Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.me.nuh.kan] | ممنوهکن

Definisi : menyebabkan sesuatu men­jadi penuh, menjadikan penuh: dia sedang ~ baldi itu dgn air; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.me.nuh.kan] | ممنوهکن

Definisi : menyebabkan sesuatu jadi penuh; mengisi: ~ timba dgn pasir. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
penuh (adjektif)
1. Bersinonim dengan berisi: tepu, padat, pepak, mampat, tumpat, sarat, pejal, rapat, ketat, sendat, lejuh, merepuh,
Berantonim dengan kosong

2. Bersinonim dengan banyak: sesak, sakan, bertimbun-timbun, berlebihan, melimpah, melaut, lebat, rendang, merenduh, berkelun-kelun, berkepul-kepul, bergumpal-gumpal, rapat, tebal, rimbun, belanar, jenuh,
Berantonim dengan sedikit

3. Bersinonim dengan lengkap: cukup, sempurna, memadai, genap, tuntas,
Berantonim dengan kurang

4. Bersinonim dengan ramai: banyak, berduyun-duyun, berpusu-pusu, berasak-asak, bersesak-sesak, berbondong-bondong, terpermanai, berjuak-juak,
Berantonim dengan sedikit

Kata Terbitan : sepenuhnya, memenuhi, memenuhkan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
lip linerpenggaris bibirFesyenTiadaSejenis produk kosmetik yang bertujuan untuk memenuhkan bahagian yang tidak rata pada tepi luar bibir sebelum memakai gincu.
open-endruang terbukaKomunikasiKorporatRuang dalam iklan yang disediakan oleh syarikat pengiklanan multinasional untuk diisi dengan kandungan tempatan. Syarikat pengiklanan multinasional biasanya menggunakan sebahagian besar masa siaran iklan dalam sesuatu tempoh siaran dengan kandungan luar negara. Oleh sebab wujud akta kandungan tempatan di pelbagai negara untuk siaran iklan di stesen tempatan terutama di negara membangun, maka pengiklan antarabangsa tik mempunyai pilihan kecuali menyediakan ruang terbuka. Pendekatan iklan seperti ini bermula apabila meluasnya aktiviti pengiklanan secara global. Bagi pihak syarikat pengiklanan multinasional, pendekatan ini boleh mengurangkan kos penerbitan iklan yang tinggi dan mengekalkan kawalan mutu iklan. Dalam keadaan tersebut, syarikat induk barangan atau perkhidmatan akan mengambil alih sebahagian daripada kos pengurusan penerbitan iklan dan bakinya ditanggung oleh syarikat cawangan. Syarikat cawangan akan memenuhkan ruang akhir iklan tersebut dengan kandungan tempatan. Terdapat penyesuaian ruang antara kandungan tempatan dengan kandungan sedia ada, biasanya di ruang akhir, awal, atau pertengahan masa siaran iklan.

Kembali ke atas