Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.pe.nga.ru.hi] | ممڤڠاروهي

Definisi : berpengaruh atas, meng­gunakan pengaruh kpd, menguasai: kedua-dua kaum itu berlumba-lumba berikhtiar utk ~ umat Arab ke pihak masing-masing; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.pe.nga.ru.hi] | ممڤڠاروهي

Definisi : mengenakan pengaruh pd; berpengaruh pd: Iklim ~ kehidupan manusia dan cara mereka mencari nafkah hidup. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pengaruh (kata nama)
Bersinonim dengan kuasa, daya, keupayaan, kemampuan, kesanggupan, kudrat, tenaga, hak, wibawa, mandat, daulat, kekuatan, graviti, tekanan;,
Kata Terbitan : berpengaruh, mempengaruhi, terpengaruh,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
psychotropicpsikotropBiologiFisiologi1. Mempengaruhi kesan ingatan/ kenangan. 2. Boleh mengubahsuaikan kegiatan mental. 3. Biasanya digunakan untuk dadah yang mempengaruhi keadaan ingatan/ kenangan.
market forcesdaya pasaranEkonomiTiadaFaktor-faktor yang mempengaruhi permintaan dan penawaran sesuatu barangan yang seterusnya mempengaruhi tingkat harga dan kuantiti keseimbangan. Umumnya, apabila permintaan pasaran lebih besar daripada penawaran pasaran maka harga akan cenderung naik dan kuantiti akan cenderung bertambah. Keadaan sebaliknya akan berlaku apabila penawaran pasaran melebihi permintaan pasaran.
ethyleneetilenaBotaniTiadaFitohormon dalam bentuk gas yang mempengaruhi gerakan tropisme dan merencat pertumbuhan akar. Fitohormon ini juga boleh mempengaruhi proses peluruhan, kemasakan buah dan epinasti.
impuritybendasingKejuruteraanTiada1. Bahan asing dalam sesuatu bahan yang tidak mempengaruhi sifat-sifat fizik dan kimia tetapi mempengaruhi sifat-sifat elektrik bahan tersebut.
bandwagon effectkesan ikutanKomunikasiTiadaKesan komunikasi yang mudah mempengaruhi khalayak secara berterusan. Contohnya, bentuk komunikasi yang bersifat pujukan selalunya mudah mempengaruhi khalayak yang berada dalam satu kelompok dan diikuti pula oleh kelompok yang lain.
addictionketagihanFarmasiFarmakologi1. Suatu keperluan fizikal atau psikologi yang kompulsif dan tidak dapat dikawal terhadap sesuatu bahan yang mempengaruhi tabiat seseorang. Contoh bahan yang mempengaruhi tabiat seseorang ialah dadah dan alkohol. Dalam ketagihan fizikal, badan menyesuaikan diri kepada bahan yang digunakan dan secara beransuransur memerlukan jumlah dadah yang meningkat untuk menghasilkan kesan yang asalnya hanya dihasilkan oleh pengambilan dos yang kecil. 2. Suatu keadaan yang menyebabkan seseorang individu bergantung pada sesuatu secara abnormal, yang secara psikologi dan fizikalnya mempengaruhi tabiat, terutamanya kebergantungan secara kompulsif dan tidak terkawal terhadap alkohol dan dadah narkotik.
impurity atomatom bendasingKejuruteraanTiadaBahan asing dalam sesuatu bahan yang tidak mempengaruhi sifat-sifat fizik dan kimia, tetapi mempengaruhi sifat-sifat elektrik bahan tersebut.
impurity elementunsur bendasingKejuruteraanTiadaBahan asing dalam sesuatu bahan yang tidak mempengaruhi sifat-sifat fizik dan kimia tetapi mempengaruhi sifat-sifat elektrik bahan tersebut.
gonadotrophic hormonehormon gonadotrofBiologiFisiologiHormon yang mempengaruhi gonad atau kelenjar jantina seperti ovari atau testis. Hormon ini dihasilkan oleh lobus anterior kelenjar pituitari dan mempengaruhi pertumbuhan folikel grafian di dalam ovari dan merangasang pertumbuhan tubul seminifer dan tisu interstitial.
finger jointtanggam jariPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanTanggam temu hujung yang terdiri daripada beberapa unjuran menirus berbentuk baji yang diperekat. Unjuran ini dibentuk mengikut kecerunan tertentu, sama ada selari dengan permukaan atau selari dengan permukaan atau selari dengan sisi kayu. Kecerunan unjuran jari mempengaruhi kekuatan mempengaruhi kekuatan tanggam yang terhasil.
12345678910...

Kembali ke atas