Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.mi.li.ki]/[memi.li/.ki] | مميليقي

Definisi : 1. mempunyai: rakyat berhak ~ harta; 2. mengambil atau menjadikan sesuatu hak milik: tidak dibenarkan ~ hak orang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.mi.li.ki]/[memi.li/.ki] | مميليقي

Definisi : 1 mempunyai: Ia ~ sebuah kereta Proton Saga. 2 mengambil sesuatu dan dijadikan milik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
milik (kata nama)
Bersinonim dengan kepunyaan, hak;,
Kata Terbitan : memiliki, pemilik,

Peribahasa

Seperti batang mengkudu,
     dulu buah daripada bunga.

Bermaksud :

Menyangka telah dapat memiliki sesuatu yang belum pasti.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
memiliki ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan atau institusi yang diiktiraf oleh kerajaan. adakah perlu untuk saya menggunakan huruf besar sesetengah perkataan di atas?Ijazah Sarjana Muda Kepujian ditulis dengan huruf besar, manakala yang lain ditulis dengan huruf kecil.Terima kasih.Lain-lain09.01.2007
Keistimewaanku, menyaksikan 2014 FIFA World Cup. Tiketku, memiliki Sony Xperia Z2. (Ayat daripada client: Tiketku, dengan memiliki Sony Xperia Z2). Kelebihanku, menimatinya hanya dengan Celcom First.Keistimewaanku, ialah 2014 FIFA World Cup. Tiketku, ialah Sony Xperia Z2. (Ayat daripada client: Tiketku, dengan memiliki Sony Xperia Z2). Kelebihanku: Celcom First.Tatabahasa21.05.2014
apakah perkataan yang paling sesuai ( memiliki atau mempunyai Sijil Perguruan) untuk ayat di bawah? Berdasarkan dapatan Jadual 4 ini, dapat disimpulkan bahawa responden yang memiliki / mempunyai ikhtisas Sijil Perguruan,Diploma Pendidikan, dan Sarjana Muda Pendidikan menunjukkan kompetensi yang tinggi dalam hampir keseluruhan item.

Kedua-dua perkataan, iaitu ‘memiliki’ dan ‘mempunyai’ boleh digunakan. Sama ada memiliki ikhtisas Sijil Perguruan... atau mempunyai ikhtisas Sijil Perguruan... adalah betul.

Tatabahasa21.01.2015
Saya memiliki buku Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu cetakan kedua, edisi kedua tahun 1992. Sudah adakah cetakan/edisi terbaharu buku ini?Setakat ini belum ada lagi cetakan ketiga atau edisi baru buku ini.Lain-lain14.01.2013
saya memiliki himpunan sajak-sajak yang saya tulis. ada yang pernah dihantar dan diterbitkan di majalah. bagaimanakah jika saya ingin menerbitkan himpunan sajak saya itu dalam bentuk buku untuk diterbitkan agar dapat dikongsi.saudara bolehlah menghubungi Ketua Bahagian Penerbitan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur.Lain-lain26.05.2009
Adakah DBP memiliki buku tentang ejaan nama-nama negara di dunia dalam tulisan Jawi? Saya sudah cuba mencari, namun masih tidak menjumpainya. Jika buku itu memang tiada, Dimanakah saya ingin merujuk untuk mendapatkan ejaan jawi yang betul?Pihak tuan boleh merujuk Kamus Dewan Perdana untuk mendapatkan ejaan Jawi yang betul bagi nama-nama negara di dunia.Lain-lain29.12.2021
Bergantung kepada/pada orang yang memiliki dendam itu sendiri.Bergantung pada orang yang memiliki dendam itu sendiri.Tatabahasa26.03.2012
pada saya Pulau Redang memiliki taman laut yang sangat indah. (Tuan, adakah ayat ini salah? dan bagaimanakah membetulkannya?)

Pada pandangan saya Pulau Redang memiliki taman laut yang sangat indah.

Tatabahasa15.08.2011
Cadangan ayat 'Dokumen rahsia rasmi ini ialah hak milik Kerajaan Malaysia dan tidak boleh disampaikan kepada sesiapa yang tidak memiliki autoriti'. Tepatkah penggunaan perkataan 'autoriti' dalam menyampaikan maksud ayat di atas? Iaitu sesiapa yang tidak memiliki kuasa yang dibenarkan tidak boleh mengakses dokumen berkenaan.Perkataan "autoriti" boleh digunakan dalam contoh ayat yang diberikan, iaitu  "Dokumen rahsia rasmi ini ialah hak milik Kerajaan Malaysia dan tidak boleh disampaikan kepada sesiapa yang tidak memiliki autoriti".Makna17.07.2020
Adakah susunan ayat ini tepat? Sebagai sebuah negara kesultanan Melayu, Brunei memiliki adat istiadat yang unik.Ayat ini boleh dibaiki lagi menjadi : Sebagai sebuah negara berkesultanan Melayu, Brunei memiliki adat istiadat yang unik.Lain-lain16.05.2016
12345678910...

Kembali ke atas