Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.fo.kus.kan] | ممفوکوسکن

Definisi : 1. menjadikan (sinar cahaya, haba, bunyi) bertumpu pd satu titik, menumpukan: apabila bahagian depan mata terlalu bujur dan tidak bulat, cahaya tidak dapat difokuskan ke bahagian belakang mata; 2. memberikan tumpuan (perhatian dsb) kpd, menumpukan perhatian kpd, menonjolkan: drama sebabak ini ~ saat-saat terakhir pemberontakannya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.fo.kus.kan] | ممفوکوسکن

Definisi : menjadikan cahaya bertumpu ke satu titik (dgn menggerak-gerakkan kanta dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata memfokuskan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Contoh ayat: Dalam forum itu, ahli panel memfokuskan kepada isu-isu pemartabatan bahasa kebangsaan. Saya dan rakan-rakan biasa menggunakan ayat seperti ini. Mohon penjelasan pihak tuan sama ada ayat ini mengandungi kesilapan bahasa ataupun tidak. Terima kasih.Ayat yang betul ialah: "Dalam forum itu, ahli panel memfokuskan isu-isu pemartabatan bahasa kebangsaan." memfokuskan bermaksud memberi tumpuan kepada. Tatabahasa25.11.2009
Apakah istilah Melayu bagi kata "internship"? Kita maklum bahawa "praktikum" istilah Melayu bagi "practicum", iaitu latihan mengajar selama beberapa bulan di sekolah. "Praktikum" tidak mungkin disamakan dengan "internship" dalam konteks pendidikan. "Praktikum" memfokuskan pengaplikasian kaedah pengajaran dan segala teori pendidikan yang dipelajari di sekolah, manakala "internship" pula memfokuskan pengumpulan data di sekolah untuk penullisan tesis. Oleh itu, apakah istilah Melayu padanan yang paling tepat untuk kata "internship" berdasarkan buku peristilahan DBP?Dalam data rujukan kami, belum ada lagi padanan bahasa Melayu bagi perkataan internship. Walau bagaimanapun, kami akan mencadangkan beberapa padanan bahasa Melayu bagi istilah tersebut yang mungkin bersesuaian dengan konteks dan konsep penggunaan tuan, antaranya  ialah latihan amali, latihan dalaman atau latihan praktikal. 
Istilah28.12.2020
ejaan sebenar ialah menfokuskan atau mengfokuskanEjaan yang betul ialah memfokuskanEjaan01.08.2016
Apakah maksud " seorang itu memilih segmen yang menjanjikan keuntungan"? Contoh ayat: Pemasar memilih segmen yang menjanjikan keuntungan dan memfokuskan usaha pemasaran bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna segmen.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud "segmen" ialah "bahagian atau penggal." Contoh segmen yang dimaksudkan di sini seperti segmen radio, berita dan sebagainya yang memberikan keuntungan apabila melakukan pemasaran yang dikehendaki.Makna21.12.2021
Salam sejahtera! Saya dapati bahawa perkataan yang berasal dari Arab diklasikikasikan dengan kependekan Ar., seperti "bismillah" dan "insya-Allah". Pada masa yang sama, kedua perkataan ini tidak mempunyai sebarang kependekan jika merujuk melalui tab kamus pelajar edisi kedua. Bagi perkataan "assalamualaikum" pula, terdapat tab pertama di mana ianya diberikan kependekan Ar, dan tab kedua yang tidak mengandungi apa-apa kependekan. Soalan saya: mengapakah terdapat perbezaan di dalam klasifikasi Ar pada sesetengah perkataan Arab? Saya ada sertakan lampiran sebagai panduan.Kamus Pelajar tidak meletakkan asal kata pada setiap entrinya. Kamus Pelajar memfokuskan penggunaan kata yang persis untuk rujukan pelajar. Untuk maklumat yang lebih lagi seperti asal kata dan peluasan makna perlulah merujuk Kamus Dewan atau yang terkini Kamus Dewan Perdana (hanya salinan keras disediakan buat masa ini).Lain-lain01.01.2021
Makna perkataan Menguis dan menggaliMakna perkataan Menguis dan Menggali menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005, terbitan DBP. Menguis: 1. Menolak (menepis, menyepak) ke tepi: dikuisnya sampah itu dengan kakinya; 2. mengais (spt. ayam); Menggali: 1. membuat sesuatu dr dlm tanah. dll), mengorek, menambang; ~ kubur (longkang, lubang, dll) membuat kubur (longkang, lubang, dll) dengan menggali tanah; ~ ubi (emas dll) mengeluarkan atau mengambil ubi dll dr dlm tanah; 2. ki menyelidiki, mendalami: mereka merasakan perlunya ~ kembali kekayaan hukum adat nenek moyangnya; menjadi idaman A. Samad Said bukannya untuk memfokuskan mengapa hal-hal itu terjadi, tetapi cuba ~ sikap dan tindakan manusia; ~ lubang menutup lubang prb menebus hutang dgn meminjam wang; nan digali dala,. nan digantung tinggi prb yang sudah dirundingkan matang-matang mendapat persetujuan.Tatabahasa04.04.2014
definisi sejarah sastera Sastera sejarah adalah suatu cabang daripada kesusasteraan Melayu tradisional yang membicarakan sejarah sesebuah kerajaan. Secara umum sastera sejarah sering kali  memakai judul permulaan sebagai hikayat, silsilah, salasilah, misa dan tawarikh seperti Hikayat Raja-raja Pasai, Hikayat Acheh, Silsilah Melayu dan Bugis, Misa Melayu dan Tawarikh Salasilah Negeri Kedah.          Bentuk sastera sejarah boleh dibahagikan kepada dua, iaitu dalam bentuk prosa dan bentuk puisi. Karya yang berbentuk prosa merupakan sejarah sesebuah kerajaan atau negeri tentang bangun dan jatuhnya sebuah kerajaan itu dengan menyenaraikan susur galur pemerintahnya. Manakala bentuk puisi pula, lazimnya ditulis dalam bentuk syair yang menceritakan sesuatu peristiwa bersejarah yang berlaku dalam sesuatu tempoh waktu tertentu seperti Syair Perang Johor, Syair Kampung Gelam Terbakar, Syair Perang Siak dan sebagainya.          Karya sastera sejarah, umumnya terbahagi kepada tiga jenis. Pertama karya sejarah yang meriwayatkan jurai keluarga diraja. Misalnya Sulalatus Salatin yang cukup terkenal dalam kalangan kita. Di dalam Sulalatus Salatin, pengarangnya, Tun Seri Lanang menjurai asal usul keturunan raja Melayu dari awal hingga kejatuhan kerajaan Melayu Melaka.           Jenis sastera sejarah yang kedua pula hanya memfokuskan kisah seseorang tokoh seperti dalam Hikayat Acheh yang menceritakan tentang ketokohan Raja Iskandar Muda. Sastera sejarah yang menekankan pada sesuatu peristiwa seperti Syiar Kampung Gelam Terbakar dan Perang Makasar adalah jenis karya sastera yang ketiga.          Salah satu ciri yang menyebabkan  sastera sejarah tidak dianggap sepenuhnya sejarah kerana ada unsur-unsur mitos dan legenda serta unsur-unsur fiksyen-fantasi yang turut dimuatkan oleh para pengarang sastera sejarah. Unsur-unsur ini dimuat adalah dengan tujuan-tujuan tertentu seperti untuk menambahkan faktor kekaguman rakyat kepada kebesaran sesebuah kerajaan atau jurai keturunannya. Lain-lain06.08.2008

Kembali ke atas