Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.men.ting.kan] | ممنتيڠکن

Definisi : memetik kecapi (gitar dll), melambung (menghempaskan dll) supaya berbunyi “ting”. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.men.ting.kan] | ممنتيڠکن

Definisi : memandang penting (berat, berguna, perlu, utama, dll), memberatkan, mengutamakan: mereka lebih ~ harta benda dan kesenangan hidup; ~ diri sendiri memi­kirkan hal (keuntungan) diri sendiri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.men.ting.kan] | ممنتيڠکن

Definisi : menganggap penting; memandang berat: Orang yg tidak ~ pelajaran nescaya akan menyesal kemudian kelak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
penting (adjektif)
Bersinonim dengan mustahak, perlu, utama, berharga, tinggi nilainya, berguna, berfaedah, bermanfaat, signifikan, behena;,
Kata Terbitan : mementingkan, kepentingan,

Puisi
 

Di dalam belukar timbul ketam,
     Timbul sang helang di Tanjung Jati;
Tidak lupa abang siang malam,
     Airlah mata jatuh ke pipi.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Adat bernegeri memagar negeri;
     adat berkampung memagar kampung.

Bermaksud :

Tidak mementingkan diri sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ALEXANDER VI

Alexander VI (1431–1503), paus yang paling

mementingkan duniawi  antara paus zaman

Renaissance. Dia dipilih menjadi paus pada tahun

1492 dan peranan yang dimainkan dan cita-citanya

lebih kepada pemimpin sekular.

UMUM 
SATIE, ERIK

Satie, Erik (1866–1925), penggubah Perancis,

menghabiskan seluruh kerjayanya dengan

mencabar konvensyen muzik yang mapan. Satie

tidak mementingkan peraturan dalam muzik, dan

dia amat tidak gemar akan romantisme dan

impresiosisme. Caranya menangani bentuk

harmoni dan muzik berjaya mempengaruhi

banyak penggubah.

UMUM 
SASTERA SUFI

SASTERA SUFI,  hasil sastera yang mengandungi unsur sufi.  Sejarah awal sastera sufi bermula pada zaman pemerintahan kerajaan Bani Umaiyyah (660 M – 750 M).  Dasar pemerintahan kerajaan ini yang mengamalkan pemerintahan kuku besi dan mementingkan kebendaan menyebabkan segelintir golongan agama yang warak mula mengingatkan semula pentingnya kehidupan kerohanian dan menjauhkan diri daripada kehidupan politik dan kebendaan.  Mereka kemudiannya membentuk satu aliran kerohanian yang dikenal sebagai sufi.

SASTERAKonsep
ALUSIY, ABU AL-THANA’ SHIHAB AL-DIN, AL-

Alusiy, Abu al-Thana' Shihab al-Din, al-

(1217 H.–1270 H./ 1802 M.–1854 M.), ahli fiqh, ahli

tafsir dan ahli hadith. Nama penuhnya ialah Shihab

al-Din Mahmud ibn ‘Abdullah al-Husayniy. Dia lahir

di Baghdad dan menerima pendidikan daripada

ulama yang sezaman dengannya. Dia seorang yang

cerdik, bijak dan sangat mementingkan pengajian.

Hampir semua perkara yang didengarnya tidak

dilupakannya, sehingga dia menjadi ulama yang

tiada tolok banding pada zamannya

UMUM 
MALIK IBN NABI

Malik ibn Nabi (1323 H.–1393 H./1905 M.–1973

M.) ialah pemikir Algeria yang terkenal. Dia

merupakan salah seorang pemikir

Islam yang mengemukakan pandangan mereka

untuk membangunkan negara Islam berpandukan

ajaran al-Qur’an supaya bebas daripada

perselisihan faham dan taklid semata-mata. Malik

ibn Nabi seorang yang amat mementingkan masa

yang dianggap sebagai laluan utama sejarah

kemasyarakatan.

UMUM 
SENI UNTUK SENI

SENI UNTUK SENI, konsep yang mementingkan unsur atau nilai seni dan keindahan kepada setiap hasil seni kreatif imaginatif yang dicipta seperti seni sastera, seni muzik, seni tari, seni tampak, dan seni lukis harus mengutamakan nilai seni atau keindahannya.

SASTERAKonsep
SENI UNTUK MASYARAKAT

SENI UNTUK MASYARAKAT, konsep yang mementingkan setiap karya atau hasil seni kreatif imaginatif seperti seni sastera, seni muzik, seni tari, seni lakon dan lain-lain yang dihasilkan harus mempunyai arah, fungsi dana amanat yang jelas.  Pengarang menghasilkan karya yang berhubungan dengan masyarakat bawahan. Dengan itu, pengarang berharap pembaca akan dapat menghayati pemikiran dalam karya yang dihasilkan demi meningkatkan taraf hidup dan membaiki nasib diri mereka terutama dalam aspek sosioekonomi dan sosiopolitik.

SASTERAKonsep
PUISI TRADISIONALPUISI TRADISIONAL, semua bentuk puisi dalam khazanah kesusasteraan Melayu tradisional. Puisi dalam kesusasteraan Melayu dikenal sebagai ‘karangan berangkap’ dan mempunyai ciri-ciri yang mementingkan nilai-nilai yang indah. Puisi Melayu tradisional adalah hasil peninggalan masyarakat lama, dan abad ke-19 diterima secara umum sempadan pengasingannya.SASTERAKonsep
IKEBANA

Ikebana, seni gubahan bunga di Jepun. Seni ini mementingkan keharmonian dalam pembentukan rentak dan warna.

KESENIANKraf Tangan
O'FLAHERTY, LIAM

O’Flaherty, Liam (1896–1984) ialah penulis novel

dan cerpen Ireland. Dia menulis banyak karyanya

dalam bahasa Gaelik dan menterjemahnya ke bahasa

Inggeris. Kebanyakan fiksyen O’Flaherty

menggambarkan dengan jelas landskap berbatuan

yang gersang dan kampung-kampung terpencil

Kepulauan Aran, tempat dia dilahirkan dan

dibesarkan. Karya lain, yang mencerminkan

kehidupannya yang lebih terkemudian, memaparkan

kemiskinan yang mencengkam kawasan bandar yang

penduduknya mementingkan diri sendiri.

UMUM 
12

Kembali ke atas