Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.me.nuh.kan] | ممنوهکن

Definisi : menyebabkan sesuatu men­jadi penuh, menjadikan penuh: dia sedang ~ baldi itu dgn air; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.me.nuh.kan] | ممنوهکن

Definisi : menyebabkan sesuatu jadi penuh; mengisi: ~ timba dgn pasir. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
penuh (adjektif)
1. Bersinonim dengan berisi: tepu, padat, pepak, mampat, tumpat, sarat, pejal, rapat, ketat, sendat, lejuh, merepuh,
Berantonim dengan kosong

2. Bersinonim dengan banyak: sesak, sakan, bertimbun-timbun, berlebihan, melimpah, melaut, lebat, rendang, merenduh, berkelun-kelun, berkepul-kepul, bergumpal-gumpal, rapat, tebal, rimbun, belanar, jenuh,
Berantonim dengan sedikit

3. Bersinonim dengan lengkap: cukup, sempurna, memadai, genap, tuntas,
Berantonim dengan kurang

4. Bersinonim dengan ramai: banyak, berduyun-duyun, berpusu-pusu, berasak-asak, bersesak-sesak, berbondong-bondong, terpermanai, berjuak-juak,
Berantonim dengan sedikit

Kata Terbitan : sepenuhnya, memenuhi, memenuhkan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SHOVE-HALFPENNY

Shove-halfpenny, sejenis permainan dalam untuk dua

orang pemain atau dua buah pasukan.

Permainan ini dimainkan di atas papan yang

berukuran 610 milimeter panjang dan 368 milimeter

lebar. Garisan yang ditandakan pada sudut tegak

pada dua sisi yang panjang, membahagikan papan

kepada dua petak. Pemain menggunakan lima

cakera logam yang bergaris pusat lebih kurang 25

milimeter (1 inci). Mereka meletakkan cakera

terjuntai di hujung papan. Mereka cuba

memenuhkan semua petak dalam sebarang tertib

dengan menyorong cakera tiga kali ke dalam setiap

petak, dengan ibu jari tangan atau telapak tangan.

Selepas giliran setiap pemain, mata ditandakan

dengan kapur di bahagian tepi papan bagi setiap

cakera yang berhenti sepenuhnya di dalam petak.

UMUM 

Kembali ke atas