Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.pe.la.ja.ri] | ممڤلاجري

Definisi : belajar utk mengetahui sesuatu dgn mendalam: kami telah ~ cara-cara pem­beritaan akhbar itu; ~ ilmu sains; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.pe.la.ja.ri] | ممڤلاجري

Definisi : belajar dgn mendalam; menyelidik: Ia sedang ~ ilmu kimia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mempelajari


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualikum wbt. Saya ingin bertanya : 1. Apakah tujuan mempelajari bahasa? 2. Mempelajari bahasa Melayu atau bahasa Inggeris yang lebih penting? 3. Apakah rujukan kehormat bagi pensyarah(berkeluluasan Master) yang mengajar kelas bahasa Melayu saya? Sekian terima kasih. Wassalam.Tujuan mempelajari bahasa untuk membolehkan seseorang itu menimba ilmu pengetahuan dalam apa jua bidang, berkomunikasi  dalam masyarakat, dan berurusan dengan pihak lain. Semua bahasa adalah penting dan perlu dipelajari. Rujukan kehormat bagi pensyarah berkelulusan Sarjana (Master) ialah tuan atau encik.Lain-lain12.05.2008
Adakah penggunaan perkataan ‘mempelajari’ dalam ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Sejak hari itu, Farid mempelajari bahawa dia tidak perlu berhati-hati semasa menyeberangi jalan raya. 2. Mereka telah mempelajari bahawa mereka tidak boleh membuat bising di dalam perpustakaan.Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan mempelajari membawa maksud belajar untuk mengetahui sesuatu dengan mendalam. Oleh itu, ayat yang lebih betul adalah seperti yang berikut:

1. Sejak hari itu, Farid menyedari bahawa dia perlu berhati-hati semasa menyeberangi jalan raya.
2. Mereka memaklumi bahawa mereka tidak boleh membuat bising di dalam perpustakaan.
Tatabahasa16.10.2020
Maaf, terdapat kesilapan dalam ayat yang dihantar. Adakah penggunaan ‘mempelajari’ digunakan dengan betul dalam ayat ini: 1. Sejak hari itu, Farid mempelajari bahawa dia perlu berhati-hati semasa menyeberangi jalan raya.Baik puan. Berikut merupakan jawapan untuk soalan sebelum ini:


Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan mempelajari membawa maksud belajar untuk mengetahui sesuatu dengan mendalam. Oleh itu, ayat yang lebih betul adalah seperti yang berikut:

1. Sejak hari itu, Farid menyedari bahawa dia perlu berhati-hati semasa menyeberangi jalan raya.
2. Mereka memaklumi bahawa mereka tidak boleh membuat bising di dalam perpustakaan.
Tatabahasa16.10.2020
teknik mempelajari bahasa melayu dengan baik,bahan rujukan yang sesuai

1. Saudara boleh mengambil kursus-kursus BM yang diadakan di mana-mana.

2. Sentiasa menggunakan BM dengan betul mengikut keadaan persekitaran.

3. Mengulang kaji tatabahasa BM (Melalui buku/risalah rujukan seperti : Tatabahasa Dewan, koleksi Lembar Bahasa, Pedoman bahasa dsb)

4. Sentiasa cakna dengan perkembangan bahasa Melayu.

Lain-lain15.01.2009
Mereka sudah mempelajari teknik bersukan dengan betul. pasifkan akan jadi Teknik bersukan sudah dipelajari mereka dengan betul. atau Teknik bersukan sudah dipelajari dengan betul oleh mereka. yang mana satu betul? atau kedua2nya. tqKedua-dua ayat pasif tersebut betul, yang berbeza hanyalah ayat pertama meletakkan frasa keterangan di hujung ayat; Teknik bersukan sudah dipelajari mereka dengan betul, manakala ayat kedua meletakkan frasa keterangan di tengah-tengah ayat; Teknik bersukan sudah dipelajari dengan betul oleh mereka.Tatabahasa14.04.2009
Bagaimana hendak mempelajari Bahasa Jepun di Malaysia.Sila hubungi Pusat bahasa di Institusi Pengajian Tinggi  atau Institut Hubungan Luar dan Diplomatik, Kementerian Luar Negeri untuk maklumat lanjut.Lain-lain05.01.2009
Selamat sejahtera. 1. Antara langkah untuk memupuk perpaduan ialah mempelajari sejarah negara. 2. Antara langkah untuk memupuk perpaduan ialah kita harus mempelajari sejarah negara. Perkara yang mengelirukan saya di sini ialah kata nama digunakan selepas perkatan "ialah". Dalam ayat 2 atas, perkataan "kita" ialah kata nama selepas perkatan selepas perkatan "ialah ". Namu, kalau dibaca ayat kedua itu, saya ada kekeliruan. Jadi,ayat mana satu betul? Atau kedua-dua ayat betul?Harap maklum.
Ayat yang betul ialah: Antara langkah untuk memupuk perpaduan ialah kita harus mempelajari sejarah negara. Kata ialah dan adalah merupakan kata pemeri. Kata pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala kata pemeri adalah menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 263.

Tatabahasa15.05.2014
Soalan 1: Ayat : Ahli-ahli pengakap sedang giat ________ pertolongan cemas di Kem Bina Negara. Pilihan Jawapan : A. mempelajari tentang kaedah asas B. mempelajari kaedah asas Saya inginkan kepastian sama ada perkataan tentang perlu digugurkan atau tidak dengan adanya imbuhan men- -i. Soalan 2: Ayat : Kami mengucapkan terima kasih di atas bantuan saudara. Perlukah penggunaan kata sendi 'di' dalam ayat di atas ? Mohon penjelasan. TERIMA KASIH.

1.  Ahli-ahli pengakap sedang giat ________ pertolongan cemas di Kem Bina Negara.
Jawapan yang betul ialah B. mempelajari kaedah asas. Apitan meN-...-i membentuk kata kerja terbitan yang bersifat transitif, iaitu kata kerja yang memerlukan objek.  

2: Ayat : Kami mengucapkan terima kasih di atas bantuan saudara.

Kata sendi ”di” tidak perlu digunakan dalam ayat di atas kerana kata sendi tersebut menunjukkan arah dan tempat. Ayat yang betul ialah " Kami mengucapkan terima kasih atas bantuan saudara."

Tatabahasa03.06.2013
Tuan, says ingin tahu cara pembentukan perkataan mempelajari. Apakah kata dasarnya, Dan apakah mortem terikat yg diterima. Sekian . Terima kasih.Kata dasar mempelajari ialah pelajar. Mofem terikatnya ialah mem- dan -iTatabahasa03.06.2014
Kalsom Lajim Saya berminat untuk mempelajari dan mendalami ilmu permainan SAHIBBA dalam aspek pengiraan markah dan peraturan permainan..bolehkah pihak tuan emailkan kepafa saya maklumat tersebut.Terima kasih. Saya berminat untuk mempelajari dan mendalami ilmu permainan SAHIBBA dalam aspek pengiraan markah dan peraturan permainan..bolehkah pihak tuan emailkan kepafa saya maklumat tersebut.Terima kasih.Terima kasih bersahabat dengan DBP. Puan boleh mencarinya melalui ww.google.com. Sungguhpun begitu, pihak kami sedaya-upaya membantu puan. Puan boleh menghubungi pegawai kami yang mengendalikan Pertandingan Sahibba Puan Zety Akhtar Jaffar di talian telefon 03-21479208 atau e-mel zeti@dbp.gov.myLain-lain17.04.2014
12345678910

Kembali ke atas