Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.min.ta] | ممينتا

Definisi : menyatakan mahu (akan sesuatu), memohon (utk mendapat sesuatu), pinta: semalam Aini ada ~ ubat drpd Pak Ludin; mamak itu tersenyum sedikit apabila laki-laki cengkung itu ~ dia buatkan dua piring mi goreng; 2. = meminta mengucap­kan (doa dll), melafazkan; 3. = meminta melamar anak gadis supaya menjadi isteri, meminang; 4. = diminta diharap (supaya), haraplah, sudilah: ~ diam sebentar tuan-tuan; ~ aman = ~ nyawa mohon supaya tidak dibunuh; ~ ampun = ~ maaf mohon supaya diberi ampun (maaf); ~ berhenti memberitahu hendak berhenti (drpd pekerjaan); ~ diri mohon supaya diizinkan pulang (pergi); ~ doa a) berdoa, mendoa; b) kenduri utk me­minta selamat, selamatan; ~ jalan minta supaya diberi jalan (utk lalu); ~ janji meminta supaya menunaikan janji (menepati janji); ~ sedekah mengemis; ~ selamat minta supaya selamat; ~ tabik a) memberi hormat (salam); b) minta maaf (kerana hendak bertanya dll); ~ tangan minta diajar (dipukuli); ~ terima kasih mengucapkan terima kasih; ~ tolong mohon pertolongan (drpd orang lain); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.min.ta] | ممينتا

Definisi : 1. menentukan nasib, mentakdir­kan; 2. memohon, menghendaki: maka ia ~karangkan suatu kitab dlm bahasa Melayu; Tinah selalu ~ Encik Ramli menceritakan apa yg difikirkannya; ~ izin memohon supaya diizinkan; ~ tangguh memohon supaya ditangguhkan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.min.ta] | ممينتا

Definisi : 1. minta; 2. menentukan (nasib, hidup mati); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.min.ta] | ممينتا

Definisi : 1 menyatakan mahu akan sesuatu; memohon: Ia ~ secawan kopi drpd isterinya. 2 melamar (anak gadis ) utk dijadikan isteri; meminang. 3 mengucapkan atau melafazkan (doa dll). 4 mengharapkan; memohon: Para hadirin diminta berdiri sebentar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
minta
Kata Terbitan : meminta, minta-minta, meminta-minta, permintaan, peminta,

Puisi
 

Anak Cina mengetam papan,
     Papan diketam berlaga-laga;
Meminta mati dalam pangkuan,
     Meminta siram si air mata.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Bila meminta: lembut gigi daripada lidah.

Bermaksud :

Bila berkehendakkan sesuatu maka selalu orang berlemah lembut dan merendahkan diri.

 

Lihat selanjutnya...(16)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
الإستنابةminta wakilAgama IslamFiqhMeminta wakil bagi pihak yang terlibat dalam sesuatu urusan.
istinabahdiwakili/digantiPerniagaan IslamTiadaPerihal meminta individu lain supaya mewakili atau menggantikan dirinya dalam suatu urusan.
sentences closurepenyudah ayatSains KesihatanTiadaPerbuatan meminta seseorang untuk melengkapkan ayat.
listserv groupkumpulan listservTeknologi MaklumatTiadaKumpulan yang meminta supaya nama mereka dimasukkan ke dalam senarai mel. Permintaan dihantar ke atur cara listserv. Selepas langganan, mesej e-mel yang diterima oleh atur cara listserv akan dihantar kepada semua pelanggan.
plea in mitigationrayuan meringankan hukumanSejarahTiadaPermohonan yang meminta untuk diringankan hukuman yang telah dijatuhi kepada peringkat kehakiman yang lebih tinggi.
claiming cashtuntutan tunaiPentadbiran PerniagaanTiadaHak insurer untuk meminta daripada reinsurer bayaran penyelesaian serta-merta untuk tuntutan yang besar tanpa menunggu penyelesaian bayaran teratur.
referee consult judgereferi rujuk hakimSukanTiadaReferi yang meminta pandangan dan pengesahan hakim untuk mendapatkan kepastian tentang kesalahan petinju yang kurang pasti.
electronic eavesdroppingcuri dengar elektronikTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerAktiviti meminta keseluruhan atau sebahagian komunikasi secara sulit berbantukan perisian atau peranti elekronik. Aktiviti ini dilakukan pada media penghantaran elektronik seperti rangkaian dan litar tanpa pengetahuan penghantar atau penerima.
forced-choice assessmentpentaksiran pilihan jawapanPendidikanTiadaPendekatan pentaksiran yang meminta pelajar memilih jawapan betul daripada pilihan jawapan yang disediakan. Keputusan ujian dibuat dengan membandingkan tindak balas pelajar terhadap kunci jawapan.
authoritarian leaderpemimpin adikaraKomunikasiTiadaPemimpin yang membuat keputusan sendiri tanpa meminta pendapat pengikut atau anak buahnya.
123456

Kembali ke atas