Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.me.li.ha.ra] | ممليهارا

Definisi : 1. membela, menjaga, merawat: mereka ~nya sehingga ia dewasa; di rumah sakit dia dipelihara dgn sempurna; ~ tubuh drpd diserang oleh penyakit; 2. mengerjakan (mengusahakan, membina, dll) dgn baik; ~ pelajaran dan bahasa; ~ cucuk tanam; 3. menternak binatang: ia banyak ~ lembu; 4. mempunyai atau menyimpan (gundik dll); 5. membiarkan (menggiatkan) tumbuh (janggut, rambut, dll); 6. menyelamatkan, melepaskan (melindungi) drpd baha­ya dll: dipeliharakan Allah drpd segala bala dan aniaya; terlalu adil sekali ia ~ negerinya; ~ lidah menjaga supaya tidak terkeluar kata-kata yg kurang baik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.me.li.ha.ra] | ممليهارا

Definisi : 1 menjaga dgn baik; membela; merawat: ~ anak isteri; 2 mengusahakan atau mengolah sesuatu baik-baik; mengawasi dan menjaga baik-baik: ~ keamanan negara; ~ sawah ladang. 3 membela atau menternak (binatang): Pak Mat banyak ~ lembu. 4 melindungi (drpd bahaya dsb): Semoga Tuhan ~ kamu drpd sebarang malapetaka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pelihara
Kata Terbitan : memelihara, terpelihara, peliharaan, pemeliharaan, pemelihara,

Peribahasa

Jika memelihara ayam,
     musang jangan dijinakkan;
setidak-tidaknya bertempiaran kelak.

Bermaksud :

Jika ada anak isteri terutama sekali anak gadis, janganlah dibiarkan orang lelaki yang jahat datang bertamu ke rumah.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
permaculturepermakulturPertanianAgroteknologiSatu cabang reka bentuk dan kejuruteraan ekologi termasuk pembinaan dan pengurusan sumber air bersepadu yang bertujuan membangunkan sistem habitat lestari serta sistem pertanian lestari yang berasaskan ekosistem semula jadi dan mesra alam. Tiga prinsip permakultur ialah memelihara bumi, memelihara manusia dan mengitar semula hasil lebihan. Dalam permakultur, sesuatu kawasan direka bentuk supaya terdapat integrasi antara unit seperti unit pertanian, unit pemprosesan, unit pemasaran dan semua bahan input berada di dalam kawasan itu sendiri.
health policydasar kesihatanPentadbiranTiadaDasar yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi memupuk kesedaran dan memelihara kesihatan awam dengan melancarkan pelbagai program dan penguatkuasaan pelbagai peraturan yang berkaitan. Dasar kesihatan yang baik boleh memastikan bekalan makanan dan air bersih kepada orang ramai, memelihara kebersihan alam sekitar, mengawal kesihatan ibu dan bayi, menguatkuasa imunisasi penyakit berjangkit dan memperluaskan perkhidmatan kesihatan dan hospital sehingga ke kawasan pedalaman. Dasar seperti ini turut menumpukan perhatian kepada penghindaran jangkitan penyakit merbahaya seperti AIDS, kusta, batuk kering, taun, SARS dan polio. Di samping itu dasar kesihatan yang ketat turut mengawal pembekalan ubat dan dadah tertentu, penjualan bahan terkawal seperti minuman keras, ubat batuk dan rokok. Terdapat juga dasar kesihatan di negara tertentu yang mewajibkan pengambilan polisi insuran kesihatan bagi rawatan hospital dan terdapat dasar kesihatan yang memberi khidmat hospital dan rawatan percuma seperti negara kebajikan di Norway dan Denmark. Namun, tidak semua negara memiliki dasar kesihatan ini terutamanya negara sedang membangun seperti Sudan dan Etiopia.
prodrugprodrugFarmasiFarmaseutikSebatian yang mesti melalui transformasi biologi atau kimia untuk menukarkannya kepada drug induk sebelum menunjukkan kesan farmakologinya. Biasanya dilakukan untuk memelihara drug induk daripada penguraian atau pemusnahan. Boleh juga dilaksanakan untuk memelihara tubuh daripada kesan sampingan yang disebabkan oleh drug induk.
maintain (the standard)memelihara darjahPendidikanTiadaTiada
nurturance needkeperluan memeliharaPsikologiTiadaTiada
Justice of PeaceJaksa PendamaiPentadbiranPentadbiran Awam

Individu yang dilantik khas oleh Raja bagi memelihara keamanan dalam masyarakat. Bidang kuasa beliau tertakluk kepada undang-undang negara dan peruntukan kuasa yang diberikan kepadanya. Individu yang dilantik ini merupakan tokoh yang telah banyak berjasa kepada masyarakat dan dihormati. Ia menjadi rujukan kepada pihak tertentu dalam masyarakat terutamanya untuk menyelesaikan pertikaian. Kebanyakan Jaksa Pendamai dilantik di kalangan majistret yang biasa mengadili kes orang ramai. Jawatan ini berasal dari United Kingdom sejak tahun 1361 apabila King Edward III melantik orang ternama di setiap mukim bagi memelihara keamanan di tempat berkenaan. Singkatan JP.

political developmentpembangunan politikSains PolitikPolitik PerbandinganKedudukan politik sesebuah masyarakat yang sudah mencapai satu tahap yang baik atau matang. Politik yang maju sering dilihat sebagai memuaskan hati rakyat, dapat memelihara hak dan kepentingan orang ramai, berupaya memajukan ekonomi negara serta sentiasa dapat memelihara kestabilan dan keamanan. Dalam persoalan ini, timbul perdebatan mengenai negara yang lebih matang tahap politiknya. Bagi negara demokrasi, mereka mendakwa lebih matang dalam politik begitu juga dengan negara sosialis dan komunis yang mendakwa sedemikian. Contohnya, pembangunan politik negara-negara Scandinavia sangat pesat dan tinggi. Sinonim kemajuan politik.
apicultureapikulturPertanianAgroteknologiAktiviti memelihara lebah untuk mendapatkan madu dan produk lain seperti lilin lebah, propolis, debunga dan madu ratu lebah. Selain itu, sarang lebah dan koloni lebah dijaga supaya dapat dijual untuk tujuan pendebungaan. Secara umumnya, madu dan produk-produk lebah ini boleh diperoleh daripada tiga sumber utama, iaitu lebah ternak, lebah liar atau lebah tualang dan juga kelulut. Di Malaysia, kawasan utama pengeluaran madu lebah terdapat di Johor, Selangor dan Perak.
osmoregulationpengosmokawal-aturanBiologiFisiologiProses memelihara keosmolaran oleh suatu organisma halus atau sel tisu di dalam medium sekelilingnya.
state's righthak negaraSains PolitikPolitik PerbandinganHak yang dimiliki oleh pemerintah sebagai institusi yang berkuasa dan berdaulat untuk memelihara kepentingan nasional atau orang ramai. Hak negara terdiri daripada hak untuk membuka tanah dan membangunkan negara, hak dalam menguasai perbendaharaan dan kekayaan negara, hak merahsiakan maklumat sulit dan hak mengadakan pilihan raya. Hak ini dipelihara untuk mengawal keselamatan, memelihara kepentingan ekonomi dan juga mengawasi pembangunan sosial masyarakat negara supaya tidak terjejas. Contohnya, hak negara Malaysia untuk tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel adalah suatu hak yang tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak.
12345678910...

Kembali ke atas