaknya bertempiaran kelak.

Bermaksud :

Jika ada anak isteri terutama sekali anak gadis, janganlah dibiarkan orang lelaki yang jahat datang bertamu ke rumah.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
Contohnya, pembekal dapat mencapai sistem inventori organisasi tersebut bagi mengetahui paras stok bahan mentah mereka dan seterusnya membekalkan stok tambahan. Data yang dihantar keluar dan masuk sesebuah Ekstranet disulitkan bagi memelihara keselamatan dan kerahsiaan organisasi. e-mel remeh (Ig. junk e-mail) Lihat penspaman. eskrow kekunci (Ig. key escrow; Br. wasiat kekunci; Id. wasiat kunci) Skim kawalan penyulitan yang dicadangkan disebabkan

Kembali ke atas