Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.min.ta] | ممينتا

Definisi : menyatakan mahu (akan sesuatu), memohon (utk mendapat sesuatu), pinta: semalam Aini ada ~ ubat drpd Pak Ludin; mamak itu tersenyum sedikit apabila laki-laki cengkung itu ~ dia buatkan dua piring mi goreng; 2. = meminta mengucap­kan (doa dll), melafazkan; 3. = meminta melamar anak gadis supaya menjadi isteri, meminang; 4. = diminta diharap (supaya), haraplah, sudilah: ~ diam sebentar tuan-tuan; ~ aman = ~ nyawa mohon supaya tidak dibunuh; ~ ampun = ~ maaf mohon supaya diberi ampun (maaf); ~ berhenti memberitahu hendak berhenti (drpd pekerjaan); ~ diri mohon supaya diizinkan pulang (pergi); ~ doa a) berdoa, mendoa; b) kenduri utk me­minta selamat, selamatan; ~ jalan minta supaya diberi jalan (utk lalu); ~ janji meminta supaya menunaikan janji (menepati janji); ~ sedekah mengemis; ~ selamat minta supaya selamat; ~ tabik a) memberi hormat (salam); b) minta maaf (kerana hendak bertanya dll); ~ tangan minta diajar (dipukuli); ~ terima kasih mengucapkan terima kasih; ~ tolong mohon pertolongan (drpd orang lain); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.min.ta] | ممينتا

Definisi : 1. menentukan nasib, mentakdir­kan; 2. memohon, menghendaki: maka ia ~karangkan suatu kitab dlm bahasa Melayu; Tinah selalu ~ Encik Ramli menceritakan apa yg difikirkannya; ~ izin memohon supaya diizinkan; ~ tangguh memohon supaya ditangguhkan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.min.ta] | ممينتا

Definisi : 1. minta; 2. menentukan (nasib, hidup mati); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.min.ta] | ممينتا

Definisi : 1 menyatakan mahu akan sesuatu; memohon: Ia ~ secawan kopi drpd isterinya. 2 melamar (anak gadis ) utk dijadikan isteri; meminang. 3 mengucapkan atau melafazkan (doa dll). 4 mengharapkan; memohon: Para hadirin diminta berdiri sebentar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
minta
Kata Terbitan : meminta, minta-minta, meminta-minta, permintaan, peminta,

Puisi
 

Anak Cina mengetam papan,
     Papan diketam berlaga-laga;
Meminta mati dalam pangkuan,
     Meminta siram si air mata.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Bila meminta: lembut gigi daripada lidah.

Bermaksud :

Bila berkehendakkan sesuatu maka selalu orang berlemah lembut dan merendahkan diri.

 

Lihat selanjutnya...(16)


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
mel yang biasanya berbentuk iklan, berita palsu, kod hasad seperti virus, atau apa jua bentuk teks, grafik, atau fail lampiran yang tidak diingini kepada penerima- penerima yang tidak mengundang atau meminta e-mel tersebut. Penerima e-mel ini dipilih sama ada secara bersasaran atau secara rawak. Sinonim e-mel remeh. pensuperzapan (Ig. superzapping; Br. pensuperzapan; Id. pensuperzapan) Perbuatan mengubah atau mengekstrak

Kembali ke atas