Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.me.na.ngi] | ممنڠي

Definisi : 1. beroleh menang (dlm per­lawanan dll), berhasil atau berjaya mengalah­kan: kanak-kanak yg lemah tidak akan ber-peluang ~ permainan itu; 2. mendapat ke­jayaan atau hadiah dlm pertandingan (pe­raduan dll): novel karangannya telah ~ Pe-raduan Novel Dewan Bahasa dan Pustaka tahun 1962; 3. ki mendapat, memperoleh, memiliki: Badrul yakin bahawa dia dapat ~ hati perempuan itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.me.na.ngi] | ممنڠي

Definisi : mendapat kejayaan dlm perlawanan, peperangan dll: Pasukannya telah ~ perlawanan itu (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
menang (kata kerja)
Bersinonim dengan berjaya, mendapat kejayaan, beroleh hadiah, mencapai kemajuan, berhasil, beruntung, lulus, ghalib;,
Kata Terbitan : memenangi, memenangkan, kemenangan, pemenang,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
coalition governmentkerajaan campuranPentadbiranPentadbiran Awam

Pemerintahan yang dibentuk daripada beberapa komponen parti politik yang memenangi pilihan raya umum bagi sesebuah negara. Oleh sebab satu parti tidak mampu membentuk kerajaan sendiri kerana kegagalan mendapatkan kerusi majoriti di Parlimen, maka kerajaan akan dibentuk melalui gabungan beberapa buah parti yang memenangi pilihan raya umum tersebut. Dalam konteks ini akan berlaku perkongsian kuasa di antara dua atau tiga pihak yang membentuk kerajaan campuran. Pada masa yang sama akan wujud pembahagian jawatan dalam kerajaan berasaskan kepada kerusi di Parlimen.

gain linegaris untungSukanTiadaGarisan andaian bagi menandakan sesuatu pasukan itu berjaya memenangi kawasan.
match ballmata akhir perlawananSukanTiadaPerihal mendapatkan mata akhir yang diperlukan untuk memenangi perlawanan. Banding : game ball [mata akhir perlawanan]
representative governmentkerajaan perwakilanPentadbiranPentadbiran Awam

Kerajaan yang dibentuk melalui wakil rakyat yang memenangi pilihan raya dan mendominasi dewan perwakilan. Kerajaan ini bertindak memelihara kepentingan orang ramai dan menyuarakannya dalam persidangan dewan. Kerajaan berperwakilan bertanggungjawab sepenuhnya kepada dewan perundangan atau dewan perwakilan. Kerajaan ini perlu peka kepada kehendak orang ramai kerana ia boleh dijatuhkan melalui undi tidak percaya wakil-wakil rakyat. Contohnya, kerajaan dalam demokrasi berparlimen Malaysia.

representative govemmentkerajaan berperwakilanSains PolitikPolitik PerbandinganKerajaan yang dibentuk melalui wakil rakyat yang memenangi pilihan raya dan mendominasi dewan perwakilan. Kerajaan ini bertindak memelihara kepentingan orang ramai dan menyuarakannya dalam persidangan dewan. Kerajaan berperwakilan juga bertanggungjawab sepenuhnya kepada dewan perundangan atau dewan perwakilan dan perlu peka kepada kehendak orang ramai yang boleh menjatuhkan mereka melalui undi tidak percaya wakil rakyat. Contohnya, kerajaan dalam demokrasi berparlimen Malaysia.
game ballmata akhir permainanSukanTiadaPerihal mendapatkan satu mata, yang merupakan mata terakhir untuk memenangi permainan yang sedang berlangsung. Banding : match ball [mata akhir perlawanan]
method of warfarecara berperangUndang-undangUndang-undang AntarabangsaSebarang kaedah atau strategi yang digunakan bagi memenangi sesuatu peperangan atau pertempuran. Cara berperang adalah dibenarkan dalam undang-undang kemanusiaan antarabangsa, namun perlu tertakluk kepada prinsip-prinsip tertentu. Antara prinsip tersebut termasuklah prinsip pembezaan, prinsip perkadaran, prinsip keperluan ketenteraan dan prinsip pengelakan daripada penderitaan tak perlu. Contohnya, prinsip keperluan ketenteraan yang bermaksud alasan sah yang boleh digunakan untuk melakukan serangan bagi mencapai matlamat ketenteraan, walaupun serangan tersebut boleh memberikan kesan mudarat kepada penduduk dan objek awam. Dalam prinsip ini, serangan tersebut perlu dilakukan kerana tanpa serangan tersebut, sesuatu matlamat ketenteraan tidak akan dicapai. Lihat juga prinsip pembezaan, prinsip perkadaran, penderitaan tak perlu.
point a rally systemsistem mata raliSukanTiadaSistem pemberian mata berdasarkan kemenangan yang diperoleh pada penghujung satu rali. Mana-mana pemain mendapat mata setelah memenangi rali, sama ada yang membuat servis atau menerimanya.
president-electpresiden terpilihSains PolitikPolitik PerbandinganPresiden Amerika Syarikat yang baru dipilih untuk menyandang jawatan tersebut tetapi belum dilantik secara rasmi. Kedudukan ini bersifat transisi atau sementara apabila beliau telah dapat mengalahkan bekas presiden. Contohnya, George Bush memenangi pilihan raya pada November 2000 mengalahkan Bill Clinton dan dari tarikh kemenangan itu hingga ke Januari 2001 beliau digelar sebagai presiden terpilih.
competitive party systemsistem parti sainganSains PolitikPolitik PerbandinganSistem parti yang membolehkan mana-mana parti yang bertanding dalam pilihan raya mencapai kemenangan. Saingan ini biasanya merujuk kepada sistem pilihan raya yang berasaskan pengundian bercorak peratusan berkadar. Dalam sistem ini, parti yang memenangi sesuatu pilihan raya berkemungkinan akan mengalami kekalahan dalam pilihan raya yang akan datang dan sebaliknya. Secara amnya, sistem parti yang wujud dalam sistem demokrasi diklasifikasikan sebagai sistem parti yang mempunyai saingan yang sengit. Contohnya, Jerman, Australia dan Perancis mengamalkan sistem parti saingan.
12

Kembali ke atas