Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.me.na.ngi] | ممنڠي

Definisi : 1. beroleh menang (dlm per­lawanan dll), berhasil atau berjaya mengalah­kan: kanak-kanak yg lemah tidak akan ber-peluang ~ permainan itu; 2. mendapat ke­jayaan atau hadiah dlm pertandingan (pe­raduan dll): novel karangannya telah ~ Pe-raduan Novel Dewan Bahasa dan Pustaka tahun 1962; 3. ki mendapat, memperoleh, memiliki: Badrul yakin bahawa dia dapat ~ hati perempuan itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.me.na.ngi] | ممنڠي

Definisi : mendapat kejayaan dlm perlawanan, peperangan dll: Pasukannya telah ~ perlawanan itu (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
menang (kata kerja)
Bersinonim dengan berjaya, mendapat kejayaan, beroleh hadiah, mencapai kemajuan, berhasil, beruntung, lulus, ghalib;,
Kata Terbitan : memenangi, memenangkan, kemenangan, pemenang,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya pernah memenangi tempat ke-tiga dalam pertandingan menulis cerpen untuk majalah sekolah peringkat negeri Sarawak. Bagaimanakah sekiranya saya ingin merujuk kembali hasil penulisan saya kepada Dewan Bahasa dan Pustaka negeri Sarawak? Terima kasih.Saudari boleh merujuk dengan Unit Pembangunan Karyawan, DBP Cawangan Sarawak yang bertanggungjawab mengendali kegiatan tersebutLain-lain06.04.2010
Peserta yang memenangi pertandingan melukis itu ________ rakan baik saya. A ialah B adalahPeserta yang memenangi pertandingan melukis itu ialah rakan baik saya.Tatabahasa08.05.2012
Manakah yang betul? Peserta-peserta sedang berlari pantas untuk memenangi ( larian, acara larian, acara lumba lari, pertandingan ) 200 meter.Jawapan yang betul ialah: Peserta-peserta sedang berlari pantas untuk memenangi acara lumba lari 200 meter.Tatabahasa30.03.2012
Novel "Esok Masih Ada" memenangi hadiah pertama. Adakah salah kalau ditulis esok Masih Ada sahaja tanpa tanda pengikat? terima kasihSebagai tajuk filem atau tajuk lagu perlu dibuat tanda petik. Jika tidak ditulis tanda petik mungkin boleh timbul kekeliruan sama ada itu perkataan biasa atau nama bagi sesuatu perkara  yang lain.Karya24.04.2012
Pasukan bola sepak yang ______ telah memenangi perlawanan itu. A. handal B. hebat C. lincah D. tangkas Adakah jawapan "hebat" diterima sebagai jawapan? Apakah perbezaan antara "handal" dengan "hebat"?Perkataan yang paling tepat ialah handal. 

Dalam Kamus Pelajar Edisi Kedua, handal bermaksud dapat dipercayai atau dapat diharapkan; setia. 2 pandai dan bijak dalam permainan dll; kenamaan (cekap dll): pemain bola yang ~. handalan yang handal: panglima ~. kehandalan keadaan atau sifat handal; kepandaian; kebijaksanaan; kegagahan: Orang ramai pun hairan melihat ~ Hang Tuah membunuh penderhaka itu dgn kapak.
Tatabahasa18.02.2014
Assalammualaikum dan salam sejahtera, terima kasih diatas maklumbalas menegenai penyertaan saya dalam sayembara 2005. Saya ingin bertanya, seandainya karya yang saya hantar tidak memenangi sayembara, adakah saya masih boleh menghantar hasil tersebut ke mana-mana pertandingan atau sayembara setelah saya membuat pembaharuan dan penambahbaikkan?

Saudara boleh menghantar karya saudara ke mana-mana pihak yang saudara inginkan, sama ada untuk menyertai sayembara atau peraduan lain, atau untuk diterbitkan, kerana pihak DBP tidak mengikat apa-apa perjanjian dengan saudara dan tidak memegang sebarang atas karya yang tidak memenangi sebarang hadiah.

Lain-lain21.06.2008
Saya keliru penggunaan huruf besar/kecil dalam ayat di bawah: 1.Ahmad menyertai pertandingan membuat logo semasa kempen bulan kesihatan di sekolahnya. 2.Kelas 2 Anggerik telah memenangi pertandingan kelas terbersih dan ceria minggu lalu. Tuan, saya keliru tentang penggunaan huruf kedua-dua pertandingan tersebut. Terima kasih.Ejaan yang betul ialah:
1. Ahmad menyertai Pertandingan Membuat Logo semasa kempen bulan kesihatan di sekolahnya.
2. Kelas 2 Anggerik telah memenangi Pertandingan Kelas Terbersih dan ceria minggu lalu.
Tatabahasa23.03.2015
Selamat petang. Mohon pencerahan. 1. Bangsa Arab terkenal dalam sejarah sebagai pengembara yang hebat. Kata terkenal dalam ayat 1 ialah kata kerja atau kata adjektif? 2.Pelumba yang memenangi perlumbaan itu sangat terkenal. Kata terkenal dalam ayat 2 ialah kata kerja atau kata adjektif? Terima kasih.1. Bangsa Arab terkenal dalam sejarah sebagai pengembara yang hebat. Terkenal - kata kerja tak transitif
2. Pelumba yang memenangi perlumbaan itu sangat terkenal. Terkenal - kata adjektif 
Tatabahasa25.07.2021
Salam. Saya ingin bertanyakan tentang laporan penuh panel pada setiap karya novel yang memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia. Bolehkah saya ingin mengetahui novel manakah yang menang kerana ilmunya yang padat. Maksudnya, laporan mengatakan bahawa novel tersebut menang kerana terdapat banyak ilmu yang disampaikan dalam novel tersebut. Saya bertanya kerana tidak dapat mencari laporan penuh pada mana-mana novel pemenang HSPM. Saya mengharapkan pemerolehan sedikit sebanyak maklumat dengan kadar segera daripada khidmat DBP ini. Terima kasihSalam puan budiman,

LAPORAN HADIAH SASTERA PERDANA MALAYSIA (HSPM) 

Untuk makluman, laporan penuh bagi Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) akan disiarkan dalam Majalah Dewan Sastera keluaran akan datang.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain05.12.2022
Selamat petang, saya nak tanya soalan ini hendak pilih jawapan yang mana satu? Saya tak pasti jawapannya ialah lepas itu atau oleh itu, dan apakah sebabnya? Ameera berjaya memenangi pertandingan syarahan di peringkat sekolah. ___________, dia akan mewakili sekolahnya untuk bertanding di peringkat zon. A. Lepas itu B. Justeru C. Kalau begitu D. Oleh itu Terima kasih untuk jawab soalan saya.Jawapan yang betul ialah D. "Oleh itu", bagi  contoh ayat  "Ameera berjaya memenangi pertandingan syarahan di peringkat sekolah.  "Oleh itu," dia akan mewakili sekolahnya untuk bertanding di peringkat zon."  Dalam ayat tersebut  "oleh itu" merupakan penanda wacana penghubung musabab (sebab berlakunya sesuatu). 
Tatabahasa17.03.2022
1234

Kembali ke atas