Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.men.tas.kan] | ممنتسکن

Definisi : memainkan (sandiwara dll) di pentas: mereka telah ~ drama “Harimau Johor” pd minggu lalu di panggung Victoria; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.men.tas.kan] | ممنتسکن

Definisi : memainkan atau melakonkan sesuatu di atas pentas: Mereka telah ~ cerita Mahsuri di Kolej Melayu, Kuala Kangsar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam satu Malaysia,Saya bernama Savinthran Mathavan dari Univesiti Sains Malaysia kampus Induk jurusan Lakonan dan Pengarahan,ingin mendapat kebenaran daripada pihak tuan supaya kami dapat mementaskan karya oleh Kemala yang berjudul Anna.Saya difahamkan oleh Pihak Pusat Pengajian Seni USM kami boleh mementaskan karya tersebut jika sebaiknya memberitahu dahulu pihak tuan mengenai pementasan tersebut.Saya harap tuan dapat meluluskan pementasan ini.Sekian,Terima Kasih.Terima kasih Savin Smith. Tuan boleh menghubungi pegawai kami En. Abdul Wahab Hamzah ditalian 03-2147 9000/1/2/3/4/5/6/7. Mohon operator yang bertugas sambungkan kepada En.Abdul Wahab Hamzah. Moga ia membantu tuan. Terima kasih.Lain-lain01.03.2014
saya serta gabungan empat persatuan telah bersetuju bergabung dan ingin mementaskan sebuah karya baru yang mengangkat seni warisan melayu silat khususnya. jadi dapatkah kiranya kerja sama dari pihak DBP dari segi panggung dan nasihat untuk merialisasikan perjuangan ini.

Untuk maklumat dan nasihat berkaitan dengan pementasan karya sastera, tuan boleh menghubungi Bahagian Promosi dan Pengiktirafan, DBP.  Pegawai yang boleh dihubungi ialah Puan Baidari Evadarweena binti Basri melalui nombor telefon 03-2147 9130 atau e-mel baidari@dbp.gov.my.

Lain-lain03.03.2014
Selamat pagi, tuan/puan. Maaf, saya ingin bertanya mengenai perkataan "pentas". Adakah wujud perkataan "pentasan"? Ayat contoh: Kelab Seni menyaksikan pentasan teater di Balai Seni Visual Negara. Harap pihak DBP boleh memberikan penjelasan mengenai perkataan tersebut. Sekian, terima kasih.Tiada perkataan "pentasan" dalam data kami. Perkataan yang hampir sama dan sesuai digunakan untuk ayat tersebut ialah pementasan yang bermaksud perbuatan atau hal mementaskan (sandiwara dll).  Ejaan10.08.2020

Kembali ke atas