Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.me.ri.hal.kan] | ممريحالکن

Definisi : mengisahkan, mencerita­kan, menyatakan (tentang sesuatu) dgn jelas,menerangkan, menghuraikan: boleh dikatakan ketiga-tiga teks itu agak lengkap ~ cara istiadat itu dilaksanakan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.me.ri.hal.kan] | ممريحالکن

Definisi : menceritakan atau menjelaskan sesuatu; menerangkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perihal
1. Bersinonim dengan keadaan
( hal, perkara, peristiwa, kejadian, peri, )
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan mengenai
( berkenaan, tentang, fasal, akan, terhadap, darihal, )
(kata tugas:)

Kata Terbitan : memerihalkan, keperihalan, pemerihalan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Minta tolong DBP untuk menjelaskan perkara yang mengelirukan saya iaitu perbezaan memerikan dan memerihalkan. Memerikan bermaksud mengatakan/menceritakan/mengisahkan/menggambarkan (sesuatu hal) manakala memerihalkan bermaksud mengisahkan/menceritakan/menerangkan/menhuraikan (tentang sesuatu). Saya tidak dapat membezakan antara kedua - duanya. Kalau boleh, saya ingin meminta tolong DBP memberi padanan perkataan- perkataan tersebut dalam bahasa inggeris.Memerikan bermaksud mengatakan atau mengisahkan, manakala memerihalkan bermaksud menerangkan sesuatu. Berdasarkan makna yang diberikan memerihalkan lazimnya menerangkan sesuatu yang lebih serius berbanding memerikan yang mungkin sahaja memerikan sesuatu cerita. Dalam bahasa Inggeris kedua-duanya boleh diterjemahkan kepada describe.Tatabahasa22.07.2016
Kata nama am yang memerihalkan wadah memasak mi goreng, kuetiau goreng dan nasi goreng secara pukal yang selalu dijajakan di pasar malam, pasar pagi/tani, bazar ramadan dan seangkatan dengannya. Wadah memasak itu selalunya mempunyai buntut leper dan permukaan luas serta diperbuat sejenis logam berwarna hitam.Dalam data kami terdapat istilah kuali leper yang merujuk maksud kuali bertangkai untuk menggoreng; kuali datar lekat yang bermaksud  kuali yang datar berbentuk segi empat atau bulat untuk memasak burger, telur dan penkek; dan kawah yang bermaksud  kuali besar tempat memasak nasi dan lain-lain. Yang manakalah tuan maksudkan?Penyemakan dan penterjemahan08.10.2018
Bolehkah kita menggunakan 'beliau' bagi memerihalkan seseorang diktator dalam sejarah? Contoh, beliau untuk Adolt Hitler. Seperti yang kita tahu, Adolf Hitler merupakan seorang diktator yang kejam ketika Perang Dunia Kedua sehingga menyebabkan kematian ramai orang awam di Eropah dan Afrika Utara, bolehkah beliau digunakan sedang beliau itu untuk orang yang dihormati? Harap maklumBeliau ialah kata ganti nama diri ketiga untuk orang yang lebih tua atau yang dihormati. Beliau boleh digunakan untuk menggantikan nama yang dihormati atau meraikan ketuaan penama berkenaan. Oleh itu, kata ganti nama beliau boleh digunakan dalam konteks tersebut atau kekalkan namanya sahaja berulang kali pada setiap ayat.Tatabahasa03.02.2021
Salam sejahtera, Apakah peribahasa yang dapat memerihalkan maksud sesuatu yang mendatangkan kebaikan dan keburukan secara serentak? Terima kasih.Peribahasa mengandungi maksud yang tertentu dan lazimnya satu peribahasa mengungkapkan suatu pengertian, seperti Jangan menggerak ular tidur (maksudnya bahaya jangan dicari) dan Jatuh di atas tilam (maksudnya beruntung kerana mendapat rezeki). Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, karya Abdullah Hussain.Tatabahasa13.04.2011
Tuan, apakah yang dimaksudkan dengan 'adalah digunakan untuk memerihalkan secara huraian dan kualitatif'? Apakah yang dimaksudkan dengan huraian dan kualitatif itu? Saya mengambil pendekatan, ialah digunakan pada frasa nama manakala adalah pada frasa adjektif dan frasa sendi nama. Benarkah pegangan saya itu? Terima kasih.Kualitatif bermaksud berdasarkan kualiti atau berkaitan dengan kualiti. Betul seperti yang puan katakan, kata pemeri ialah digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama. Kata pemeri adalah digunakan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.Tatabahasa26.03.2012
beza penggunaan ialah dan adalah
Kata pemeri "ialah" perkataan yang digunakan untuk memerihalkan bahagian subjek dan predikat sesuatu ayat. Terdapat dua kata pemeri, iaitu kata "ialah" dan "adalah". Kata pemeri "ialah" digunakan dalam ayat yang berpola frasa nama + frasa nama. Oleh itu, kata pemeri "ialah" digunakan sebelum kata nama atau frasa nama. Contoh dalam ayat: i) Mata pelajaran yang paling saya minati ialah Matematik (FN+FN), ii) Kegiatan kokurikulum ialah kegiatan yang dijalankan di luar bilik darjah(FN+FN).

Kata pemeri "adalah" digunakan dalam ayat yang berpola frasa nama + frasa adjektif dan frasa nama + frasa sendi nama. Kata pemeri "adalah" tidak boleh diikuti oleh frasa kerja dan frasa nama. Contoh dalam ayat: i) Perlawanan pada malam ini adalah sangat penting (FN+FA), ii) Teh herba yang sedang diminum oleh ibu adalah baik untuk kesihatan (FN+FA).

Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, hlm. 263 - 264.
Tatabahasa06.11.2023
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya ingin tahu, bilakah istilah padanan rasmi bagi String Theory akan dimasukkan dalam Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM)? Terlalu banyak terjemahan yang digunakan untuk memerihalkan String Theory dalam bahasa Melayu seperti Teori Tetangsi, Teori Dawai, Teori Tetali dan Teori Rentetan. Tanpa adanya istilah rasmi dalam PRPM, susahlah untuk ahli sains Malaysia untuk menulis berkaitan topik ini kerana tiada penggunaan seragam bagi String Theory. Bolehkah saya mencadangkan Teori Tetangsi dijadikan istilah rasmi kerana istilah lain kurang tepat. Dawai boleh disalah tafsir menjadi Wire Theory, Teori Tetali terlalu umum dan boleh membawa maksud tali yang tebal (rope) dan Teori Rentetan mungkin boleh disilap terjemah sebagai Sequence Theory. Teori Tetangsi merupakan perihalan yang agak baik buat masa kini kerana terbentuk daripada gandaan separa perkataan tangsi yang membawa maksud tali yang dilumas dengan lilin (untuk tali kail dan lain - lain). Tali tangsi halus sesuai untuk perihalkan teori ini yang ada penggunaan objek satu dimensi yang "halus".Istilah yang dicadangkan akan dikemukakan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk dibincangkan. Tuan juga boleh menghubungi Bahagian Peristilahan dan Leksikologi melalui talian 03-21479161/21479165.Istilah25.01.2017
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Apakah perbezaan/ cara penggunaan yang betul bagi kata - kata di bawah? 1) Di / Pada 2) Dalam / Di dalam 3) Antara / Di antara 4) Dari / Daripada 5) Ialah / Adalah 6) Memerikan / Memerihalkan Terima kasih didahulukan.Kata sendi nama di digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Kata sendi nama pada digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu atau tempat, dan digunakan dalam ungkapan ada + pada (manusia dan haiwan) dalam beberapa situasi tertentu. Kata sendi nama dalam hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Di dalam digunakan untuk menunjukkan tempat yang boleh dilihat secara fizikal ruang dalamnya, seperti di dalam kereta, di dalam rumah dan di dalam dewan.Frasa sendi nama di antara digunakan apabila kata antara berfungsi sebagai kata nama. Frasa sendi nama di antara hanya dapat digunakan untuk menunjukkan kedudukan fizikal atau tempat.  Kata antara yang berfungsi sebagai kata sendi nama boleh mendahului ayat yang menunjukkan perbandingan. Contohnya: 1. Antara ilmu perubatan dengan ilmu biologi ada persamaannya 2. Kata sendi nama antara biasanya diikuti oleh kata nama am yang tidak perlu diulang. Contohnya: Antara lagu persembahannya ialah... 3. Kata sendi nama antara hanya dapat diikuti kata nama am jamak yang mengalami penggandaan separa seperti adik-beradik yang membawa makna kumpulan orang dan sebagainya yang tertentu. Contohnya: Mereka berbincang antara adik-beradik. 4. Kata sendi nama antara boleh juga diikuti oleh bilangan tentu seperti dua, tiga, sepuluh, seribu dan sebagainya, kata bilangan tidak tentu seperti beberapa, semua dan sebagainya, dan kata bilangan himpunan seperti kedua-dua, ketiga-tiga, beratus-ratus dan sebagainya. Contohnya: Antara dua bangunan itu jauh perbezaannya. 5. Kata sendi nama antara juga boleh diikuti oleh kata ganti nama diri seperti mereka, kita dan -nya. Contohnya: Antara mereka, banyak persamaannya. Dari dan daripada ialah kata sendi nama yang letaknya di hadapan frasa nama. kata sendi nama dari digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu atau masa. Sementara kata sendi nama daripada hanya digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan atau benda, asal kejadian dan sumber atau unsur perbandingan atau perbezaan.Kata ialah dan adalah merupakan kata pemeri. Kata pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala kata pemeri adalah menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, memerihalkan bermaksud mengisahkan, mencerita­kan, menyatakan (tentang sesuatu) dengan jelas,menerangkan, menghuraikan. Memerikan bermaksud 1. mengatakan, menceritakan, mengisahkan, menggambarkan (sesuatu hal) 2. menerangkan, meng­huraikan, menjelaskan; Tatabahasa08.07.2016
Apakah perbezaan besar antara penggunaan "Adalah" dan "Ialah" ? apakah jenis frasa di sebelum atau selepas Ialah/Adalah yang menentukan penggunaannya?

Kata pemeri "ialah" perkataan yang digunakan untuk memerihalkan bahagian subjek dan predikat sesuatu ayat. Terdapat dua kata pemeri, iaitu kata "ialah" dan "adalah". Kata pemeri "ialah" digunakan dalam ayat yang berpola frasa nama + frasa nama. Oleh itu, kata pemeri "ialah" digunakan sebelum kata nama atau frasa nama. Contoh dalam ayat: i) Mata pelajaran yang paling saya minati ialah Matematik (FN+FN), ii) Kegiatan kokurikulum ialah kegiatan yang dijalankan di luar bilik darjah (FN+FN).

Kata pemeri "adalah" digunakan dalam ayat yang berpola frasa nama + frasa adjektif dan frasa nama + frasa sendi nama. Kata pemeri "adalah" tidak boleh diikuti oleh frasa kerja dan frasa nama. Contoh dalam ayat: i) Perlawanan pada malam ini adalah sangat penting (FN+FA), ii) Teh herba yang sedang diminum oleh ibu adalah baik untuk kesihatan (FN+FA).

Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, hlm. 263 - 264.

Tatabahasa15.11.2023
Penggunaan adalah dan ialah

 1. Kata "ialah" dan "adalah" merupakan kata pemeri iaitu perkataan yang digunakan untuk memerihalkan bahagian subjek dan predikat sesuatu ayat. Kata pemeri "ialah" digunakan dalam ayat yang berpola frasa nama + frasa nama. Oleh itu, kata pemeri "ialah" digunakan sebelum kata nama atau frasa nama. Contoh ayat:

a)   Samsuri ialah rakan karib saya. (FN + FN)

b)   Mata pelajaran yang paling saya minati ialah matematik. (FN + FN)

c)   Guru besar Sekolah Kebangsaan Bukit Mahkota ialah Tuan Haji Karim bin Haji Mustafa. (FN+FN)

Kata pemeri "adalah" digunakan dalam ayat yang berpola frasa nama + frasa adjektif dan frasa nama + frasa sendi nama. Kata pemeri "adalah" tidak boleh diikuti oleh frasa kerja dan frasa nama.

a)   Perlawanan pada malam ini adalah sangat penting. (FN+FA)

b)   Kehadiran mereka ke negara kita adalah sebagai pemerhati. (FN+FS)

c)   Teh herba yang sedang diminum oleh ibu adalah baik untuk kesihatan. (FN+FA)

Lain-lain14.09.2022
12

Kembali ke atas