Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.min.ta] | ممينتا

Definisi : menyatakan mahu (akan sesuatu), memohon (utk mendapat sesuatu), pinta: semalam Aini ada ~ ubat drpd Pak Ludin; mamak itu tersenyum sedikit apabila laki-laki cengkung itu ~ dia buatkan dua piring mi goreng; 2. = meminta mengucap­kan (doa dll), melafazkan; 3. = meminta melamar anak gadis supaya menjadi isteri, meminang; 4. = diminta diharap (supaya), haraplah, sudilah: ~ diam sebentar tuan-tuan; ~ aman = ~ nyawa mohon supaya tidak dibunuh; ~ ampun = ~ maaf mohon supaya diberi ampun (maaf); ~ berhenti memberitahu hendak berhenti (drpd pekerjaan); ~ diri mohon supaya diizinkan pulang (pergi); ~ doa a) berdoa, mendoa; b) kenduri utk me­minta selamat, selamatan; ~ jalan minta supaya diberi jalan (utk lalu); ~ janji meminta supaya menunaikan janji (menepati janji); ~ sedekah mengemis; ~ selamat minta supaya selamat; ~ tabik a) memberi hormat (salam); b) minta maaf (kerana hendak bertanya dll); ~ tangan minta diajar (dipukuli); ~ terima kasih mengucapkan terima kasih; ~ tolong mohon pertolongan (drpd orang lain); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.min.ta] | ممينتا

Definisi : 1. menentukan nasib, mentakdir­kan; 2. memohon, menghendaki: maka ia ~karangkan suatu kitab dlm bahasa Melayu; Tinah selalu ~ Encik Ramli menceritakan apa yg difikirkannya; ~ izin memohon supaya diizinkan; ~ tangguh memohon supaya ditangguhkan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.min.ta] | ممينتا

Definisi : 1. minta; 2. menentukan (nasib, hidup mati); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.min.ta] | ممينتا

Definisi : 1 menyatakan mahu akan sesuatu; memohon: Ia ~ secawan kopi drpd isterinya. 2 melamar (anak gadis ) utk dijadikan isteri; meminang. 3 mengucapkan atau melafazkan (doa dll). 4 mengharapkan; memohon: Para hadirin diminta berdiri sebentar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
minta
Kata Terbitan : meminta, minta-minta, meminta-minta, permintaan, peminta,

Puisi
 

Anak Cina mengetam papan,
     Papan diketam berlaga-laga;
Meminta mati dalam pangkuan,
     Meminta siram si air mata.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Bila meminta: lembut gigi daripada lidah.

Bermaksud :

Bila berkehendakkan sesuatu maka selalu orang berlemah lembut dan merendahkan diri.

 

Lihat selanjutnya...(16)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah (meminta) sepatutnya menggunakan kata sendi (daripada)? Contohnya: meminta sedekah daripada seseorang ,meminta kebenaran daripada ibu dsb Jadi, meminta maaf (daripada/ kepada)? Merujuk kepada lampiran fail ,kamus dbp ada menggunakan meminta maaf kepadanya.Frasa yang betul ialah "meminta sedekah/maaf daripada".Tatabahasa30.07.2014
meminta diri daripada Encik Lim atau meminta diri kepada atau meminta diri dengan?Salam sejahtera,

Jawapan yang betul ialah 'meminta diri daripada Encik Lim'
Tatabahasa19.01.2013
Dia menjerit meminta tolong. Dai menjerit meminta pertolongan. Adakah kedua-dua ayat di atas betul?

1. Dia menjerit meminta tolong.

2. Dia menjerit meminta pertolongan.

Kedua-dua ayat adalah betul.

Tatabahasa07.03.2011
Meminta maaf kepada atau meminta maaf daripada?Frasa yang betul ialah " "meminta maaf daripada"Tatabahasa23.04.2020
Yang manakah satu betul, "meminta maaf daripada" ataupun "meminta maaf kepada". Ada buku rujukan yang menggunakan salah satu daripadanya dan kadang-kadang ada juga buku kerja yang mengatakan "meminta maaf kepada" yang patut digunakan.

Salam sejahtera,

Jawapan yang tepat ialah "meminta maaf daripada." Untuk makluman, kata sendi nama 'daripada' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia atau institusi, haiwan, benda, dan unsur mujarad. Sendi nama 'daripada' juga digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan sumber atau asal kejadian sesuatu benda.

Manakala, kata sendi nama 'kepada' hadir di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, unsur mujarad, menyatakan pecahan dan perubahan keadaan. Contoh, Sisa makanan itu diberikan kepada kucing.

