Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
peta (kata nama)
Bersinonim dengan pelan, rajah, gambar rajah, bagan, denah, gambaran, lakaran;,
Kata Terbitan : memetakan, pemetaan, pemeta,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
functionfungsiMatematikTiada1. Hubungan antara pemboleh ubah dengan salah satu pemboleh ubah yang diungkapkan dalam sebutan pemboleh ubah yang lain. Pemboleh ubah yang pertama itu dinamai pemboleh ubah bersandar, manakala pemboleh ubah yang lain dinamai pemboleh ubah tak bersandar. Katakanlah y suatu fungsi x yang ditulis y = f(x), maka y ialah pemboleh ubah bersandar dan x ialah pemboleh ubah tak bersandar. Misalnya, katalah y = x2 - 2x, y ialah suatu fungsi dalam sebutan x. 2. Hubungan yang mengaitkan setiap unsur dalam sesuatu set dengan hanya satu unsur dalam set yang sama atau berlainan. Katalah suatu fungsi f dari set A ke set B yang ditulis f: A → B, setiap unsur a ɛ A dikaitkan dengan hanya satu unsur b ɛ B; ditulis b = f(a) dan b disebut nilai f pada a atau imej bagi a di bawah f; juga disebut ”a dipetakan kepada b” atau “f memetakan a kepada b”. A ialah domain dan B ialah kodomain. Fungsi f dikatakan tertakrif pada set A dan mempunyai nilai dalam set B. Sinonim pemetaan.

Kembali ke atas