Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.me.rah] | ممڤره

Definisi : memicit dll utk menge­luarkan air (susu dll), memeras: ~ kain; ~ susu lembu; ~ keringat bekerja dgn kuat; ~ otak belajar dgn kuat, berfikir dgn bersungguh-sungguh; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.me.rah] | ممڤره

Definisi : menjadi merah: panas matahari sudah mulai mengundur dan di sebelah barat langit sudah mulai ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.me.rah] | ممڤره

Definisi : memicit atau meramas sesuatu supaya keluar airnya; memeras: Ibu sedang ~ kelapa utk memasak gulai lemak. ~ keringat berusaha sungguh-sungguh; bekerja kuat. ~ otak berfikir atau belajar dgn kuat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[me.me.rah] | ممڤره

Definisi : menjadi merah: Kaki langit mulai ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perah
Kata Terbitan : memerah, perahan,

Peribahasa

Umpama memerah nyiur,
     santan diambil hampas dibuang.

Bermaksud :

Mendengar nasihat orang, pilihlah yang baik dan buanglah yang buruk.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Yang manakah betul? 1a) memerah kelapa b) memerah santan 2a) memerah oren b) memerah jus oren 3a) pemerah oren b) pemerah jus oren. Terima kasih.

Jika merujuk perbuatan frasa yang betul ialah memerah kelapa dan memerah oren dan jika merujuk alat frasa yang betul ialah pemerah kelapa dan pemerah oren. Santan dan jus oren ialah hasil daripada perbuatan memerah kelapa dan memerah oren.

Tatabahasa05.09.2011
selamat sejahtera, 1. Kakak memerah kain itu. Kakak menyidai kain itu di ampaian. ayat majmuk: 1.Kakak memerah kain itu lalu menyidai kain itu di ampaian atau 2.Kakak memerah kain itu lalu menyidai di ampaian. 2. Adam merendam bajunya. Bajunya sangat kotor. ayat majmuk 1. Adam merendam bajunya kerana bajunya sangat kotor. atau 2. Adam merendam bajunya kerana sangat kotor. soalan saya, adakah kedua-dua ayat majmuk itu boleh diterima? 3. perkataan 'dua' , 'daun' -adakah dikategorikan dalam golongan dua suku kata atau satu suku kata? 'buaya' - dua atau tiga suku kata? 4. bersoal jawab dijarakkan atau bergabung? sekian, terima kasih.1. Ayat majmuk yang gramatis ialah Kakak memerah kain itu lalu menyidainya di ampaian.
2. Ayat majmuk yang gramatis ialah Adam merendam bajunya kerana sangat kotor.
3. Perkataan 'dua' dan 'daun' - satu suku kata, perkataan  'buaya' - dua suku kata. 
4. Ejaan yang betul ialah bersoal jawab.
Tatabahasa16.02.2012
salam sejahtera, ayat tunggal: Kakak memerah kain itu. Kakak menyidai kain itu di ampaian. ayat majmuk yang gramatis seperti yang dinyatakan oleh tuan ialah: Kakak memerah kain itu lalu menyidainya di ampaian. Adakah ayat berikut sememangnya salah dari segi struktur ayatnya atau apa-apa yang berkaitan dengan sistem bahasa. (maksud saya, jika diajar kepada pelajar, kita akan katakan ayat di bawah ini salah.) Kakak memerah kain itu lalu menyidai kain itu di ampaian.Kakak memerah kain itu lalu menyidainya di ampaian. Kakak memerah kain itu lalu menyidai kain itu di ampaian. Kedua-dua ayat majmuk tersebut betul dan boleh dijadikan contoh dalam pengajaran.Tatabahasa19.02.2012
Awak pandai memerah susu lembu. Ayat pasif yang berikut manakah betul? (a) Susu lembu pandai awak perah. (b) Susu lembu awak pandai perah.Ayat pasif yang betul:

Susu lembu awak pandai perah.
Tatabahasa11.11.2015
Apakah proses memutar kain dengan tujuan untuk mengeluarkan airnya selepas membasuh. memerah kain atau mengilas kain?Yang bersesuaian ialah memerah.Makna05.10.2010
Ibu Siti ---- kain yang basah itu sebelum menyidainya. A memulas B memerah 2.Pak Cik Halim ke pejabat pos kerana----- hendak membayar bil. A dia B beliau. Mohon penjelasan.1. Memerah 2. DiaTatabahasa01.09.2015
Salam semua. Meramas atau memerah kain yang basah, mana satu yang tepat?

Pemilihan kata betul ialah memerah kain yang basah

Tatabahasa06.06.2020
Pak Rahim ____ peluh yang mengalir di dahinya semasa dia bertungkus-lumus di sawah padi. A memerah B mengelap C mencuci D mengesat Apakah jawapan yang betul dalam soalan ini. Terima Kaish.Jawapan yang betul ialah:  D. mengesatLain-lain29.09.2009
Breast Pump ialah pam susu atau pam payudara?Kedua-dua istilah tersebut boleh digunakan mengikut konteks ayat.  Jika untuk tujuan memerah susu disebut pam susu, tetapi jika untuk tujuan membesarkan payu dara disebut pam payu dara.  Terima kasih.Istilah12.12.2014
Tuan, Adakah penggunaan perkataan melibas betul dalam ayat ini? 1. Seorang pemain sedang melibas bola takraw ke gelanggang lawan menggunakan kekuatan kaki kirinya. Adakah menggunaan perkataan mengerah betul dalam ayat inin ? 2.Dua orang tukang masak mengerah tenaganya mengacau rendang menggunakan sudip panjang di dalam sebuah kawah.Perkataan melibas untuk ayat pertama sesuai digunakan.  Akan tetapi perkataan mengerah tenaga tidak sesuai untuk ayat kedua.  Perkataan yang lebih sesuai ialah memerah tanaga atau memerah keringat.Istilah06.04.2014
12

Kembali ke atas