Tatabahasa19.11.2012
1. Siti meminta bantuan polis. Siti meminta bantuan daripada polis. Adakah kedua-kedua ayat ini betul? Bilakah "daripada" wajib digunakan dalam ayat? 2. Siti bersarapan dua biji telur rebus. Siti bersarapan dengan dua biji telur rebus. Adakah kedua-dua ayat ini betul? 3. Puan Tan menjamu selera dengan nasi lemak. Puan Tan menjamu selera dengan para tetamu. Adakah kedua-dua ayat yang menggunakan kata sendi nama"dengan" ini betul? 4. Puan Roslina memandu kereta membawa anaknya keluar berjalan-jalan. Adakah ayat ini betul? Jika salah, bagaimanakah kita hendak betulkannya? 5. Puan Roslina memandu kereta keluar berjalan-jalan. Adakah ayat ini betul? Jika salah, bagaimanakah kita hendak betulkannya? 6. membuat bayaran/membuat pembayaran? 7. kerusi pantai/kerusi malas? 8. baby chair yang digunakan di dalam restoran disebut kerusi makan kanak-kanak? Ribuan terima kasih atas masa dan usaha tuan.

1. Siti meminta bantuan daripada polis.
Kata sendi nama daripada hadir di hadapan kata nama atau   frasa nama yang menyatakan:
i. Punca bagi manusia atau institusi, haiwan, benda dan unsur mujarad (abstrak).
ii. Maksud sumber atau asal kejadian sesuatu benda.
iii. Perbezaan atau perbandingan.

2. Siti bersarapan dengan dua biji telur rebus.

3. Kedua-dua contoh ayat yang diberikan betul.

4. Puan Roslina membawa anak-anaknya keluar berjalan-jalan dengan memandu kereta.

5. Puan Roslina keluar berjalan-jalan dengan memandu kereta.

6. Membuat bayaran

7. Kerusi malas

8. Kerusi bayi

Tatabahasa01.09.2021
Meminta jasa baik dan pendapat dari pihak DBP berkenaan cogan kata (tagline) untuk iklan terbaharu Coca-Cola. 3 cadangan seperti di bawah, untuk rujukan dan semakan pihak DBP. Oleh yang demikian, cogan kata yang manakah paling sesuai untuk digunakan - berdasarkan penggunaan tatabahasa/ bahasa melayu yang betul. 1. Resipi Sebuah Detik Keajaiban 2. Resipi Detik Keajaiban 3. Resipi KeajaibanCogan kata atau slogan yang sesuai digunakan mengikut aspek bahasa iklan ialah "Resipi Detik Keajaiban" dan "Resipi Keajaiban". Tatabahasa23.05.2023
Meminta pegesahan bahasa dalam Iklan ini betul atau tidakTeks iklan tersebut betul. Untuk pengesahan visual iklan, kemukakan permohonan tuan/puan melalui portal “DBP SAH BAHASA”, atau hadir ke kaunter Pengesahan Bahasa di DBP Kuala Lumpur atau di DBP Cawangan (Sabah/ Sarawak), DBP Wilayah Selatan, DBP Wilayah Timur  dan DBP Wilayah Utara. Ejaan19.03.2019
MEMINTA UNTUK SEMAK EJAAN BANNER DAN MEMOHON KELULUSAN UNTUK MENDAPATKAN KEBENARAN MENGGANTUNG BANNER INI1. Betulkan kepada Jualan Mega! (rapatkan tanda ! dengan perkataan sebelumnya)
2. Betulkan format tarikh seperti yang berikut: 19/1-9/2 2019
3. Betulkan Easy Pay kepada Bayaran Mudah
4. Betulkan ESPANA ROOF kepada BUMBUNG ESPANA
5. Betulkan dari RM1.39 kepada daripada RM1.39 (rapatkan RM dengan angka). Sila betulkan pada tempat lain yang berkaitan
6. Betulkan MONIER CONTOUR kepada BUMBUNG KONTUR MONIER
7. Teks pada bahagian bawah perkataan Setiap Satu tidak jelas dan sukar dibaca. Sila lampirkan visual keseluruhan dengan teks yang lebih jelas untuk memudahkan penyemakan.

Kemudian, sila layari laman web dbpsahbahasa.my ,  daftar ID pengguna dan kata laluan. Setelah itu, boleh teruskan untuk permohonan pengesahan bahasa dan lampirkan sekali visual iklan perniagaan anda.
Pihak tuan/puan perlu membuat pembayaran untuk pendaftaran sebanyak RM10 terlebih dahulu.
Lain-lain22.01.2019
MEMINTA SAHKAN LAKARAN PAPAN IKLAN

Untuk hal berkenaan pengesahan iklan, sila layari http://dbpsahbahasa.my/

 

Terima kasih.

Lain-lain17.11.2017
12345678910...

Kembali ke atas