Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
perlu (kata tugas)
1. Bersinonim dengan mesti: wajib, harus patut, tidak boleh tidak, hendaklah, terpaksa, pasti, tentu,

2. Bersinonim dengan berguna: berfaedah, bermanfaat, mustahak, penting,

Kata Terbitan : memerlukan, keperluan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, saya ingin bertanya tentang perkataan "memerlukan", adakah ini kata kerja tak transitif kalau digunakan dalam ayat ini : 1. Kita haruslah bermurah hati untuk membantu orang yang memerlukan. Adakah "memerlukan" dalam ayat ini betul? Ribuan terima kasih diucapkan terlebih dahulu.Perkataan “memerlukan” dalam contoh ayat yang diberikan adalah betul dan merupakan kata kerja tak transitif tanpa pelengkap. Tatabahasa24.12.2021
1. saya memerlukan makna KEPEMIMPINAN dan KEPIMPINAN? 2. apakah perbezaaan antara KEPEMIMPINAN dan KEPIMPINAN? 3 beri contoh kedua-dua perkataan tersebut. Ini kerana saya sedang membuat Tesis Sarjana Sains Politik dari UKM. Pensyarah minta saya terangkan apa perbezaan antara Kepemimpinan dan Kepimpinan. pohon bantuan.
Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, kepimpinan bermaksud keupayaan memimpin. Kepemimpinan pula bermaksud keupayaan (kebolehan, pencapaian, dan sebagainya) sebagai pemimpin, daya (tindak-tanduk, kecekapan, dan sebagainya) seseorang pemimpin.
Makna26.11.2013
Saya memerlukan maklumat (biodata lengkap) 5 orang penyajak berasal dari negeri perak beserta beberapa contoh(1 penyajak 1 hasilan sajak mereka) untuk rujukan saya menyiapkan kertas kerja sayaSdr. dicadangkan membuat rujukan bahan tersebut di mana-mana perpustakaan negeri atau perpustakaan IPTA yang berhampiran tempat tinggal sdr. Juga sdr. boleh membuat rujukan di perpustakaan atau Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.Lain-lain28.10.2008
Saya memerlukan nasihat: 1) Niyaz telah membuat serondeng daging lembu untuk 'menyambut' Hari Raya Aidiladha pada minggu hadapan. atau 2) Niyaz telah membuat serondeng daging lembu untuk 'sambutan' Hari Raya Aidiladha pada minggu hadapan. Soalan saya. i) Adakah kedua-dua ayat di atas gramatis? ii) Wujudkah perbezaan konteks antara kedua-dua perkataan tersebut (yang digunakan dalam ayat)? Terima kasih1. Menurut Kamus Dewan Edisi ketiga, sambutan bermaksud penerimaan (ketibaan tetamu dll), cara-cara meraikan atau menyambut sesuatu (hari raya, tetamu, dll):Oleh itu, ayat yang betul ialah Niyaz telah membuat serondeng daging lembu untuk 'sambutan' Hari Raya Aidiladha pada minggu hadapan.Ejaan04.12.2018
Tuan, saya ingin bertanya tentang perkataan "ianya memerlukan", adakah ini kata kerja yang bersesuai bagi ayat 1. bagi permohonan pengecualian bayaran, ianya memerlukan kelulusan pihak Pengurusan Tertinggi.Ayat yang betul ialah Bagi permohonan pengecualian bayaran, kelulusan pihak Pengurusan Tertinggi diperlukan. Kata "ianya" ialah bentuk kata ganti nama yang tidak mengikut rumus tatabahasa.Tatabahasa21.03.2024
Salam....saya ingin mendapatkan penjelasan tentang penggunaan "kan". Contoh 1) Pemuda itu ditangkap kerana mengedar dadah 2) Pemuda itu ditangkap kerana mengedarkan dadah Soalan :Yang mana satu betul"mengedar" atau "mengedarkan" T.kasih... En. Mohd NorAwalan meN- membentuk kata kerja aktif sama ada transitif atau tak transitif, iaitu memerlukan objek atau tidak memerlukan objek selepasnya. Manakala kata kerja yang terbentuk dengan apitan meN-...-kan ialah kata kerja transitif, iaitu yang digunakan sebagai unsur predikat yang memerlukan objek atau penyambut dalam transitif aktif. Dari aspek makna pula, mengedar bermaksud berpindah-pindah dari tangan ke tangan dan mengedarkan pula bermaksud menyampaikan sesuatu daripada seorang kepada seorang lain dan seterusnya atau mengelilingkan menyebarkan. Berdasarkan huraian yang tersebut penggunaan perkataan mengedar dalam konteks ayat tersebutlebih tepat berbanding dengan perkataan mengedarkan. Pemuda itu ditangkap kerana mengedar dadah.Tatabahasa21.11.2012
salam. Saya ingin bertanya tentang kamus BM-BM untuk murid tahap 1 (Tahun 1,2,&3) dan juga kamus BM-Bm untuk tahap 2 (Tahun 4,5,& 6) sekolah rendah.DBP ada menerbitkan Kamus KBSR Dewan Bergambar untuk memenuhi keperluan murid Darjah 4,5 dan 6. Namun demikian, kamus ini juga dapat memberi bantuan kepada pengguna lain yang memerlukan kamus seperti ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.  Lain-lain04.05.2010
cerakinkan ayat di bawah menjadi dua ayat; 1. Siswazah yang berpandangan jauh tidak memerlukan gaji yang tinggi.

