Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.mer.dé.ka.kan] | ممرديکاکن

Definisi : memberi kebebasan mele­paskan drpd penjajahan (kurungan dll), mem­bebaskan: India telah dimerdekakan pd bulan Ogos 1947; bagaimana dia boleh ~ dirinya drpd kapitalis-kapitalis kecil itu? (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.mer.dé.ka.kan] | ممرديکاکن

Definisi : memberikan kebebasan; melepaskan drpd penjajahan, kurungan dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
merdeka (adjektif)
Bersinonim dengan bebas, lepas, berdikari, merdeheka, langgas;,
Kata Terbitan : memerdekakan, kemerdekaan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERJANJIAN MALAYSIA

PERJANJIAN MALAYSIA (1963), perjanjian antara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan kerajaan British untuk memerdekakan Singapura, Sabah dan Sarawak menerusi pembentukan Malaysia.  Bagi tujuan ini Parlimen Persekutuan Tanah Melayu telah menggubal Akta Malaysia yang membolehkan ketiga-tiga buah negeri tersebut bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu, dan menukar nama Persekutuan Tanah Melayu kepada Persekutuan Malaysia.  Perjanjian ini telah ditandatangani oleh wakil semua negeri yang terlibat iaitu Britain, Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak di London pada 9 Julai 1963.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPerjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan
PARTI RAKYAT BRUNEI

PARTI RAKYAT BRUNEI, parti politik.  Parti ini ditubuhkan pada 22Januari 1956.  Parti Rakyat Brunei (PRB) dipimpin oleh A.M. Azahari yang mendukung cita-cita perjuangan nasionalisme memerdekakan Brunei daripada penjajahan British.  Dia juga ingin mengembalikan keagungan wilayah Brunei, yang pernah menjadi satu empayar Melayu terkenal pada masa silam, dengan menggabungkan wilayah Borneo iaitu Sabah dan Sarawak dalam satu persekutuan yang lebih besar di bawah pemerintahan seorang sultan iaitu Sultan Brunei.  Persekutuan ini akan dikenal sebagai Persekutuan Kalimantan Utara.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPersatuan
ZULKIFLI OWNIEZULKIFLI OWNIE  (1919-     ), ahli politik kiri.  Dia lahir di Bekor, Kuala Kangsar, Perak. Zulkifli lulus Darjah Lima dari Sekolah Melayu Bekor.  Kemudian dia belajar di Madrasah al-Masriyah Bukit Mertajam, seberang Perai dan melanjutkan pelajaran ke Medan, Sumatera selama empat tahun. Dia kembali ke tanah air pada tahun 1940.  Sewaktu menuntut di Indonesia,Zulkifli terdedah kepada politik anti penjajah khususnya politik perjuangan untuk memerdekakan Indonesia.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas