Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.me.ri.hal.kan] | ممريحالکن

Definisi : mengisahkan, mencerita­kan, menyatakan (tentang sesuatu) dgn jelas,menerangkan, menghuraikan: boleh dikatakan ketiga-tiga teks itu agak lengkap ~ cara istiadat itu dilaksanakan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.me.ri.hal.kan] | ممريحالکن

Definisi : menceritakan atau menjelaskan sesuatu; menerangkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perihal
1. Bersinonim dengan keadaan
( hal, perkara, peristiwa, kejadian, peri, )
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan mengenai
( berkenaan, tentang, fasal, akan, terhadap, darihal, )
(kata tugas:)

Kata Terbitan : memerihalkan, keperihalan, pemerihalan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TEORI MAKLUMAT

Teori maklumat , memerihalkan bagaimana

mesej dipancar dan diterima melalui sistem

maklumat elektronik seperti televisyen, radio atau

telegraf. Teori ini menyediakan hukum matematik

bagi menentukan kebarangkalian bahawa semua

bahagian mesej yang tersendiri, yang dikenal

sebagai bit , akan dipancar tanpa sebarang herotan.

Jurutera-jurutera elektronik kemudian

menggunakan hukum tersebut bagi meningkatkan

keupayaan, kecekapan, dan kejelasan sistem

maklumat. Penerapan praktik hukum-hukum ini

disebut sebagai sains maklumat.

UMUM 
PERANG DINGIN

Perang Dingin ialah istilah yang digunakan bagi

memerihalkan persaingan hebat yang tercetus

selepas Perang Dunia II pada tahun 1945 antara

kumpulan negara komunis dengan negara bukan

komunis. Pada satu pihak terdapat Kesatuan

Republik Sosialis Soviet (K.R.S.S.) dengan sekutu

komunisnya yang sering dirujuk sebagai Blok Timur .

Di sebelah pihak yang lain pula ialah Amerika

Syarikat dengan sekutu demokrasinya yang biasanya

dirujuk sebagai Blok Barat . Pergelutan kuasa

tersebut dinamakan Perang Dingin kerana ia tidak

membawa kepada peperangan sebenar atau perang

“panas” pada skala yang luas.

UMUM 
STRABO

Strabo (63 S.M.?– 24 M.?) ialah ahli geografi dan

sejarah Yunani. Dia menjadi terkenal kerana

penulisan Geography sebanyak 17 jilid yang

memerihalkan seluruh bahagian dunia yang

diketahui ketika itu. Jilid-jilid tersebut adalah

sumber maklumat geografi yang terbaik tentang

negara-negara Mediterranean pada permulaan

Zaman Kristian. Strabo juga menulis suatu sejarah

yang panjang tetapi kini telah hilang. Dia lahir di

Amasia, Pontus. Dia menuntut di Rom dan

Iskandariah, dan mengembara ke negara Arab,

selatan Eropah, serta utara Afrika.

UMUM 
DIMENSI KEEMPAT

Dimensi keempat. Biasanya, kita memikirkan

ruang terdiri daripada tiga dimensi: panjang,

lebar dan tinggi. Sebuah kotak berukuran 6 meter

panjang, 4 meter lebar, dan 2 meter tinggi boleh

digambarkan oleh set nombor yang tertib (6, 4,

2). Set sedemikian juga boleh digunakan untuk

memerihalkan kedudukan suatu titik dalam ruang–

contohnya, kedudukan sebuah kapal terbang.

Namun, ketiga-tiga nombor ini tidak dapat

mewakili kedudukan kapal terbang yang sedang

bergerak. Untuk menandakan kapal terbang yang

sedang dalam penerbangan pada kedudukan

tertentu, seperti (6, 4, 2), kita perlukan dimensi

keempat, iaitu masa.

UMUM 
AUTISME

Autisme ialah gangguan perkembangan yang

teruk yang bermula sebelum kanak-kanak berumur

empat tahun. Keadaan ini jarang berlaku dan

muncul sebagai sekumpulan simptom, yang paling

jelas ialah ketidakupayaan untuk berhubung

dengan orang lain. Autisme tulen, juga dikenali

sebagai autisme kebayian awal atau autisme

kebayian , terjadi pada lebih kurang seorang dalam

setiap 700 orang kanak-kanak. Kanak-kanak lelaki

lebih mudah terkena penyakit ini berbanding

dengan kanak-kanak perempuan. Belum ada

penawar lagi bagi penyakit ini. Istilah autistik

kadangkala digunakan untuk memerihalkan orang

yang mengalami masalah emosi yang teruk yang

menyamai autisme.

UMUM 

Kembali ke atas