Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.me.nuh.kan] | ممنوهکن

Definisi : menyebabkan sesuatu men­jadi penuh, menjadikan penuh: dia sedang ~ baldi itu dgn air; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.me.nuh.kan] | ممنوهکن

Definisi : menyebabkan sesuatu jadi penuh; mengisi: ~ timba dgn pasir. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
penuh (adjektif)
1. Bersinonim dengan berisi: tepu, padat, pepak, mampat, tumpat, sarat, pejal, rapat, ketat, sendat, lejuh, merepuh,
Berantonim dengan kosong

2. Bersinonim dengan banyak: sesak, sakan, bertimbun-timbun, berlebihan, melimpah, melaut, lebat, rendang, merenduh, berkelun-kelun, berkepul-kepul, bergumpal-gumpal, rapat, tebal, rimbun, belanar, jenuh,
Berantonim dengan sedikit

3. Bersinonim dengan lengkap: cukup, sempurna, memadai, genap, tuntas,
Berantonim dengan kurang

4. Bersinonim dengan ramai: banyak, berduyun-duyun, berpusu-pusu, berasak-asak, bersesak-sesak, berbondong-bondong, terpermanai, berjuak-juak,
Berantonim dengan sedikit

Kata Terbitan : sepenuhnya, memenuhi, memenuhkan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
memenuhkanmenyebabkan sesuatu jadi penuh; mengisi: ~ timba dgn pasir.Kamus Pelajar Edisi Kedua
memenuhkanmenyebabkan sesuatu men­jadi penuh, menjadikan penuh: dia sedang ~ baldi itu dgn air;Kamus Dewan Edisi Keempat
memenuhkanmenyebabkan sesuatu jadi penuh; mengisi: ~ timba dgn pasir.Kamus Pelajar
memuatimengisi atau memenuhkan sesuatu (dgn barang); memasukkan muatan pd: Beliau telah ~ perahunya dgn pisang, tebu dll.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pengisian(filling)Proses memenuhkan ruang permukaan grafik komputer dengan warna atau corak.Kamus Komputer
memadatkan1 mengisi hingga padat; memenuhkan sesuatu sampai padat: Dia ~ karungnya dgn buah rambutan. 2 menjadikan padat; menjadikan rapat benar; memampatkan: Mereka telah bersama-sama ~ tanah kubur itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
isi(fill)Suruhan dalam grafik komputer untuk memenuhkan ruang sesuatu rupa bentuk dengan corak atau warna yang dipilih.Kamus Komputer
memadatkan1 mengisi hingga padat; memenuhkan sesuatu sampai padat: Dia ~ karungnya dgn buah rambutan. 2 menjadikan padat; menjadikan rapat benar; memampatkan: Mereka telah bersama-sama ~ tanah kubur itu.Kamus Pelajar
muat1 ada ruang utk diisi, diduduki dll; dpt berisi: Kereta itu ~ empat orang. 2 ada terkandung di dlmnya; berisi: Akhbar itu ~ iklan jawatan kosong. bermuat berisi atau diisi (dgn): Kapal itu ~ gula. memuati mengisi atau memenuhkan sesuatu (dgn barang); memasukkan muatan pd: Beliau telah ~ perahunya dgn pisang, tebu dll. memuatkan 1 memasukkan sesuatu (spt barang-barang) ke kapal, kereta dsb; mengisikan: Kelasi-kelasi pun ~ beras itu ke dlm kapal. 2 memasukkan atau menempatkan sesuatu dlm surat khabar; menyiarkan sesuatu dlm majalah dll. termuat telah dimasukkan atau disiarkan dlm surat khabar, majalah dll. muatan barang-barang yg dibawa (oleh lori dll); isi kapal dll: Apabila sampai di Pelabuhan Kelang, segala ~ kapal itu diturunkan. orang ~ orang yg naik atau yg menumpangi kapal dll. ~ haba ist kuantiti haba yg diperlukan utk meningkatkan suhu sesuatu bahan sebanyak satu kelvin.Kamus Pelajar Edisi Kedua
padat1 tidak berongga sedikit pun kerana diisi penuh-penuh; penuh dan rapat sekali isinya: Karung itu telah diisi dgn kapas sampai ~. 2 penuh sesak dgn orang dll; banyak sekali orangnya sehingga berasak-asak; penuh; tumpat: Setiap masjid telah ~ dgn orang yg hendak bersembahyang raya. 3 banyak sekali penduduknya: Hong Kong merupakan negeri yg ~ penduduknya. 4 banyak isinya (bkn ucapan, karangan dll); bernas. memadatkan 1 mengisi hingga padat; memenuhkan sesuatu sampai padat: Dia ~ karungnya dgn buah rambutan. 2 menjadikan padat; menjadikan rapat benar; memampatkan: Mereka telah bersama-sama ~ tanah kubur itu. kepadatan 1 hal atau keadaan padat. 2 keadaan penuh sesak atau keadaan terlalu ramai: ~ penduduk di daerah itu telah menimbulkan berbagai-bagai masalah sosial. pemadatan perbuatan atau hal memadatkan: ~ jalan dilakukan oleh jentera penggelek jalan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12

Kembali ke atas