Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.men.ting.kan] | ممنتيڠکن

Definisi : memetik kecapi (gitar dll), melambung (menghempaskan dll) supaya berbunyi “ting”. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.men.ting.kan] | ممنتيڠکن

Definisi : memandang penting (berat, berguna, perlu, utama, dll), memberatkan, mengutamakan: mereka lebih ~ harta benda dan kesenangan hidup; ~ diri sendiri memi­kirkan hal (keuntungan) diri sendiri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.men.ting.kan] | ممنتيڠکن

Definisi : menganggap penting; memandang berat: Orang yg tidak ~ pelajaran nescaya akan menyesal kemudian kelak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
penting (adjektif)
Bersinonim dengan mustahak, perlu, utama, berharga, tinggi nilainya, berguna, berfaedah, bermanfaat, signifikan, behena;,
Kata Terbitan : mementingkan, kepentingan,

Puisi
 

Di dalam belukar timbul ketam,
     Timbul sang helang di Tanjung Jati;
Tidak lupa abang siang malam,
     Airlah mata jatuh ke pipi.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Adat bernegeri memagar negeri;
     adat berkampung memagar kampung.

Bermaksud :

Tidak mementingkan diri sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin mendapat penjelasan tentang teknik menulis persoalan yang betul untuk menjawab kertas Kesusasteraan Melayu SPM. Golongan kata yang manakah yang betul digunakan selepas perkataan persoalan. Adakah kata nama/ kata nama terbitan sahaja, atau boleh menggunakan perkataan golongan kata kerja, kata adjejtif atau kata tugas. Contoh 1: Persoalan kegigihan bekerja. Perkataan kegigihan ialah kata nama terbitan. Contoh 2: Persoalan mementingkan diri sendiri. Perkataan mementingkan ialah kata kerja. Adakah kata kerja boleh diletakkan selepas perkataan persoalan. Contoh 3: Persoalan tidak mementingkan masa. Perkataan tidak ialah kata nafi (golongan kata tugas). Adakah kata nafi boleh diletakkan selepas perkataan persoalan. Jika kata kerja dan kata nafi tidak boleh diletakkan selepas perkataan persoalan, bolehlah digunakan perkataan sikap selepas perkataan persoalan. Contoh 1: Persoalan sikap mementingkan diri sendiri. Contoh 2: Persoalan sikap tidak mementingkan masa.Pada kelazimannya kata nama dirangkaikan dengan kata nama atau kata sendi nama, seperti persoalan wanita dan persoalan dalam kalangan wanita. Kata persoalan juga boleh diikuti dengan kata nafi. Satu lagi aspek yang perlu diberikan perhatian ialah aspek makna kata. Contohnya ayat, persoalan mementingkan diri sendiri memberikan maksud yang tidak jelas. Oleh itu, ayat itu juga menjadi kurang tepat. Walau bagaimanpun, untuk mendapatkan skema jawapan yang betul berkaitan dengan peperiksaan, tuan perlu merujuk pihak yang lebih berwibawa, iaitu guru yang mengajarkan subjek berkenaan.Tatabahasa06.05.2020
Adakah wujudnya istilah Bahasa Melayu bagi "Perfectionist" selain daripada mementingkan kesempurnaan? Adakah boleh digantikan dengan istilah perfeksionis untuk penulisan saintifik?Dalam data rujukan kami, tiada padanan khusus bagi istilah perfectionist.

Sebagaimana yang puan maklum, perfectionist diterjemahkan sebagai mementingkan kesempurnaan seperti yang terkandung dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan.
Istilah21.10.2020
Pengetua menasihati pelajar-pelajar agar mereka ()mementingkan pencapaian dalam bidang akademik, () dalam bidang ko-kurikulum Asama ada....ataupun Bsungguhpun...tetapi Cbagaimana...begitulah Dbukan sahja...tetapi mana satu yang betul Terima kasih

Jawapan yang betul ialah D. bukan sahaja … tetapi

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga atau sila layari laman web PRPM.

Tatabahasa22.03.2022
Penduduk Taman Cempaka mengekalkan cara kehidupan yang mementingkan perpaduan melalui aktiviti Rukn Tetangga. Pilih perkataan seerti bagi mengekalkan. A)membaiki B)memelihara C)melaksanakan D mengutamakan

saudara,

Perkataan seerti ialah memelihara.

Tatabahasa02.10.2009
apakah maksud penting diri.sertakan contoh-contohnya.tkasihPenting diri atau mementingkan diri bermaksud memberatkan atau mengutamakan diri dalam sesuatu konteks tertentu. Misalnya, dalam kehidupan bermasyarakat, terdapat individu yang  tidak  mahu bergaul dengan orang lain demi mencapai matlamat yang disasarkannya.Makna20.01.2008
apakah maksud HedonismaHedonisme bermaksud, suatu pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup. Terima kasih kerana berurusan dengan pihak kami.Makna10.10.2006
Tuan, Nilai setia kawan atau nilai setiakawan? Contoh, remaja pada masa ini terlalu mementingkan nilai setiakawan. Adakah ayat di atas gramatis dan dieja dengan betul? Terima kasih.Ejaan yang betul ialah setia kawan.Ejaan22.09.2021
Golongan remaja selalu dikaitkan dengan sikap yang tidak bersungguh-sungguh untuk memajukan diri,mementingkan kebendaan,tidak mahu mengembangkan ilmu pengetahuan malah berfikiran cetek.Sejauhmanakah kebenarannya??Berikan pendapat anda. Bagaimanakah jawab soalan ini??Bagi menjawab soalan tersebut, tuan dikehendaki menghuraikan idea-idea yang dinyatakan dengan menyertakan bukti dan contoh. Tuan perlu menegaskan kebenaran idea tersebut dengan memberikan pendapat atau idea yang lain.Lain-lain25.10.2013
Betulkah wujudnya isitilah "hindoisme" yang lebih kurang maksudnya ialah budaya bersuka-suka atau mementingkan hiburan?Istilah yang betul ialah hedonisme. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi 4, halaman 523.Makna04.09.2007
Budaya Hedonisme di kalangan remajaHedonisme ialah pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup.Makna18.05.2007
12345

Kembali ke atas