Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.pe.du.li.kan] | ممڤدوليکن

Definisi : 1. mengambil perhatian akan, mengendahkan: nasihat kawan-kawannya tidak dipedulikannya; 2. turut campur (dlm hal orang dll): aku memang tak mahu ~ hal orang lain; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.pe.du.li.kan] | ممڤدوليکن

Definisi : memberikan perhatian terhadap; menghiraukan; mengendahkan: Setelah masuk ke lubang, penyu itu tidak ~ apa-apa lagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
peduli
Kata Terbitan : mempedulikan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
selective attentionperhatian berpilihPsikologiPsikologi UmumPenumpuan kepada aspek tertentu tanpa mempedulikan atau menyekat aspek yang lain. Contohnya, individu boleh menumpukan perhatian kepada satu-satu sasaran seperti menumpukan perhatian kepada guru dalam kelas tanpa mempedulikan bebelan kawan di sekeliling. Walau bagaimanapun, tindakan perhatian berpilih boleh mendatangkan kerugian kerana individu tidak menyedari sesuatu yang beraku di sekelilingnya sehingga boleh mendatangkan kemalangan.
abandonmentpengabaianEkonomiTiadaTindakan tidak mempedulikan sesuatu kontrak, hak atau projek.
emotional neglectedpengabaian emosiKejururawatanTiadaPerihal tidak mempedulikan perasaan seseorang yang memerlukan perhatian.
alcohol journalismkewartawanan mabukKomunikasiTiadaPenulisan berita yang dilakukan oleh seseorang wartawan tanpa mempedulikan kehormatan diri atau bangsa.
autocratic leaderpemimpin autokratikPengurusanPerancanganSeseorang ketua yang bersikap tegas dan keras terhadap pengikutnya dengan tidak mempedulikan pandangan dan pendapat mereka dalam menetapkan matlamat organisasi. Pemimpin autokratik lazimnya mempraktikkan komunikasi sehala dengan memberikan arahan supaya dituruti oleh pengikutnya. Dalam keadaan tertentu, gaya kepemimpinan autokratik boleh menjadi berkesan, misalnya dalam organisasi ketenteraan, organisasi yang sedang menghadapi krisis dan pendekatan dalam menangani situasi pekerja yang terlalu ramai atau kurang bermotivasi.
pinagarian(Mur.)pinagarian(Mur.)KesenianTiadaMotif anyaman berunsur manusia berbentuk wajah sedih yang dipadankan daripada cerita rakyat tentang keasyikan seorang ibu menenun corak ini beberapa hari tanpa mempedulikan anaknya sehingga menyebabkan kematian anaknya itu.
inferiority complexkompleks rendah diriPsikologiPsikologi UmumPerasaan negatif yang dirasai oleh individu secara melampaui batas. Menurut Adler, kompleks rendah diri berpunca daripada sikap ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak atau tidak mempedulikan mereka sama sekali sehingga hilangnya minat untuk menguasai cabaran. Individu yang mengalami kompleks ini akan menggunakan teknik perangkap seperti memakai pakaian yang boleh menarik perhatian orang lain, menggunakan kereta mewah atau apa-apa sahaja yang boleh memperlihatkan mereka sebagai individu penting. Individu ini juga biasanya akan menunjuk atau menceritakan kejayaan mereka sebagai usaha untuk menutup kompleks rendah diri yang dialami. Masalah besar bagi mereka yang menghidapi kompleks rendah diri ini ialah penipuan terhadap diri sendiri tanpa disedari dan kebimbangan yang berlebihan terhadap penampilan berbanding realiti. Contohnya, artis Hollywood terkenal seperti Marilyn Monroe dikatakan menghidapi kompleks rendah diri.
binary searchgelintar perduaanTeknologi MaklumatPerisianAlgoritma asas yang digunakan dalam gelintaran bagi tatasusunan yang terisih. Algoritma ini akan mencari nilai yang dikehendaki dengan membahagi dua tatasusunan tersebut. Sekiranya nilai yang dicari terdapat dalam bahagian pertama maka gelintaran hanya dibuat pada bahagian itu sahaja tanpa mempedulikan bahagian kedua tatasusunan yang telah dibahagikan dan sebaliknya. Proses pembahagian ini akan diulangi sehingga nilai yang dicari telah ditemui.
habituationpembiasaanPsikologiPsikologi UmumProses penyesuaian yang berlaku apabila kekuatan suatu respons menyusut terhadap sesuatu rangsangan yang diberi secara berulangan sehingga pada satu ketika respons tidak lagi dihasilkan. Contohnya, jika bayi diberi satu objek yang menarik perhatiannya secara berulangan, bayi tersebut akan mengalami pembiasaan. Pada mulanya bayi mungkin teruja untuk memberi respons dengan kadar jantung yang tinggi. Namun setelah sekian waktu, pembiasaan mula berlaku dengan kadar respirasi kian menurun sehingga pada akhirnya bayi tidak lagi mempedulikan objek yang diajukan itu.

Kembali ke atas