Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.men.ting.kan] | ممنتيڠکن

Definisi : memetik kecapi (gitar dll), melambung (menghempaskan dll) supaya berbunyi “ting”. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.men.ting.kan] | ممنتيڠکن

Definisi : memandang penting (berat, berguna, perlu, utama, dll), memberatkan, mengutamakan: mereka lebih ~ harta benda dan kesenangan hidup; ~ diri sendiri memi­kirkan hal (keuntungan) diri sendiri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.men.ting.kan] | ممنتيڠکن

Definisi : menganggap penting; memandang berat: Orang yg tidak ~ pelajaran nescaya akan menyesal kemudian kelak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
penting (adjektif)
Bersinonim dengan mustahak, perlu, utama, berharga, tinggi nilainya, berguna, berfaedah, bermanfaat, signifikan, behena;,
Kata Terbitan : mementingkan, kepentingan,

Puisi
 

Di dalam belukar timbul ketam,
     Timbul sang helang di Tanjung Jati;
Tidak lupa abang siang malam,
     Airlah mata jatuh ke pipi.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Adat bernegeri memagar negeri;
     adat berkampung memagar kampung.

Bermaksud :

Tidak mementingkan diri sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
egoismegoismeKesusasteraanTiadaSikap mementingkan diri sendiri atau berasakan diri sendiri lebih penting daripada orang lain. Egoisme membenarkan individu itu berasa megah, dan menganggap dirinya sebagai asing daripada individu yang lain Dalam sastera, watak egoisme ialah watak yang mementingkan diri sendiri, memandang rendah pada pendapat orang lain, sering menampilkan dirinya kepada umum, suka menarik perhatian orang, dan bermegah dengan pandangan sendiri. Banding ego.
pragmaticpragmatikKesusasteraanTiadaDisiplin pengajian bahasa dan cabang liguistik yang mementingkan penggunaan bahasa dan dalam sesuatu konteks. Disiplin ini cuba mengetengahkan variasi sistematik dalam pemilihan dan pembentukan item liguistik yang didapati daripada ruang sosial. Disiplin ini mula diperkenalkan pada tahun 1930-1940-an apabila ahli falsafah linguistik, Morris dan Peirce mula membicarakan hubung kait petanda dengan pengguna dan penginterpretasi (pentafsir). Sejak tahun 1970-an, pengajian pragmatik mula mengalami pelbagai variasi, khasnya dengan pertumbuhan sosiolinguistik, analisis wacana dan gramatis yang berfungsi. Pengajian teori oleh Searle dan Austin amat penting dalam pertumbuhan disiplin ini. Perbezaan ketara antara pragmatik dengan semantik adalah pragmatik mementingkan penyebutan dan keadaannya lebih mementingkan ayat atau penyampaian. Contohnya, ayat �can you drive a car?� boleh membawa pelbagai maksud mengikut konteks. Pragmatik mementingkan fungsi, niat dan kesan sesuatu ayat, dan akhirnya tahap kepakaran linguistik yang diperlukan untuk setiap situasi sosial.
puritanismpuritanismeKesusasteraanTiadaFahaman yang mementingkan tatasusila dan agama.
metrosexualmetroseksualSosiologiTiadaLelaki yang mementingkan penampilan dan penjagaan diri.
genteelismekesantunanKesusasteraanTiadaSifat bahasa yang halus, berhias, dan terpelihara dalam karya sastera. Di Barat, tradisi kesantunan merujuk kepada sikap mementingkan konvensi dan tatacara yang betul dalam penulisan, yang menjadi lumrah pada kurun ke-18 hingga 19. Kini, kesantunan digunakan untuk menyindir norma kehalusan yang palsu. Dalam budaya Melayu, contoh penulisan kesantunan ditemui dalam warkah emas, iaitu surat yang ditulis kepada atau daripada keluarga bangsawan. Kesantunan boleh juga dirujuk sebagai budaya kebangsawanan yang sering dipaparkan dalam karya istana yang mementingkan kehalusan dan ketertiban dalam tatalaku dan tatacara. Istilah genteelisme dalam bahasa Latin bermaksud �asuhan sempurna�, manakala dalam bahasa Perancis bermaksud �anggun�. Contoh gambaran untuk memerikan tertib bersantap ditemui dalam Hikayat Malim Dewa seperti yang berikut: �... sekali suap, dua kali sudah, ketiga basuh tangan, keempat kumur-kumur, kelima santap sirih, kelat jatuh ke kerongkongan, seri naik ke peroman.�
pedantpemandaiSejarahTiadaSeseorang yang sangat mementingkan pengetahuan dan peraturan.
bureaucraticsifat birokrasi; birokratikSejarahTiadaPerlakuan yang mementingkan peraturan rasmi atau peraturan yang sedia ada.
streamline formbentuk aliranKesenianTiadaBentuk yang mementingkan ciri-ciri aliran bentuk yang lancar, iaitu licin, tidak mempunyai penjuru yang tajam dan sebagainya.
speculationspekulasiPentadbiran PerniagaanTiadaStrategi pelaburan yang mementingkan kenaikan harga daripada pendapatan dalam jangka masa pendek di samping sanggup menanggung risiko yang tinggi.
hydrogeologyhidrogeologiHidrogeologiTiadaSains air tanah yang mementingkan hubungan dengan persekitaran geologi dan aspek-aspek air permukaan yang berkaitan. Sains ini dibezakan dari geohidrologi. Ruj.: Mead 1919 Sin.: geologi air tanah
12345678910...

Kembali ke atas