Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.me.nuh.kan] | ممنوهکن

Definisi : menyebabkan sesuatu men­jadi penuh, menjadikan penuh: dia sedang ~ baldi itu dgn air; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.me.nuh.kan] | ممنوهکن

Definisi : menyebabkan sesuatu jadi penuh; mengisi: ~ timba dgn pasir. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
penuh (adjektif)
1. Bersinonim dengan berisi: tepu, padat, pepak, mampat, tumpat, sarat, pejal, rapat, ketat, sendat, lejuh, merepuh,
Berantonim dengan kosong

2. Bersinonim dengan banyak: sesak, sakan, bertimbun-timbun, berlebihan, melimpah, melaut, lebat, rendang, merenduh, berkelun-kelun, berkepul-kepul, bergumpal-gumpal, rapat, tebal, rimbun, belanar, jenuh,
Berantonim dengan sedikit

3. Bersinonim dengan lengkap: cukup, sempurna, memadai, genap, tuntas,
Berantonim dengan kurang

4. Bersinonim dengan ramai: banyak, berduyun-duyun, berpusu-pusu, berasak-asak, bersesak-sesak, berbondong-bondong, terpermanai, berjuak-juak,
Berantonim dengan sedikit

Kata Terbitan : sepenuhnya, memenuhi, memenuhkan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1) Bolehkah perkataan "pemenuhan" digunakan untuk merujuk kepada hal (perbuatan dsb) memenuhi atau memenuhkan? 2) Istilah "cabotage" dalam Bahasa Inggeris merujuk kepada pengangkutan atau hak untuk mengangkut barang dan/atau membawa penumpang di antara dua tempat di negara yang sama oleh pengendali pengangkutan laut, udara dll. dari negara lain. Bolehkah "kabotaj" diterima sebagai terjemahan bagi "cabotage", memandangkan istilah "kabotaj" sudah sering digunakan oleh agensi kerajaan, akhbar dll di Malaysia?1. Perkataan pemenuhan boleh digunakan untuk merujuk makna perihal memenuhkan.
2. Istilah kabotaj boleh digunakan.
Istilah25.08.2019
Yang mana satu betu? Pak Ali memuatkan / memuati raga itu dengan buah manggis. Saya perlukan penjelasan dari sistem bahasanya. Terima kasih.Soalan:
Pak Ali memuatkan / memuati raga itu dengan buah manggis.
Jawapan:
Pak Ali memuati raga itu dengan buah manggis.
Huraian: "Memuati" = memenuhkan sesuatu dengan barang-barang dan sebagainya.
"Memuatkan" = memasukkan sesuatu seperti barang-barang ke dalam sesuatu...
Tatabahasa29.10.2014

Kembali ke atas