 

 Sdr. Sol-Sweety, ayat ini boleh dicerakin seperti ini,

1. Siswazah yang berpandangan jauh.

2.  Siswazah tidak memerlukan gaji yang tinggi.

sekian terima kasih

Lain-lain21.04.2008
Saya memerlukan maklumat-maklumat seperti di bawah : 1) Fungsi-fungsi peribahasa dalam kesinambungan warisan bahasa. 2) Kepentingan-kepentingan peribahasa yang menyentuh tentang tema budi bahasa. 3) Konsep ayat 4) Analisis contoh kesalahan ayat oleh muridUntuk makluman, soalan saudara adalah di luar skop Khidmat Nasihat Bahasa. Khidmat Nasihat Bahasa membantu pelanggan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan ejaan Rumi dan Jawi, semakan penggunaan perkataan dan istilah, semakan bahasa/tatabahasa bahasa Melayu dan sebagainya. Soalan saudara memerlukan pembacaan yang banyak dan kajian mendalam. Saudara dicadangkan agar datang ke Pusat Dokumentasi Melayu,  Menara DBP untuk membuat rujukan akademik. Di PDM, banyak bahan yang berkaitan dengan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa Melayu yang boleh saudara rujuk.Tatabahasa19.03.2013
1. Untuk memperoleh tubuh badan yang sihat serta otak yang cerdas, kita memerlukan makanan yang berzat / berkhasiat. Apakah bezanya? Berzat atau berkhasiat? 2. Murid itu melenting semasa guru sedang mengajar. Betulkah penggunaan perkataan melenting dalam ayat ini?

1. Berzat bermaksud mempunyai pati atau inti daripada sesuatu (seperti makanan dan lain-lain), manakala berkhasiat bermaksud mengandungi kebaikan yang khas (dlm ubat, makanan dan sebagainya). Pada pandangan kami, untuk memperoleh tubuh badan yang sihat serta otak yang cerdas, kita memerlukan makanan yang berzat dan berkhasiat.

2. Melenting lazimnya diakitkan dengan makna kiasan, iaitu naik marah dengan segera (apabila disoal, dikritik, dan sebagainya). Oleh itu, perkataan melenting tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut.

Tatabahasa16.11.2011
12345678910...

Kembali ke atas