Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.pe.lam] | ممڤلم

Definisi : sj tumbuhan (pokok dan buah­nya), mangga, Mangifera indica; ~ babi sj tumbuhan (pokok), Parinarium oblongifolium. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.pe.lam] | ممڤلم

Definisi : nama sj pokok atau buahnya; mangga, Mangifera indica. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mempelam

Puisi
 

Buah mempelam si buah petir,
     Tigalah dengan buah beluru,
Jangan dikias jangan disindir,
     Keranalah adik sungguh tak tahu.


Lihat selanjutnya...(11)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
chutneycutniPentadbiran PerniagaanTiadaAcar manis daripada mempelam dan buah-buahan lain, gula, cuka dan rempah.
zoocecidiumzoosesidiumBiologiPatologiPuru yang disebabkan oleh haiwan, misalnya seperti yang terdapat pada daun mempelam yang disebabkan oleh tungau. bd. fitosesidium.
pink diseasepenyakit cendawan anginBiologiPatologiPenyakit pada batang dan cabang banyak jenis tumbuhan saka, misalnya getah, koko, mempelam, kopi dan teh, yang disebabkan oleh kulat Upasia (Corticium) salmonicolor. Gejala utamanya berupa pertumbuhan kulat berwarna merah jambu dan sering kali diikuti dengan pengeluaran lelehan pada bahagian yang terserang.
macangmacangPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Mangifera spp., daripada famili Anacardiaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah lanjut, bacang, mangga, mempelam, pauh, dan rawa dan di Sabah ialah asam. Spesies utamanya termasuk Mangifera foetida, M longipetiolata, dan M. quadrifida. Gubal dan teras kayu kayu macang sukar dibezakan, dan biasanya berwarna coklat kemerahan. Kebanyakan pokok macang menghasilkan kor yang berjalur hitam dan coklat muda, dan biasanya berkilau. Tekstur kayunya agak halus dengan ira yang lurus atau bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 610 hingga 645 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras ringan. Kayu ini digunakan untuk kerja binaan sementara, lantai, dan papan lapis. Kornya yang berjalur digunakan dalam pembuatan perabot mewah, hiasan dalaman dan venir hirisan.
ketapangketapangPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Term inalia spp. daripada famili Combretaceae. Nama tempatannya di Semenanjung termasuk jaha, jelawai dan mempelam babi, di Sabah ialah talisai, dan di Sarawak ialah telinsi. Spesies utamanya termasuk Terminalia bellirica, T. calemansanai, dan T. catappa. Gubal kayu ketapang biasanya berwarna lebih muda dan sukar dibezakan daripada teras kayunya yang mempunyai pelbagai warna coklat bergantung pada spesiesnya. Tekstur kayunya berbeza-beza mengikut spesies dengan ira yang bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 385 hingga 850 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras ringan. Kumpulan kayu ini mempunyai ciri-ciri utama yang berbeza-beza mengikut spesies, tetapi mudah dikerjakan dan dikeringkan, tanpa mengalami kecacatan yang teruk. Kayu ketapang sesuai untuk kawasan dalaman, kayu kumai, lantai, perabot dan papan lapis.
rootstockpokok penantiPertanianAgronomi

 Anak pokok yang dipilih untuk dicantumkan dengan sion. Salah satu ciri pokok penanti ialah keserasian dengan sion. Selain itu, pokok penanti perlu mempunyai sistem pengakaran yang baik. Pokok penanti digunakan di dalam tanaman buah-buahan dan getah sebagai salah satu cara untuk pembiakan tampang. Contohnya, pokok mangga Choo Ka Nan (sion) dicantumkan ke atas mempelam telur (penanti).


Kembali ke atas